Sabtu, 17 November 2012

Ciri-ciri al-Mahdi yang perlu diperhatikan


Saya amat tertarik dengan artikel

Selamat Datang 1434 H - Meniti Waktu Menanti AlMahdi  di http://akhzaman.blogspot.com/


Saya ada sedikit komen tentang al-Mahdi...

Jika al-Mahdi berasal dari nusantara.... ia mestilah

1. Boleh berbahasa Urdu kerana kebanyakan tentera panji hitam adalah orang2 Afganistan dan Pakistan yang berbahasa Urdu. Tentera ini telah ada dan sentiasa berperang dan tak pernah kalah sejak dulu sebagaimana yang dikhabarkan oleh Nabi Muhamamad SAW. Mereka berada di Khurasan dimana pusat Khurasan adalah Afganistan. al-Mahdi juga mestilah biasa dan dikenali dikawasan Khurasan sekurang2nya olah orang2 alim. Jadi beliau mesti pernah tinggal atau belajar di Khurasan. Perlunya berbahasa Urdu kerana beliau akan memimpin dan berkomunikasi dengan  mereka bila tiba masanya.


2. Beliau mesti fasih berbahasa Arab dan dikenali oleh alim ulamak dikawasan tanah Arab kerana para ulamak inilah yang membaiah baginda nanti. Beliau juga mesti pernah tinggal, belajar atau sekurang-kurangnya melawat alim ulamak ini di tanah Arab ini dan bersilaturahim dengan mereka.

3. Amat dekat hatinya dan fizikalnya dengan al-Quds ataupun Baitul Maqdis kerana beliau akan membebaskan al-Quds bila tiba masanya. Beliau mesti pernah pergi melawat dan datang ke al-Quds. Mungkin beliau amat kerap ke al-Quds.

4. Beliau juga mesti dekat dengan Mekah dan Kaabah serta biasa dengan Kaabah juga para penjaganya.


5. Beliau tidak terlibat dengan politik kepartian namun tidak menjauhkan diri dari politik. Mungkin terlibat dan berkomunikasi dengan perbagai pihak berkaitan politik dan kemasyarakatan kerana beliau amat prihatin tentang masyarakat dan kemasyarakatan.

6. Berpelajaran dan dihormati. Tidak menolak kemajuan dan berfikiran "high-tech" serta pengguna juga pencuba segala teknologi moden selagi mana ia tidak bercanggah dengan syarak.


7. Terlibat dengan perniagaan kerana ia adalah sunnah dan sumber ekonomi yang terbaik.

8. Terlibat dengan dakwah secara aktif namun ia tidak terikat dengan mana2 gerakan dakwah. Mungkin dikenali dikaca TV dan radio serta Internet.

9. Mestilah bernama Muhammad bin Abdullah tetapi TIDAK akan mengistiharkan dirinya al-Mahdi kerana beliau sendiripun tak tau dirinya al-Mahdi. Rupanya seakan2 Bani Israel, tak berapa lancar bercakap dan kadang2 seperti tergagap2 bila bercakap.(semua ciri ini disebutkan dalam hadis).

Jadi, adakah sesiapa yang mempunyai ciri2 tersebut di Nusantara? Jika ada, ia mungkin al-Mahdi!

Apapun ini cuma pandangan peribadi saya. Sekirannya terdapat mana-mana individu yang menyerupai ciri2 yang disebutkan ia cuma satu kebetulan. Apapun yang pasti ia akan di baiah secara paksa di Kaabah. Pembaiaahan inilah yang perlu dipastikan dan dinantikan oleh semua umat Islam yang beriman.

Rabu, 14 November 2012

Penipuan Sejarah Mengenai Asal Nama Malaysia

Buku sejarah yang ditulis oleh penjajah dan anak didiknya dah tipu kita:

  1. Nama MALAYSIA sudah wujud lebih 123 tahun yang lepas 
  2. Mengikut buku "the reluctant Politician" bio Tun Dr Ismail, MALAYSIA ditakrifkan pada: Malay shire (Kawasan Pentadbiran Melayu) 
  3. Nama Malaysia sudah termaktub Dalam Buku Ripley's Believe it or not cetakan pertama tahun 1929. 
  4. Nama, lagu negaraku dan bendera MALAYSIA berasal dari barat.
Nama Malaysia telah mula-mula telah direkodkan dalam akhbar The British North Borneo Herald (BNBH) bertarikh 1 Januari 1889 dalam laporan bertajuk Geographical Notes in Malaysia and Asia” oleh J.E. Tenison-Woods, mengenai catatan perjalanannya ke semenanjung Tanah Melayu, Labuan, Brunei, Sandakan dan Sulu.

Selain itu penulis novel Itali, Emilio Salgari juga menggunakan nama Malesia atau Malaysia didalam novelnya I pirati della Malesia pada tahun 1896.



The Pirates of Malaysia (Italian: I pirati della Malesia) is an exotic adventure novel written by Italian author Emilio Salgari, published in 1896. It features his most famous character, Sandokan, and is a sequel to The Tigers of Mompracem.

Berikut adalah satu keratan akhbar mengenai Malaysia yang diterbitkan pada tahun 1922. Ini membuktikan bahawa nama Malaysia telah wujud sebelum Tanah Melayu ini merdeka lagi!



Malah nama Malaysia disebut beberapa kali dalam sebuah buku Ripley's Believe it Or Not terbitan tahun 1943.

Menurut pengirim gambar ini; 'roslan mohd' yang membeli buku di atas menerusi ebay, nama Malaysia daripada buku tersebut, dia mendapati terdapat di:
  • m/s 59:.....this includes Mongolia, Manchuria, MALAYSIA, Tibet, China...
  • m/s 119: ....is a native of MALAYSIA...
  • m/s 121: ......the man eating clams of MALAYSIA...



1) kajian yang telah dijalankan oleh UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA dari Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polis kata nama MALAYSIA sudah ada pada tahun 1889 lagi.. perancangan penjajah barat memecah-belahkan dan melemahkan dunia Melayu sudah beratus-ratus tahun dirancang oleh FREEMASON!

2) kritikan perancangan penubuhan negara MALAYSIA pada tahun 1937 oleh penasihat luar USA Rupert Emerson yang membentangkan kertas kerjanya di HARVARD UNIVERSITY!.. 10 tahun selepas batu asas FREEMASON (gerakan sulit yang diasaskan oleh Yahudi) diletakkan di Northam Road di Pulau Pinang.. semasa perletakan batu asas FREEMASON tu pada tahun 1927, Rupert Emerson baru sahaja menjawat jawatan professor di Harvard University.. USA panggil dia "specialist on nationalism in Asia" mungkin salah seorang ahli kuat FREEMASON nih.. Sila rujuk buku beliau: Emerson, R. (1937). Malaysia: A study in direct and indirect rule. New York: The Macmillan Company. 


4) kenapa FILIPINA suatu ketika dahulu pernah nak klaim nama MALAYSIA, sebelum Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura dapat dulu dulu nama MALAYSIA?. rupa-rupanya perancangan negara MALAYSIA sudah ada kertas kerjanya beratus tahun sebelum diisyhtiharkan "merdeka", dan yang amat jelas ialah kertas kerja penubuhan negara MALAYSIA serta kritikannya di HARVARD UNIVERSITY pada tahun 1937 oleh Rupert Emerson yang merupakan PENASIHAT LUAR USA pada ketika itu serta professor of political science and international relations in Harvard University (gambar disertakan)

5) dokumen rahsia USA mengenai penubuhan negara Malaysia bertajuk seperti dibawah telah dibuang oleh USA di dalam website rasmi dia setelah artikel mengenainya diterbitkan di Universiti Teknologi MARA.... kuat betul perisik CIA nih "Foreign Relations, 1964-1968, Indonesia; Malaysia-Singapore; Philippines.Editor: Edward C. Keefer General Editor: David S. Patterson, United States Government Printing Office, Washington, 2001."

6) Dato Onn Jaafar : pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR), tulisan asal ڤرتوبوهن كبڠسأن ملايو برساتو atau nama sekarang telah diInggeriskan menjadi United Malay National Organisation(UMNO) atas sebab British mengharamkan semua parti yang tidak diInggeriskan.

7) Ucapan terakhir Dato Onn Jaafar sebagai Yang DiPertua UMNO pada 26 Ogos 1951:

“Oleh kerana saya mempunyai beberapa peluang dapat melihat sesuatu gerak langkah, sesuatu perbuatan atau cadangan yang hendak dijalankan di Tanah Melayu ini; langkah-langkah dan perbuatan yang mendatangkan kebimbangan kepada diri saya sendiri.

…saya dapat peluang itu oleh kerana dapat melihat tempat2 yang tidak dapat dimasuki kebanyakkan orang. (adakah Dato Onn Jaafar sudah berjaya masuk ke dalam salah satu loji FREEMASON di Tanah Melayu ketika itu?) Melihat gerak langkah dan cadangan-cadangan yang hendak didatangkannya ke atas Tanah Melayu ini.

Malang mulut saya tertutup, malang saya berkata mulut saya ini tertutup tidak dapat menzahirkan kepada umat Melayu Semenanjung ini apa yang diketahui oleh saya dalam masa menyempurnakan pekerjaan2 dan tanggungan saya itu…“

rujukan : (Mohamed Abid, 2003, muka surat 191-192)



penubuhan salah satu loji FREEMASON oleh penjajah pada tahun 1927 di Pulau Pinang, upacara perletakan batu asas.

8) Gagasan USA tentang Malaysia sepertimana yg dihasratkan Rupert Emerson (kemungkinan besar ahli FREEMASON) menjadi kenyataan pada tahun 16 September 1963 bilamana Singapura, Tanah Melayu (atau suka dikenal sebagai Malaya), Sabah dan Sarawak bersama-sama menubuhkan Malaysia. Brunei di saat akhir, menarik diri daripada menyertai Malaysia, dan kekal dibawah naungan jajahan Inggeris hingga ke tahun 1984. manakala Singapura pula menyertai Malaysia setakat tahun 1965.

9) Pendokong gagasan Nusantara Melayu Raya seperti Lim Chin Siong dan Said Zahari yang menentang penubuhan Malaysia sebagai projek kolonial A.S, juga beranggapan Singapura sememangnya sudah menjadi bahagian Tanah Melayu, tidak timbul persoalan tentang Singapura masuk Malaysia. Kita tidak akan semudahnya melupakan derita suatu pengorbanan cita2 masa lalu yg gagal. Perlembagaan rakyat dan gabungan Putera AMCJA, perang anti British darurat, dan kemerdekaan, Barisan Sosialis dan penangkapan ISA terhadap hampir kesemua wakil rakyat Parti Rakyat dan Parti Buruh, Adun, Ahli Parlimen, Ahli Pihak Berkuasa Tempatan, juga pemimpin bahagian dan cawangan, pengharaman pilihanraya majlis tempatan atas kemenangan hampir seluruh kerusi kepada Barisan Sosialis. Presiden Pas, Dr Burhanudin Al-Helmy juga turut merengkok di dalam ISA atas tuduhan kununnya menentang penubuhan Malaysia. Hal ini ditulis Pak Said Zahari, yang dipenjara ISA oleh Lee Kuan Yew di Singapura, selama 17 tahun tanpa bicara, dalam buku memoirnya “Meniti lautan gelora.”

10) Jadi bukan Tunku Abdul Rahman lah yang mencipta nama Malaysia. Jika begitu tertipulah kita gamaknya. Dan sudah tentunya juga mereka inilah yang telah mencatur dan mengatur (indirect rule) siapa yang patut memerintah dan generasi yang bagaimana patut dilahirkan oleh negara Malaysia itu kelak.

11) Realitinya, Dato’ Onn sudah dapat mengesan perancangan ‘mereka’ itu sedari awal lagi, malangnya orang UMNO telah dibutakan oleh dakyah barua British dan agen2nya sehingga ke hari ini. Akhirnya Dato Onn pula yang dihina dan dituduh talibarut British. (Mohamed Abid, 2003, p189)

12) sesuatu yang besar pasti berlaku selepas era pemerintahan Najib Tun Razak kerana pencaturan Perdana Menteri Malaysia telah berakhir!

R - Tunku Abdul Rahman

A - Tun Abdul Razak

H - Tun Hussein Onn

M - Tun Dr. Mahathir Mohamad.. (Musa Hitam bertanding tapi kalah kepada Dr.M M)

A - Abdullah badawi (Anwar Ibrahim dipenjarakan atas tuduhan liwat/sodomi)

N - Najib Tun Razak (seperti menang tanpa bertanding kerana tiada lagi orang ada nama N)

13) "Kerajaan telah memilih Perang Besar" (sekarang namanya PUTRAJAYA).. sumber rasmi petikan ucapan ini : Koleksi Arkib Ucapan Ketua Eksekutif


Sumber dan Petikan:

1.The Pirates of Malaysia (ItalianI pirati della Malesia


4. Malaysia Telah Wujud Sejak 1826 http://www.hasrulhassan.com/2011/07/malaysia-telah-wujud-sejak-1826.html#ixzz2CAGg8Wln

5. http://kawie2020.blogspot.com/2010/03/sila-klik-untuk-besarkan-benda-ini-di.html