Isnin, 6 Mei 2013

Perang Sungai Manik (8)

Cerita di bawah ini adalah terjemahan dari cerita asal bahasa Banjar bertajuk “Sungai Manik Bamandi Darah”.yang diterjemah ke Bahasa Melayu oleh Utuh Lingkun didalam blog beliau dibawah tajukPerang Sungai Manik.

Diterbitkan semula disini agar pembaca yang belum membacanya di Utuh Lingkun boleh membacanya disini. Ia merupakan satu kisah benar yang perlu diketahui oleh orang2 Melayu/Islam dan dapat dijadikan iktibar.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Peperangan di Balun Bidai melahirkan seorang lagi wira Banjar bernama Mawi, pemilik parang bungkol bergelar si Kajang Rungkup. Kalau berhadapan musuh, dia tidak teragak-agak untuk menerkam (marungkup) dan menyembelih, seperti menyembelih leher lembu. Yang menghairankan, musuh yang sudah kena terkam langsung jadi lemah tak bermaya untuk melawan. Itulah keajaiban parang bungkol si Kajang Rungkup.

Setelah berakhir perang di Balun Bidai, Acil diberi gelaran “Acil Wani” (Acil Berani). Sebut saja nama Acil, seluruh warga Banjar kenal padanya.

Bela (haragu) bukan sebarang bela, bela ada muslihat (sipatan). Warga Cina yang ramai bermastautin disetiap pelosok Kampung Gajah sudah mula mencebik (kulibian) bila bertemu orang Melayu.

“Wahai kaumku, perang sabil saja diolah (dipiulah) oleh orang Melayu yang banyak menjurus kepada perkauman. Mereka merancang untuk menghapuskan bangsa Cina seluruh Tanah Melayu, itulah tujuan sebenarnya. Tergamakkah (purunkah) tuan-tuan membiarkan bangsa sendiri hancur lebur dipijak-pijak (dilincai) orang Melayu? Tentunya kalian tak sanggup. Nah apa lagi yang ditunggu, jom kita bersatu, kita tentang sampai ketitisan darah terakhir!”begitulah bunyinya kempen PKM setiap kali bertemu orang Cina di Kampung Gajah. Mereka yang sudah rasa terhutang budi kerana selama ini dilindungi, dijaga sebaiknya oleh PKM akhirnya bersetuju berjuang demi bangsa dan agama mereka.

Orang Cina tak dapat melihat muslihat disebalik kemanisan kata-kata PKM – memperbodoh (mawalohi) orang Cina untuk kepentingan sendiri dengan melagakan (menyaung) Cina dan Melayu. Betapa tidak, sudah banyak pengganas komunis kecundang di tangan pejuang Banjar.

Orang Cina mula menghimpunkan serba serbi (sarabanya) keperluan – parang besar, parang bengkok, kayu pengandar tempinis seadanya dengan tujuan untuk berperang. Sekiranya terserempak dengan orang Melayu, tak kira kecil atau besar bakal habislah mereka kerjakan.

Pertemuan secara berdepan antara pejuang Sabilullah dengan orang Cina dan pengganas komunis di pinggir Kampung Sungai Galah tak kurang jua sengitnya dibandingkan dengan yang sebelumnya. Lenguh (katuran) tangan warga Banjar kerana terlalu pantas (ancap)mengayun (mailai) parang bungkol. Baju dan seluar basah kuyup (jimus) dengan darah. Mayat musuh bergelimpangan di sana sini, namun jumlah mereka masih belum berkurangan (rawak), malah semakin ramai (manjarau).

“Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar!!!” jerit si Acil tiga kali sebagai isyarat supaya berundur seketika untuk menghilangkan penat dan membuat strategi lain. Melihat pejuang Sabilullah mula berundur, warga Cina riuh mangajuk (mauyati) zikir Lailahailallah.

“Lailahailalit…Malayu kasi habit!!!” mereka merasakan sudah beroleh kemenangan.

Mendengar zikir dipermainkan, Mawi si Kajang Rungkup hilang sabar. Serta merta dia berpatah balik mengejar musuh. Sayang, hajatnya untuk menerkam tak kesampaian. Bertalu-talu peluru Bren Gun komunis hinggap ke badan. Huyung hayang (tajumpipir) Mawi lalu rebah.

“Habislah Mawi!!!” semua warga Banjar yang melihat terasa sedih.

Tak sampai 10 minit berselang, Mawi yang bergolek kesakitan (bapangsar) di atas tanah bingkas bangun.

“Mati aku, mati aku, mati aku!” ujar Mawi yang berlari anak (bukah maanak) balik ke kumpulan, sambil mengibas (bakipuh) membuang peluru yang sudah leper yang melekat (marikit) penuh (papak) seluruh badan. Mawi yang disangka sudah mati rupanya masih (magunai) hidup.

“Bah rasa berbahang (mambarangat) Cil ai…hampir (manggisit) terbakar (mandah) aku abang (kakak) Emoh ai!” ujar Mawi mengadu. Khalifah Acil ketawa terbahak-bahak, tak dapat menahan kelucuan teringat karenah Mawi.

Senyum meleret (lihum bapair) si Emoh sambil mengipas Mawi yang sedang kepanasan, tapi masih lagi boleh bergurau (bahuhulut). Begitulah karenah orang Banjar.

Mawi, kalau belum sampai ajal sememangnya kebal. Bukan sekali dua dia bakipuh begini.

Masa bertugas sebagai Home Guard mengiringi tuan lombong orang Inggeris Changkat Tin, dia pernah diserang hendap oleh Bintang Tiga ketika sedang menaiki Loko (keretapi kecil pengangkut bijih timah). Terpandang tuan orang Inggeris yang sudah mati terkena tembakan, Mawi melepaskan raifel di tangan lalu mengejar komunis dengan parang bungkol. 5 orang pengganas maut (jingkar) ditetak dengan Kajang Rungkup. Entahlah, adakah anak-anaknya yang mewarisi ilmu si bapa!

Hari semakin lewat (landung), para pejuang Sabilullah terpaksa meninggalkan medan perjuangan kerana masa dan ketika untuk berhenti sudah pun tiba. Musuh masih riuh berteriak (karahongan) mengajak berlawan tanda tak puas hati, tapi setelah tak dilayan, mereka pun senyap. Mawi yang masih sakit seluruh badan (ringkutan saawakan) ditandu balik.

Sementara itu, orang Melayu dari Kampung Gajah berduyun-duyun datang menemui Tuan Guru Haji Bakri di surau Changkat Bayas. Tak sampai sepuluh orang yang sempat (sawat)memperoleh selendang merah kerana itu sajalah baki yang ada. Walau bagaimana pun, semuanya diberi minum air perangsang (banyu garangsang) dan diberi amanat – kalau boleh, hapuskan saki baki dan zuriat komunis di Kampung Gajah.

Memang menjadi, tak sia-sia pemberian Tuan Guru. Tak sempat menunggu esok sudah riuh dan gempar orang Melayu menyerang orang Cina di Kampung Gajah. Di mana saja terdapat kediaman mereka, habis dimusnahkan.

Orang Melayu di Kampung Gajah sudah jadi berani setelah menuntut ilmu orang Banjar – angkara Ali Amin yang memperdagangkan ilmu kepada orang Melayu.

Ali Amin…..kerana tak mahu bekerja seperti orang lain, bila tak berduit, ilmu dijualnya. Hampir tercetus pergaduhan dimarahi Acil dan Emoh. Oleh kerana malu, akhirnya dia meninggalkan Balun Bidai, dan terus hilang tanpa berita.

Sudah tiga hari para pejuang Sabilullah merehatkan badan. Esok pagi bakal bermula perjuangan baru – menyerang musuh di pinggir Kampung Sungai Galah. Menurut firasat Tuan Guru Hj Bakri, peperangan esok mungkin yang terakhir. Para pejuang memujuk Mawi supaya jangan turut serta kerana masih belum sihat sepenuhnya. Tapi orang yang keras hati sepertinya tak makan pujuk.

“Napa garang pamburisit banar ah diaku nia tih?” ujarnya mamburangsing.

“Kenapa gerangan, penakut benarkah aku ni?” ujarnya dengan nada marah.

Sepetang suntuk Mawi bersilat memantapkan langkah 12 (seni silat orang Banjar), dengan tujuan untuk menerkam bersungguh-sungguh agaknya. Serba salah (saraba ngalih), kalau ditinggal, mau saja menonong (mangunyur) mengikuti dari belakang (manunti) seorang diri. Selepas dibenarkan (diinggihakan) barulah dia senyap (ranai).

Zikir Lailahaillallah tak berhenti-henti, musuh yang sudah bersedia menanti begitu ramai.

“Fisabilullah Allahuakbar!!!” laung Khalifah Acil sambil berlari di hadapan menghampiri musuh. Kelentungan (kalintingan) senjata berlaga. Orang Cina pun apa kurangnya – bermacam kebolehan dan kemahiran dipamer dalam perjuangan penentuan antara hidup dan mati.

Sedang rancak bertarung, orang Cina terpinga-pinga kerana dengan tiba-tiba kelibat orang Banjar sudah tidak kelihatan. Pengganas komunis yang bijak bersembunyi di merata penjuru mula keluar dari tempat persembunyian untuk mengejar dan mencari pejuang-pejuang Banjar. Hilai ketawa mereka membayangkan seperti sudah mencapai kemenangan.

Namun, kegembiraan mereka cuma sementara. Sungguh tak disangka, tiba-tiba parang bungkol berterbangan sendirian macam air hujan menetak (manimpas), melibas (merawis) dan menikam (manyuduk) hingga tak dapat dielak. Banjir (baah)Kampung Sungai Galah dengan darah. Lintang pukang pengganas komunis lari menghala ke hutan Tambun. Tak boleh ditunggu (kada magan di hadang) lagi kerana lailahailait Cina sudah potong habit.

Bagaimana (dimapang) parang boleh terbang sendiri kalau tak ada kudrat dan iradat yang mengarahkan. Sebenarnya orang Banjar jua yang bersungguh-sungguh (bahimat) menetak(manimpasi), cumanya mereka tidak kelihatan kerana sudah berada di alimul (alam) ghaib.

Keberanian orang Banjar turut menaikkan semangat orang Melayu di merata tempat. Perkampungan Cina di sepanjang Sungai Perak dan Chenderong Balai ranap dibakar dik dendam orang Melayu yang sudah lama menderita ditindas komunis. Selepas itu barulah tentera upahan British bangsa Punjab tiba untuk mengamankan Sungai Manik dan Kampung Gajah.

Sejak itu, tidak ada lagi orang Cina di Kampung Gajah. Saki baki pengganas komunis yang masih hidup lari ke dalam hutan.



Tuan Guru Haji Bakri, 57 tahun kembali ke Rahmatullah di Mekah tanggal 26 September 1950. Jasadnya disemadikan di Perkuburan Ma’ala, Mekah.

16 ulasan:

  1. Best dgr cita keberanian org melayu dulu2..thanx bro

    BalasPadam
  2. Dengarnya pasukan parang panjang pada Mei 69 datang dari Sg Manik jua.
    Tabik orang Banjar.

    BalasPadam
  3. Terimakasih Khalid Al-walid kerana sudi berkunjung... memang banyak cerita kepahlawanan orang Melayu namun ia disembunyikan...

    BalasPadam
  4. Pasukan parang panjang pada Mei 69 datang dari Sg Manik telah dsekat dari memasuki KL di Kuala Selangor semasa ingin menaiki feri. Masa tu jambatan Kuala Selangor masih tak dibina lagi. Kalau mereka sampai ke KL .. rasanya habis puak2 macam kat sungai manik..

    BalasPadam
  5. tp aku sedih la, org melayu sekarang tak berani mcm org dulu2....org banjar pun sama dah hilang keberaniannya....org dulu2 berani berperang...gaduh guna parang dah biasa tp budak skrg nampak kap lam ya nga bwk parang lari lintang pukang.....kes kat sungai petani tu buktinya...melayu kene serang dgn kap lam ya nga pun xde sapa yg berani tolong....padahal kt kedah blh katakan 80% melayu

    BalasPadam
  6. Pahlawan Banjar masih ada, bila masanya tiba mereka akan muncul. Banjar adalah bangsa low profile tapi sensitif bila sebut tentang agama, bangsa dan negara. Kiyai Salleh yg mengamuk di Batu Pahat dgn tentera selempang merah juga keturunan Banjar!

    BalasPadam
  7. saya urang banjar dari samarinda kalimantan timur, baru dengar jua kiash macam di sungai manik, salut saya dengan bubuhannya bahari tu...

    BalasPadam
  8. Banjar insyaaAllah akan bangun kembali utk meletakkan titik mula sebuah perjuangan yg diwarisi dari para Nabi.Gema tauhid yg suci &murni akan kembali menundukkan kezaliman & perhambaan sesama manusia.Nantikan shj saudaraku jika panjang umur kita insyaaAllah kita akan menemukannya cuma menunggu masa &takdir Illahi.

    BalasPadam
  9. tiba2 tergerak hati nak cari cerita parang terbang pasal atuk sye cerita baru2 nie parang terbang di sungai manik saye ingatkan 13 mei rupa nyer tak same..saye teringat la masa sye kecil atuk sye banyak keris,pedang samurai,kerambit,macam2 senjata dia ada nampak masa dia bersihkan..skrg dah x ade dah..atuk cakap kalau nak belajar ilmu parang terbang belajar surah wali2 (x berapa ingat) ada pantang x boleh buat maksiat@kejahatan akan makan diri balik. pastu ade org melayu tali barut pkm(pandai ilmu ghaib)sampai skrg masih hidup tapi x tahu kat mana..x sangka sungai manik ada sejarah mcm nie x de dlm sejarah malaysia pun saya kalo atok sye x cite x tahu lah sye..he..he..atuk sye org cenderong balai parit 7..seronok dengo org tua cerita zaman dulu2 mungkin sebab tu juga sye minat belajar ilmu persilatan keturunan mmg camtu..tapikan sedih pun ade budak2 zaman skrg semua ngadap gajet..padahal banyak lagi ilmu bermanfaat boleh belajo..kot2 kita x tahu masa akan dtg kalo bukan org melayu sape lagi nak bela tanahair kita...

    BalasPadam
  10. Ya Allah. Subhanallah.
    al Fatihah buat pahlawan bangsa.

    BalasPadam
  11. sembang lebih, patutlah british dapat jajah

    BalasPadam
  12. masih mencari kisah arwah atok yg datang dari aceh, dtg lima beradik dari sana menjual tembakau
    hj haron, hj taib, hj saleh, hjh halimah, seorang lagi x pasti nma siapa, hj haron meninggal berperang dgn komunis, ceritanya sedikit misteri, sebab tu kuburnya dirahsiakan, cuma waris2 je yg tau kt mna kuburnya

    BalasPadam
  13. Alfatihah..dan terima kasih kerna info sejarah yang bagus...tahniah kepada penduduk sg manik...pejuang melayu sejati...allahuakbar

    BalasPadam
  14. Al fatihah kepada semua pahlawan yang telah meninggalkan Kita semua sehingga dapat mengecapi kehidupan baik pada Hari ini. Walaupun tiada kaitan waris dengan pejuang-pejuang tersohor tanahair namun semangat juang tetap turun ke hati dengan memperjuangkan nasib Bangsa, agama dan negara melalui dunia pendidikan terbaik kepada semua anak seantero Melayu. Cuma, aku agak berbangga dengan keturunan sebelah isteri berasal Batu Pahat, Johor yang sekarang ini bersama2 berjuang bagi menolong meningkatkan pendidikan Dan pekerjaan level tinggi anak2 Melayu di arena pentadbiran Negara. Dan aku sendiri melalui keturunan ayahandaku juga berasal dpd susur galur kepimpinan ulamak Pattani yg menetap di Kg Laut, Palekbang, Tumpat dan berakhir di Kg Chetok, Pasir Mas Kelantan akan terus memperjuang nasib bangsa Melayu Islam sehingga ke akhir hayat Kami in syaa Allah. Lastly not least, kupetik dpd kata2 Orang Iban yg mnjd teras Kor Renjer DiRaja, "Agi Idup Agi Berjuang"! Selagi hidup selagi itulah Berjuang. Allahuakhbar

    BalasPadam
  15. Ilmu Sufi/ Perang Orang Banjar banyak pantang larangnya, masa perang xboleh ambil seduit/barang musuh. Hati beserah dan berzikir tampa putus. Solat malam semua ahlinya sampai begerak senjata parang untuk pergi perang xboleh ditunggu2lagi.Itulah ilmu Simpang Merah.

    BalasPadam