Artikel copy dan paste dibawah merupakan strategy kroni-kroni Dajjal yang diketuai oleh Rothschild untuk mengusai Mesir. Nampaknya strategy yang sama sedang digunakan di Malaysia. Sama-sama kita mengambil iktibar.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
STRATEGI ROTHSCHILD MENGUASAI MESIR
Menguasai Mesir bermaksud menguasai hampir separuh pemikiran umat Islam dunia. Walaupun 300 tahun dahulu Mesir bukan negara rujukan ulama dunia, tetapi kini fatwa Al-Azhar dirujuk hampir satu billion umat Islam dan menjadi pegangan pemikir politik yang pro-Islam atau Islam Sekular.
Dajjal tahu akan hal ini dan agennya (Rothschild) sentiasa berusaha merealisasikan konspirasi bagi menguasai seluruh umat Islam.
(Gambar) Pemimpin-pemimpin Mesir Freemason di salah satu kuil mereka di Kaherah, Mesir era 1940-an.
Potret di kuil freemason tersebut ialah gambar King Farouk.
PERMULAAN KEJATUHAN MESIR
Tahun kritikan kejatuhan Mesir adalah pada era 1860-an ketika Mesir dibawah pemerintahan Ismail Pasha. Memandangkan Ismail sangat berkeinginan melihat negaranya maju seperti negara2 Eropah lain (ditambah dgn beliau sendiri yg berpendidikan Eropah), maka kesempatan ini diambil Rothschild melalui agen2nya yg berada di Mesir.
Projek pembinaan Terusan Suez pemerintahan dinasti Ali Pasha dijalankan oleh jurutera Perancis, Ferdinand de Lesseps. Kos projek ini meningkat berjuta2 pound setiap tahun akibat peperangan.
Pada 1862, agen Rothchild di Mesir, Herman Oppenheim telah membantu Said
Pasha mendapatkan pinjaman kewangan daripada bank Eropah. Said Pasha memerlukan pinjaman tersebut bagi meneruskan pembinaan Terusan Suez.
Kemudian pada 1864, Herman sekali lagi menguruskan pinjaman kewangan untuk kerajaan Mesir sebanyak 5,700,000 pound. Jumlah yg diberikan kepada Mesir hanya 4,660,000 pound sahaja yg mana bunga bank telah ditolak awal-awal lagi. Sebagai cagaran kepada pinjaman besar itu, Ismail Pasha bersetuju menyerahkan hasil maksum tiga kawasan dagangan di Mesir.
Setahun selepas itu, Ismail Pasha membuat pula ''pinjaman peribadi'' (Personal Loan) di Anglo-Egyptian Bank sebanyak 3,387,000.
Tetapi jumlah tunai yang diterima hanyalah 2,750,000 setelah ditolak bunga bank. Separuh dari pinjaman ini digunakan untuk membeli hartanah dan separuh darinya utk membeli kilang memproses gula.
Pada 1866, kerajaan Mesir membuat beberapa pinjaman besar dari Messr Fruhling & Goschen bagi menanggung projek mega Mesir iaitu pembinaan landasan keretapi. Dalam pinjaman ini juga, Mesir hanya menerima 2,640,000 daripada perjanjian asal sebanyak 3,000,000 pound.
Pada 1867, Ismail Pasha membuat lagi pinjaman peribadi daripada Imperial Ottoman Bank milik Perancis sebanyak 2,080,000 dalam usaha membeli lebih banyak kawasan tanaman tebu untuk perniagaan gulanya.
Tetapi Ismail hanya diberikan 1,700,000 pound secara tunai,
Pinjaman peribadi dibuat lagi oleh beliau pada 1870 dengan kadar 7,143,000.
Pinjaman terus-menerus saban tahun yang dilakukan pemerintah Mesir telah mengakibatkan hutang negara meningkat dengan mendadak sedangkan pendapatan negara tidak seberapa. Pemeritah Mesir ketika itu tidak mahir ilmu perbankan kewangan, mereka tidak faham cara berniaga Yahudi-Freemason bidang perbankan. Formula ekonomi Yahudi Rothschild ialah meningkatnya hutang kerajaan terhadap bank maka meningkatlah kadar ''penguasaan hartanah'' negara Mesir.
Kemudian pada 1868, kerajaan Mesir membuat lagi pinjaman sebanyak 11,890,000 dengan kadar bunga yang sangat tinggi. Jumlah tunai yang diterima ke dalam akaun hanyalah 7,195,000 sahaja. Pinjaman besar ini menggunakan khidmat Herman.
Pada 11 Jun 1873, kerajaan Mesir telah membuat pinjaman paling besar sepanjang pemerintahannya iaitu 32 juta pound dengan kadar bunga tahunan yang paling tidak munasabah iaitu 20 peratus setahun.
Kita amat hairan mengapa hutang dibuat hampir setiap tahun? Adakah kerajaan Mesir tidak sedar bahawa pendapatan Mesir tidak mampu melangsaikan semua hutang tersebut dalam masa singkat? Dan mengapa pula bank-bank Rothschild terus-menerus meluluskan pinjaman sedangkan mereka tahun Mesir tidak mempunyai pendapatan yang banyak untuk membayar balik?
Ismail Pasha juga menggunakan wang tersebut untuk menampung kos hidup mewahnya seperti pengubahsuaian istana beliau dan barang-barang mewah.
Dalam hal membuat pinjaman yg banyak ini, Ismail tidak melihat hasil maksum tahunan negara. Beliau seronok menghabiskan wang dgn usaha pemodenan yg boleh memberikan publisiti kepada pemerintahannya.
PELUANG ROTHSCHILD
Rothschild melihat ini satu peluang untuk menguasai Mesir kerana setiap pinjaman mesti disertakan cagaran hartanah atau organisasi perniagaan. Kerajaan Mesir tidak sedar, kebanyakan tanah-tanah utama kawasan industri telah banyak dicagarkan kepada Rothschild maka disebabkan itu Rothschild terus-menerus memberi pinjaman jutaan pound setiap tahun.
Rothschild tidak mengharapkan bayaran balik tetapi mahu memegang geran tanah negara agar boleh mencengkam ekonomi Mesir ratusan tahun akan datang. Sekiranya didapati harga tanah sesuatu negara sangat mahal maka Rothschild akan menurunkan nilai hartanah tersebut dengan cara mencetuskan peperangan.
Tidak akan ada pelabur yang akan membuka perniagaan dikawasan yang sentiasa berperang. Apabila tanah tersebut telah dibeli hakmilik daripada pemerintah, Rothschild dengan pantas akan mengarahkan agen2nya menghentikan peperangan dgn serta merta (mereka mampu menghentikannya serta merta kerana mereka sendiri yg mencetuskannya)
TERUSAN SUEZ MENJADI MILIK ROTHSCHILD
Pendapatan cukai melalui sistem pinjaman Muqabala dan Ruznameh masih tidak mencukupi utk kerajaan Mesir membayar hutang-hutang Rothschild.
Oleh itu, Ismail Pasha telah membuat keputusan menjual saham-saham dalam Terusan Suez-nya. Hebahan ini dibuat kepada pelabur-pelabur British dan Perancis.
Selepas hebahan jualan saham dibuat, Rothschild London mengarahkan agennya, Benjamin Disraeli (Perdana Menteri Britain ketika itu) membuat belian. Disraeli membeli saham Terusan Suez agar British mempunyai kepentingan dalam terusan tersebut. Dalam masa yg sama, kerajaan British juga tidak mempunyai cukup modal bagi membeli saham Suez.
Oleh itu, Disraeli secara rahsia mengarahkan kementerian kewangan Britain membuat pinjaman kepada bank Rothschild sebanyak 4 juta pound tanpa melalui kelulusan anli-ahli parlimen.
Rothschild berjaya memiliki Terusan Suez dengan memperkudakan kerajaan Britain melalui agen-agennya dalam kabinet Britain. Apabila Suez diperolehi maka pedagang2 akan menggunakan laluan tersebut sebagai jalan pintas ke Asia, maka ini boleh menjana pendapatan kepada pemegang2 saham Suez yg mengutipnya melalui tol terusan.
KERAJAAN MESIR BANKRAP PADA 1875
Detik kebankrapan Mesir ialah apabila kerajaan British berjaya menguasai saham harta terbesar Mesir iaitu Terusan Suez.
Ismail sebagai pemerintah telah tertekan dengan keadaan ini namun membiarkan sahaja suruhanjaya memanipulasi perbendaharaan negara.
Hanya seorang yg menentang suruhanjaya ini iaitu Ismail Sadik, Menteri Kewangan Mesir.
Malangya, Ismail telah ditemui mati lemas secara misteri di Sungai Nil dan dipercayai angkara orang-orang suruhanjaya dan Rothschild.
Apa yang hebatnya tentang perancangan Rothschild ini ialah pada Oktober 1875, tahun yg sama juga, kerajaan khalifah Turki Utmaniyah telah diisytiharkan bankrap dari sebab yg sama iaitu ketidakmampuan membayar hutang bank Rothschild.
RAKYAT MESIR MENDERITA MENANGGUNG HUTANG KERAJAAN
Ismail Pasha bersetuju menyerahkan hak hartanah negara Mesir kepada Rothschild dan ini memberikan kejayaan kepada bank-bank Yahudi-Freemason. Pada 28 Ogos 1878 secara rasminya suruhanjaya mengisytiharkan sebuah kabinet Mesir baru yang dianggotai oleh agen-agen Rothschild.
Antara 1870-an hingga 1898, ia merupakan tempoh kerajaan Mesir hidup di dalam pentadbiran yg defisit, iaitu hutang negara melebihi pendapatan negara. Kerajaan Mesir telah menanggung hutang yg sangat tinggi dgn bank-bank Yahud-Freemason di Kaherah. Bank-bank ini pula bijak mengumpan kelemahan pemimpin kerajaan Mesir yg tidak bijak membelanjakan wang rakyat, tambahan pemimpin-pemimpin Mesir kebanyakannya adalah ahli Freemason
Untuk membayar hutang yg bergunung ini, kerajaan Mesir melakukan beberapa langkah drastik yg sangat kejam iaitu menghentikan pembayaran gaji pekerja sektor awam pada 1877 dan meningkatkan cukai-cukai tanah ladang.
Rakyat Mesir juga dipaksa membayar cukai yg tinggi melebihi kemampuan pendapatan mereka. Tekanan ke atas rakyat dibuat kerana setiap tahun ''interest'' pinjaman kerajaan di bank-bank milik Rothschild meningkat.
Salah satu cara yg dibuat kerajaan Mesir ialah meningkat cukai tanah 6 kali ganda kepada semua pemilik tanah seluruh Mesir. Sistem cukai tanah yang luar biasa ini digelar sebagai 'muqabala' dan ''ruznameh''.
Charles River Wilson (Freemason) telah dilantik sebagai presiden bagi suruhanjaya khas menguruskan kewangan Mesir.
PENUBUHAN BANK NEGARA PALSU
Pada 1898 tertubuhlah sebuah bank agen Rothschild yang diberi nama Bank Negara Mesir (National Bank Of Egypt).
Istilah ''Bank Negara'' bukanlah bermaksud ia milik penuh kerajaan Mesir yg dipilih rakyat, ia sebenarnya tetap sebuah bank persendirian tetapi rakyat Mesir ditipu dengan istilah ''Bank Negara''
Rothschild memilih perkataan Bank Negara untuk memanipulasi pemikiran rakyat. Jika dinamakan Bank Of Rothschild , sudah tentu ia akan menerima tentangan kerana bunyi nama tersebut tidak berkepentingan rakyat.a
Maka Rothschild memberi nama ''Bank Negara'' untuk menutup mata rakyat dan istilah ''Bank Negara'' diguna pakai di semua negara dunia (termasuk Malaysia) yang pada hakikatnya bukan milik kerajaan atau lebih jelas lagi, bukan milik rakyat.
Rothschild mengarahkan Cassel menubuhkan NBE supaya dapat menukar sistem wang Mesir daripada penggunaan syiling emas kepada wang kertas. Tujuan penggunaan wang kertas (Tad Lumpkin, seorang pengarah filem animasi menggelarkannya wang kertas tandas) ialah memudahkan Rothschild mengawal inflasi, ekonomi dan dagangan saham seluruh dunia. Dengan wang kertas juga, Rothschild boleh mengawal nilai mata wang sesebuah negara mengikut kemahuannya.
Pada 3 April 1899, Bank Negara Mesir telah mengumumkan penggunaan wang kertas kepada seluruh rakyat Mesir.. Wang syiling emas tidak lagi digunakan, ianya boleh disimpan dibank atau digadaikan utk mengambil nilainya. Ia adalah tarikh keramat Mesir jatuh ke dalam kemiskinan.
ROTHSCHILD MENYEBARKAN PINJAMAN BANK
Apabila seluruh rakyat Mesir telah mengguna-pakai wang kertas maka bank-bank mula melakukan bisnes kotor iaitu menawarkan pinjaman dgn faedah kpd org2 awam, persatuan, peniaga2 kecil serta badan-badan kerajaan.
Dengan berlakunya lambakan situasi tersebut maka timbullah isu baru dalam dunia perundagan Islam Mesir berkaitan riba bank, dan sebagainya. Banyak perdebatan berlaku dikalangan ulama dan terdapat banyak pandangan dalam isu tersebut.
Bagi memastikan orang2 Islam Mesir mengambil dan mengguna pakai pinjaman riba ini, agen-agen Rothschild di pentadbiran kerajaan Mesir mula memilih ulama-ulama sekular yg cenderung ke arah pemikiran barat dan boleh dipergunakan untuk kepentingan bank.
Jadi, ulama manakah yg boleh bersetuju dgn riba ini kerana ia jelas haram?? Untuk memastikan perancangan berjalan rapi, Rothschild melalui agen-agennya di Mesir sudah pun mempunyai stok ulama khusus dalam hal ini. Maka Rothschild memilih ulama2 Al-Azhar yang menyertai organisasi Freemason di Mesir. Ketika itu, ada tiga ulama terkenal yg menyertai Freemason iaitu Jamaluddin Al-Afghani, Muhammad Abduh dan Muhammad Rashid Rida.
FATWA ULAMA FREEMASON MENGHALALKAN RIBA
Ulama pertama yg dipercayai mengeluarkan fatwa Riba menghalalkan riba bank atas keadaan-keadaan tertentu ialah Syeikh Muhammad Abduh dan Syeikh Rashid Rida. Fatwa itu dikeluarkan pada 1904.
Kesan dari fatwa yg tidak bertanggungjawab itu, maka ramailah ulama2 kontemporari dari seluruh dunia Islam terpengaruh, tambahan pula pada waktu tersebut, dunia Islam dilanda pengaruh Kaum Muda yang mempunyai ciri-ciri fahaman Wahabi di seluruh dunia.
Ia adalah saat yang menggemparkan ulama-ulama Islam dari seluruh dunia. Ia seolah-olah satu pertembungan pendapat antara golongan ulama muda yg ekstrem menagih pembangunan sosial dengan ulama pondok yg sudah berpengalaman dengan taktik Freemason.
Ulama seluruh dunia tahu bahawa fatwa tersebut adalah ''berat'' dan terselindung pelbagai helah kerana Sheikh Muhammad Abduh dan gurunya, Sheikh Jamaluddin Al-Afghani (kelahiran Iran) adalah ahli Freemason di Kaherah yang bersekongkol dengan Illuminati.
Malah Khalifah Uthmaniyah ketika itu, Sultan Abdul Hamid menggelarkan Sheikh Jamaluddin Al-Afghani sebagai ''pelawak'' di dalam buku log baginda. Gelaran ''penghinaan' itu diberikan berikutan baginda telahpun mengetahui bahawa Jamaluddin adalah perisik British dan sedang berkomplot menjatuhkannya dengan cara menaikkan pemimpin boneka Rothshild di Mekah iaitu Sherif Hussain.
Sebenarnya, perlantikan Muhammad Abduh sebagai Mufti Mesir adalah hasil dari pengaruh Lord Cromer. Pada 1898, ketika Rothschild menubuhkan Bank Negara Mesir, pada masa yang sama juga Majlis Ulamak Al-Azhar telah mengumumkan fatwa sistem perbankan riba yg diamalkan oleh bank-bank di Mesir adalah haram.
Kenyataan rasmi fatwa ini berlawanan dgn kaedah perniagaan Rothschild, maka bagi mengkaburi umat Islam dan melawan fatwa ini, Lord Cromer dengan kuasanya telah melantik sahabatnya Muhammad Abduh sebagai Mufti Mesir.
pada 1899, Muhammad Abduh secara rasminya mengumumkan bahawa sistem perbankan riba adalah HALAL.
Dalam majalah Al-Manar keluaran gerakan Wahabi Salafi Mesir, Muhammad Abduh menyebut,
''Riba sememangnya tidak halal dalam semua hal, manakala Pejabat Pos melabur wang yg diambil daripada orang rama melalui deposit, sedangkan wang itu tidak dikira sebagai pinjaman kepada pihak pos.
Ia boleh jadi sebagai wang pelaburan seumpama syarat-syarat bagi suatu perkongsian dalam qirad.''
(Majalah Al-Manar, Vol.VI, bab18, ms 717)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Fatwa riba sebagai halal diteruskan lagi penggunaannya oleh Mufti Mesir selepas itu iaitu Shiekh Muhammad Rasyid Rida, juga seorang Wahabi Salafi dan anak murid kepada Muhammad Abduh. Perlantikan Rasyid Rida seorang warga Syria sebagai Mufti juga sudah tentu di atas restu British kerana beliau membawa fahaman fatwa yg sama. Tambahan pula, Rashid Rida bersama Muhammad Abduh dan Jamaluddin juga merupakan ahli Freemason yang berpangkat di Kaherah.
Ketiga-tiga ulama Freemason ini juga giat melancarkan fahaman menentang ulama-ulama tasawuf dan amalan-amalan tareqat yang diamalkan oleh ulama=ulama berkenaan
* (Malangnya, di dalam buku teks Sejarah Tingkatan 2, nama Jamaluddin Al Afghani dan Shiekh Muhammad Abduh ditulis sebagai pemimpin pembaharuan rakyat Mesir, sedangkan kedua-duanya adalah tali barut British-Freemason)
SEJARAH MELINDUNGI RAHSIA INDIVIDU-INDIVIDU TERTENTU
Sejarah mencatatkan Shiekh Muhammad Abduh dan gurunya melalui gerakan Islam mengajak umat Islam Mesir menentang penjajahan British tetapi dalam masa yang sama, beliau menyertai Freemason Kaherah dan mengeluarkan fatwa menghalalkan riba bank sedangkan beliau sendiri mengetahui ketika itu bank-bank Rothschild sudah mula membuka cawangan di Mesir.
Sehingga kini Mesir mempunyai lebih 400 cawangan bank milik Rothschild. Adakah kedua-duanya benar2 menentang British atau ''diarah' untuk berlakon menentang British??
Adakah sejarah menipu kita atau ahli sejarah sendiri tidak pandai membaca fakta?
MUFTI AL AZHAR DIPERMAINKAN ROTHSCHILD
Rothschild amat teliti dalam urusan fatwa ini. Rothschild memilih menguasai Mesir satu ketika dahulu melalui pembelian saham Terusan Suez supaya negara Mesir dapat dikuasai.
Apabila pimpinan kerajaan Mesir dikuasai, secara automatisnya autoriti melantik mufti, jawatankuasa ulama dan proses menggubal perlembagaan negara juga dikuasai.
Rothschild memerlukan satu perkataan sahaja yang keluar dari Mufti Al-Azhar iaitu HALAL. Selepas itu, seluruh jiwa dan raga rakyat Islam seluruh dunia akan berjaya dicengkam.
Mengapa mesti Mufti Al-Azhar? Ianya kerana seluruh umat Islam dunia lebih tertumpu kepada pandangan para ulama Al-Azhar.
Menguasai Mufti Al-Azhar bermaksud menguasai fatwa umat Islam seluruh dunia.
MAJLIS FATWA ROTHSCHILD
Majlis Fatwa Mesir sendiri iaitu Darul Iftaa adalah majlis propaganda yg dibina sendiri oleh Rothschild. Darul Iftaa dibina untuk melawan fatwa ulama Al-Azhar lain yg bersifat bebas.
Majlis Fatwa ini diwujudkan bagi memporak-perandakan pegangan pendapat umat Islam.
Kemudian Rothschild telah mewujudkan 3 lagi majlis fatwa di Mesir. Menurut Abdel Rahman, kewujudan tiga majlis fatwa ini telah mengelirukan sekian lama umat Islam Mesir.
''ULAMA-ULAMA SYAITAN'' BERFATWA TENTANG FAEDAH BANK
JIka golongan ulama sebegini berani memutar beli ayat al-Quran dan melabelkan yang haram kepada harus maka masyarakat awam juga wajar melabelkan ulama sebegini ''Ulama Syaitan''.
Ulamak tersohor, Imam Habib Abdullah Haddad menyebut dalam kitabnya An-Nashaih Ad-Diniyyah Wal Washaaya al-Imaniyah;
''Mereka (orang alim) gemar membuka pintu ta'wil dan menunjukkan kpd org awam cara2 mudah utk menentukan sesuatu hukum agama, sehingga terbukalah jalan utk membelit atau menipu...'''
''Orang alim yg bersikap seperti ini ialah syaitan yg durjana, pengingkar dan penentang Allah dan RasulNya. Sebenarnya ia telah dilantk oleh Syaitan untuk menjadi wakilnya di dunia, agar ia biasa menabur fitnah dajjal dan menunjuk kepada kesesatan dan kekeliruan...''
Riba bank khususnya atas 'pinjaman' adalah satu kaedah Rothschild bagi memufliskan sesebuah negara. Negara yg dahagakan permodenan kemudahan asas terpaksa membayar kepada syarikat2 kejuruteraan luar.
Memandakangkan kos upah yg tinggi maka syarikat2 kejuruteraan akan mencadangkan bank-bank kroni mereka utk memudahkan kerajaan membuat pinjaman, maka berhutanglah sesebuah negara sehingga akhirat tanpa kesudahan bayaran.
Malangnya, ulama kontemporari sekarang menganggap wang kertas adalah satu aspek lain dalam penentuan hukum riba perbankan. Ulama ini terpesona dgn ''zauq'' istilah ''prinsip darurah'' yg berlegar2 dalam ''riba-al nasiah''. Mereka juga mengelak daripada membincangkan isu berkenaan penggunaan wang kertas.
p/s: Kisah ini ada banyak persamaan dengan sejarah Malaysia yg sebenarnya ditadbir oleh Freemason.
#be_prepared
-Ibn Yacob
Note: Copy and Paste dari Facebook https://www.facebook.com/photo.php?fbid=777536442295660&set=a.243210475728262.51002.100001179342409&type=3&hc_location=ufi