Khamis, 30 Jun 2011

Perhimpunan Bersih 2.0 dan Majority Wipe Out (MWO)

DALAM siri Mind Game yang pernah disiarkan dalam blog Umat Terakhir(sebelum dihilangkan dan bagi mereka yang pernah membacanya di blog itu), dijelaskan bahawa pemikiran manusia boleh dikawal melalui beberapa modul kawalan minda yang berpotensi menyekat daya fikir seseorang terhadap rasionalism yang realistik seperti melalui teknik penguasaan Chakras, Red Herring, Brainwashing Propaganda dan Blame Game.

Kesemua teknik-teknik serta taktik-taktik itu pula pada asasnya tidak mampu mengawal minda semua orang secara sekaligus. Teknik-teknik itu hanya berhasil kepada sebilangan orang sahaja yang boleh kita sebut sebagai kumpulan minor.

Namun, kumpulan minor ini bukan bermaksud bahawa mereka lemah dan tidak mampu menjatuhkan kumpulan major. Kumpulan minor itu adalah mangsa yang akan bertindak memangsakan kumpulan major. Mangsa yang boleh berubah menjadi pemangsa dan mampu pula memusnahkan satu bentuk masyarakat atau negara secara keseluruhan.

Keadaan di mana kumpulan minor dimanipulasi untuk menjatuhkan kumpulan major itu dinamakan oleh pengkaji perang saraf politik sebagaiMajority Wipe Out (MWO) yang menjadikan rusuhan atau riot melalui acuan ekstremisme sebagai alat utama untuk mencapai keberhasilannya bagi keuntungan politik yang dikuasai jurutera politik The Hidden Handuntuk mencorakkan kejayaan perjalanan boneka-boneka politik mereka.

--

MAJORITY WIPE OUT (MWO)

MWO bukan teknik kawalan minda tetapi ia adalah salah satu tujuan akhirselepas minda sebilangan orang telah berjaya dikawal melalui penguasaan Chakras, Red Herring, Blame Game dan Brainwashing Propaganda.Tujuannya ialah untuk MENAFIKAN suara majoriti dengan menjadikan suara MINORITI LEBIH DOMINAN daripada suara MAJORITI dalam persekitaran DEMOKRASI.

Dalam sistem demokrasi (dalam konteks politik nasional secara makro), pilihan majoriti melalui pilihanraya akan digunapakai bagi membolehkan individu atau sesebuah parti politik membentuk kerajaan dengan nisbah 2/3 sokongan rakyat dalam sesebuah negara.

Sebelum itu ditegaskan, kita di sini tidak bercakap atau mempertikai mengenai demokrasi secara kritikal sebagai teras perbincangan dalam artikel kali ini, tetapi fokus diberikan kepada MWO yang boleh berlaku dalam persekitaran politik berdemokrasi dan dunia hakikatnya sedang menuju ke arah itu pada ketika New World Order (NWO) sedang melebarkan sayapnya di sebalik salah satu senjata politik NWO yang dinamakan sebagai demokrasi.

Demokrasi membolehkan semua pihak dapat bersuara dengan bebas. Ia termasuk bersuara melalui wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat yang mana suara mereka (rakyat) pula akan disampaikan oleh wakil-wakil itu kepada kerajaan di Parlimen.

Secara demokrasi, wakil-wakil yang dipilih itu dilantik selepas majoriti rakyat membuat pilihan terhadap mereka melalui pilihanraya. Manakala kumpulan yang memilih calon lain yang kalah semasa bertanding pilihanraya dengan wakil yang menang tadi menjadi minoriti dalam keadaan ini (dalam konteks ini). Dalam konteks ini, minoriti dirujuk kepada kumpulan pengundi dan bukan kumpulan bangsa atau kaum.

Keadaan yang sama berlaku secara nasional (seluruh negara) apabila wakil-wakil daripada parti politik yang sama memenangi majoriti undi untuk membentuk kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri. Semua orang faham situasi demokrasi ini. Kumpulan yang memilih calon-calon daripada parti politik yang tidak berjaya membentuk kerajaan persekutuan pula disebut sebagai minoriti (dalam konteks ini).

Maka dengan itu, parti politik yang dipilih itu mendapat mandat daripada majoriti pengundi untuk membentuk dasar-dasar, menjana ekonomi dan mengemudi hal ehwal pentadbiran negara melalui pembentukan kerajaan atau pemerintah.

Motif demokrasi dalam politik nasional secara pilihanraya ialah untuk membolehkan sekumpulan orang (sesebuah parti politik) memperoleh mandat majoriti rakyat untuk memerintah sesebuah negara.

Mandat majoriti yang diterima parti yang dipilih sebagai kerajaan itu pula sewajarnya dihormati oleh kumpulan minoriti itu tadi kerana ia adalah suara majoriti, dipilih secara persetujuan bersama oleh kumpulan yang menjadi majoriti. Namun, The Hidden Hand (THH) tahu bahawa sesebuah parti yang kalah pilihanraya itu kekal menyimpan hasrat yang meronta-ronta untuk menjadi kerajaan dan berkuasa.

Maka, di sinilah manipulasi THH terhadap kumpulan minoriti itu bermula bagi membolehkan hasrat kumpulan minoriti itu menabalkan parti politik pilihan mereka itu sebagai kerajaan melalui tindakan-tindakan terpilih yang melampaui batas. Dalam keadaan ini, THH sentiasa mencrai ruang dan peluang untuk melantik proksi dalam parti politik yang kalah sebagaimana kebiasaan di negara-negara Arab dan sekitar Timur Tengah, sekitar negara-negara di benua Afrika serta beberapa negara Asia.

Tujuannya bukan untuk memastikan parti politik yang kalah itu menjadi kerajaan secara drastik atau melalui rampasan kuasa secara ekstrem, tetapi untuk mewujudkan suasana tegang di kalangan sesama rakyat sesebuah negara melalui rusuhan yang akhirnya membolehkan campur tangan kuasa besar dari negara-negara naungan mutlak THH secara politik terutama Amerika Syarikat, Israel, Britain dan beberapa sekutu mereka di Eropah.

THH tidak akan memastikan kuasa pemerintahan berpindah kepada parti politik yang kalah. Sebaliknya, memastikan proksinya mendapat kuasa dalam pemerintahan dan proksi itu selalunya bersembunyi dalam parti-parti politik.

Maka dengan itu, usaha digerakkan ke arah mewujudkan satu keadaan di mana suara atau pilihan majoriti itu dinafikan sekeras-kerasnyamelaui tindakan sekeras-kerasnya (rusuhan) oleh kumpulan minoriti untuk menyapu keluar semua suara majoriti dan menjadikan minoriti itu lebih dominan daripada majoriti. Menang atau kalah kumpulan minoriti itu dalam tindakan sekeras-kerasnya (rusuhan) itu tidak langsung merugikan THH ataupun proksi-proksinya.

Ia adalah kerana kesan yang diharapkan THH daripada rusuhan itu hanyalah tidak lebih daripada mengintai peluang untuk campur tangan melalui topeng keamanan dan pihak pendamai dari luar. Apabila masuknya pihak pendamai itu, maka mana-mana parti politik dalam sesebuah negara pun tidak akan diberi peluang memerintah sehingga keadaan kembali aman sebagaimana berlaku di beberapa negara lain pada ketika ini.

--

MWO dan Rusuhan

MWO tidak akan berjaya dilaksanakan tanpa ada rusuhan. Rusuhan adalah resipi penting dalam menjayakan MWO. Keadaan di Libya (masih berlarutan), Mesir (suatu ketika baru-baru ini), Syria (kekal tegang) dan beberapa negara lain menghadapi ketegangan yang sama meskipun ada sedikit perbezaan bagi setiap punca kes-kes itu.

Kumpulan majoriti yang memilih kerajaan sebelum berlaku ketegangan itu dinafikan suara mereka oleh kumpulan minoriti yang bertindak secara agresif. Penafian suara majoriti yang meranapkan hak dan keamanan.

Wujud persamaan dalam kes-kes di setiap negara yang menghadapi MWO iaitu kumpulan yang menjadi mangsa ialah rakyat, tidak kira sesiapa pun termasuk kumpulan majoriti dan minoriti dan semua sekali menjadi mangsa.

Dalam menjayakan MWO, Red Herring digunakan untuk mengalih tumpuan rakyat dengan cara mempengaruhi pemikiran mereka melalui Brainwasing Propaganda dan menuduh pihak-pihak lain dengan kesalahan-kesalahan tertentu melaui Blame Game bagi mewujudkan keadaan paranoia bersulam provokasi di kalangan kumpulan minoriti terhadap pemerintah yang dipilih majoriti apabila pasukan keselamatan yang berkhidmat dengan kerajaan dikerahkan untuk memulihkan keadaan. Apabila memasuki fasa di mana rusuhan itu perlu dipulihkan dengan bantuan pasukan keselamatan, keadaan menjadi bertambah buruk bila mana berlaku provokasi antara perusuh dengan anggota keselamatan.

Proksi THH sedaya upaya memperlihatkan seolah-olah parti politik yang kalah itu sebagai mangsa kepada parti politik pemerintah yang didakwa melakukan penganiayaan terhadap sekutu atau parti mereka sehingga menyebabkan mereka tidak dapat berkuasa secara adil dan saksama.

Pada masa yang sama memainkan sentimen yang dihadapi rakyat seperti isu harga dan tekanan hidup sebagai alat untuk menyemai kemarahan kumpulan minoriti dalam menjayakan rusuhan bagi menjayakan MWO tanpa menyediakan penjelasan rasional mengenai sebab kenaikan harga dan sebagainya yang menyelubungi kebingungan rakyat terhadap sesuatu isu yang diapi-apikan. Namun, kita juga tidak bercakap soal isu yang menimbulkan MWO di sini, tetapi fokus kepada MWO yang boleh berlaku dalam persekitaran demokrasi yang membolehkan semua pihak bersuara di khalayak.

--

Malaysia tidak terkecuali dalam situasi ini. Perhimpunan Bersih 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai 2011 menimbulkan banyak persangkaan meragukan mengenai tujuan sebenar ia diadakan meskipun di kalangan individu yang tidak terikat dengan mana-mana parti politik. Tambahan pula ia diketuai oleh seorang yang bukan Islam dan diikuti oleh orang-orang Islam sebagai penyokong yang menggerakkan Bersih edisi kedua itu.

Tidak dapat dikategorikan adakah ia satu MWO atau bukan. Dikhabarkan, Bersih 2.0 digerakkan bagi menjamin proses pilihanraya di Malaysiaberjalan dengan bersih tanpa sebarang isu meragukan di sebalik keputusan sesuatu pilihanraya.

Wujud persamaan dengan MWO di sini ialah faktor pilihanraya, penglibatan parti dan individu politik dalam Bersih, penyokong-penyokong Bersih yang dari parti minor serta penglibatan individu yang tidak terikat dengan parti politik yang terlibat.

Keputusan pilihanraya bergantung kepada jumlah pilihan majoriti dalam memilih wakil-wakil mereka dan pihak yang memerintah itu terdiri daripada pilihan majoriti rakyat. Manakala pihak yang cuba menafikan ketelusan proses pilihanraya pula terdiri daripada kumpulan minoriti yang mana calon-calon mereka tidak memenangi pilihanraya yang didakwa tidak melalui proses yang telus dan bersih.

Dalam masa yang sama, daya rasional kelihatan seperti dikaburkan iaitu parti yang disokong kumpulan minoriti itu sudah berjaya memerintah empat negeri di Malaysia di mana mereka (kumpulan minoriti yang menyokong) sudah menjadi majoriti di negeri-negeri terbabit. Andai tidak berpuas hati dengan ketelusan proses pilihanraya termasuk tempoh berkempen, adakah dapat majoriti di kalangan mereka untuk memerintah negeri-negeri terbabit. Namun, analisis pilihanraya juga bukan menjadi fokus di sini.

Kita hanya dibayangi kebimbangan andai Bersih menjadi MWO yang berfungsi sebagai kumpulan perusuh. Kita tidak menyebelahi mana-mana pihak, tidak kira mana-mana parti politik sekali pun. Namun andai perkara itu berlaku, yang menjadi mangsa adalah rakyat iaitu kita semua. Andai semua itu berlaku, dan yang terlibat itu pula adalah orang-orang Islam, maka berlakulah pertelingkahan besar di kalangan sesama saudara yang sama-sama mengucapkan pengakuan syahadah bersama kita semua.

Mangsa paling ramai pula adalah orang Islam dan keadaan itu pasti menjadi bahan tepukan gemuruh di kalangan orang-orang yang ingin melihat pergaduhan sesama kita yang akhirnya melemahkan kita sendiri. Maka makin mudahlah pihak-pihak yang mahu melihat kejatuhan Islam di negara ini mengambil segala kesempatan yang ada. THH juga pasti gembira melihat MWO yang tidak disedari itu berjalan lancar.

Apabila meniti rasional, perlu disedari bahawa setiap perkara boleh diperbaiki melalui rundingan dan hikmah. Parti yang tidak menang peringkat persekutuan juga masih mempunyai wakil yang ramai di Parlimen dan andai mahu proses pilihanraya diperbaiki sehingga menjadi bersih seperti yang diinginkan, maka ia boleh dibahaskan di Parlimen tanpa perlu demonstrasi jalanan yang berpotensi bertukar menjadi rusuhan.

Andai ketua Bersih 2.0 berkata bahawa ia tidak berkaitan parti politik, mengapa mesti ia melibatkan isu pilihanraya yang sememangnya berkaitan dengan parti-parti politik.

Umat Islam semua, ingatlah bahawa Allah membenci persengketaan sesama Muslim.

Umat Islam yang memulakan rusuhan pada 9 Julai nanti, ingatlah bahawa andai berlaku sesuatu yang tidak diingini, pasti akan ada kumpulan lain yang tidak akan memaafkan perbuatan anda semua. Keampunan Allah tidak akan datang sekiranya tidak dimaafkan oleh sesama manusia terlebih dahulu.

Artikel ini ditulis atas dasar penulis adalah seorang yang beragama Islam dan BUKAN atas dasar memperjuangkan mana-mana parti politik sempit dan tidak juga terikat dengan mana-mana individu atau parti politik.

Berhati-hatilah dengan Majority Wipe Out.. yang mana rakyat beragama Islam di negara ini adalah majoritinya… jangan sampai kita umat Islam di-wipe out.

Majority Wipe Out

Nota: Penulis hanya menumpang siar di blog Abatasa. Andai ada perbincangan di bawah tajuk ini di ruang komen, adalah lebih molek jika menjurus kepada kesejahteraan umat Islam dan tidak memihak kepada mana-mana parti politik.

Dipetik dari http://abatasa2.blogspot.com/2011/06/majority-wipe-out-mwo.html

Selasa, 21 Jun 2011

Melayu adalah penduduk asal Malaysia, India dan China

Melayu penduduk asli Tanah Besar China
Ethnic minorities in China are the non-Han Chinese population in the People's Republic of China and the Republic of China (Taiwan). The ethnic minority groups officially recognized by the PRC reside within mainland China and Taiwan, whose minorities are called the Taiwanese aborigines.The Republic of China (ROC) in Taiwan officially recognises 13 Taiwanese aborigine groups, while the PRC classifies them all as a single ethnic minority group, the Gaoshan.
Rujukan: http://en.wikipedia.org/wiki/Ethnic_minorities_in_China.

Taiwanese aborigines is the term commonly applied in reference to the indigenous peoples of Taiwan. Although Taiwanese indigenous groups hold a variety of creation stories, recent research suggests their ancestors may have been living on the islands for approximately 8,000 years before major Han Chinese immigration began in the 17th century (Blust 1999). Taiwanese aborigines are Austronesian peoples, with linguistic and genetic ties to other Austronesian ethnic groups, such as peoples of the Philippines, Malaysia, Indonesia, Madagascar, Polynesia, and Oceania (Hill et al. 2007; Bird, Hope & Taylor 2004). Rujukan: http://en.wikipedia.org/wiki/Gaoshan

Kita dapat lihat penduduk asli China dan Taiwan adalah orang Melayu? China adalah pendatang di Malaysia maupun di negara China! Melayu adalah penduduk asal Tanah Melayu dan Tanah Besar China!!!!!

Ini pula membuktikan Melayu proto merupakan penduduk asal India.

One narrative, largely based on genetic research, describes Negritos, similar to the Andamanese adivasis of today, as the first humans to colonize India, likely 30-65 thousand years before present (kybp).[13][14] 60% of all Indians share the mtDNA haplogroup M, which is universal among Andamanese islander adivasis and might be a genetic legacy of the postulated first Indians.[15]
Rujukan http://en.wikipedia.org/wiki/Adivasi


MEMANG SAH MELAYU BUKAN PENDATANG MALAHAN MERUPAKAN PENDUDUK ASAL SAMADA DI MALAYSIA , INDIA ATAU CHINA.

Isnin, 20 Jun 2011

Islam Masuk ke Nusantara Ketika Rasulullah Masih Hidup?

Dipetik dari http://arruhuljadid86.blogspot.com/2010/02/islam-masuk-ke-nusantara-ketika.html

Snouck Hurgronje mengemukakan ‘Teori Gujerat’ iaitu Islam masuk ke wilayah Nusantara melalui pedagang-pedagang dari Gujerat, India. Benarkah teori beliau ini atau sengaja dimunculkan untuk menutup kebenaran bahawa Islam benar-benar ‘asli’ datang langsung dari Mekah?

Pertama, sejarawan G.R.Tibbetts meneliti hubungan perdagangan antara para pedagang dari Jazirah Arab dengan pedagang dari wilayah Asia Tenggara. Beliau mengakui bahawa wujudnya bukti-bukti adanya hubungan dagang antara negeri Arab dengan Nusantara saat itu. Ini kerana kepulauan Nusantara telah menjadi persinggahan kapal-kapal pedagang Arab yang berlayar ke negeri Cina sejak abad ke-5 Masihi.


Kedua, sebuah dokumen kuno asal Tiongkok menyebutkan bahawa, menjelang abad seperempat tahun 700 Masihi atau sekitar tahun 625 Masihi ( berbeza hanya 15 tahun selepas Rasulullah menerima wahyu pertama atau 9 tahun setengah selepas Rasulullah berdakwah secara terang-terangan kepada bangsa Arab ), disebuah pesisir pantai Sumatera sudah ditemukan sebuah perkampungan Arab Muslim yang masih berada di bawah kekuasaan Kerajaan Buddha Sriwijaya. Orang-orang Arab bermukim dan telah melakukan asimilasi dengan penduduk tempatan dengan cara menikahi perempuan-perempuan tempatan secara damai.


Dinyatakan juga dalam literature kuno asal Tiongkok tersebut, orang-orang Arab disebut sebagai orang-orang Ta Shih, sedangkan Amirul Mukminin disebut sebagai Tan Mi Mo Ni. Duta Tan Mi Mo Ni iaitu utusan Khalifah telah hadir ke Nusantara pada tahun 651 Masihi atau 31 Hijrah dan menceritakan bahawa mereka telah mendirikan Daulah Islamiyyah dengan 3 kali berganti kepimpinan. Dengan demikian, duta Muslim ini datang ke Nusantara di perkampungan Islam di pesisir pantai Sumatera pada saat kepimpinan Khalifah Uthman bin ‘Affan (644-656 Masihi). Hanya selang 20 tahun selepas Rasulullah wafat (632 Masihi).


Catatan-catatan kuno itu juga memaparkan bahawa para penziarah Buddha dari Cina sering menumpang kapal-kapal ekspedisi milik orang Arab sejak menjelang abad ke-7 Masihi untuk mengunjungi India dengan singgah di Melaka yang menjadi wilayah kekuasaan Kerajaan Sriwijaya pada masa itu.


Ketiga, penemuan dari dokumen asal Tiongkok ini diakui oleh Prof.Hamka dengan menyebut bahawa seorang pencatat sejarah Tiongkok yang mengembara pada tahun 674 Masihi telah menemukan satu kelompok bangsa Arab yang membuat kampung dan mendiami pesisir Barat Sumatera. Penemuan tersebut mengubah pandangan orang tentang sejarah masuknya Islam di tanah air, kata beliau. Penemuan ini diyakini kebenarannya oleh para pencatat sejarah dunia Islam di Princetown University, Amerika, jelasnya.


Keempat, dari berbagai literature menunjukkan bahawa kampung Islam di pesisir Barat Sumatera ini adalah Barus atau disebut juga Fansur, sebuah kota kuno yang berada di kota Singkil dan Sibolga, Aceh (414 km selatan Medan). Saat itu masih termasuk dibawah wilayah kekuasaan Kerajaan Buddha Sriwijaya sehingga mundurnya Sriwijaya, dan berdirinya kerajaan Aceh Darussalam, Barus masuk wilayah Aceh. Mungkin Barus adalah kota tertua di Indonesia melihat kepada seluruh kota-kota di Nusantara, hanya Barus yang disebut-sebut sejak awal Masihi oleh literature-literatur Arab, India, Tamil, Yunani, Syria, Armenia, China dan sebagainya.


Kelima, sebuah peta kuno yang dibuat oleh Claudius Ptolomeus, seorang Gubernor Kerajaan Yunani yang berpusat di Iskandariah, Mesir pada abad ke-2 Masihi, menyebutkan bahawa di pesisir Barat Sumatera terdapat sebuah Bandar perniagaan yang bernama Barousai (Barus) yang terkenal sebagai pengeluar wangian dari kapur barus. Bahkan, dikisahkan bahawa kapur barus yang diolah dari kayu kamfer di sini telah dibawa ke Mesir untuk tujuan pembalseman (awet) mayat pada zaman kekuasaan Firaun sejak Firaun Ramses II atau sekitar 5000 tahun sebelum Masihi.


Kelima, buku Nuchbatuddar karya Ad-Dimasyqi, Barus juga dikenal sebagai daerah awal masuk Islam di Nusantara sekitar abad ke-7 Masihi. Sebuah makam kuno di Kompleks Pemakaman Mahligai, Barus, dibatu nisannya tercatat ‘Sheikh Rukunuddin wafat pada tahun 672 Masihi’. Ini memperkuatkan dugaan bahawa masyarakat Muslim di Barus sudah ada pada era tersebut.


Keenam, sebuah team Arkeologi dari Ecole Francaise D’extreme Orient (EFEO) Perancis yang bekerjasama dengan peneliti dari Pusat Penelitian Arkeologi Nasional (PPAN) di Lobo Tua-Barus telah menemukan bahawa sekitar abad ke-9 sehingga 12 Masihi, Barus menjadi sebuah perkampungan multi-etnik dari berbagai suku bangsa seperti Arab, Aceh, India, China, Tamil, Jawa, Batak, Minangkabau, Bugis, Bengkulu dan sebagainya. Team tersebut menemukan banyak benda-benda berkualiti tinggi yang usianya ratusan tahun dan ini menandakan dahulu kala kehidupan di Barus sangatlah makmur.


Barus dan sekitarnya, banyak pedagang Islam yang terdiri dari orang Arab, Aceh dan sebagainya yang hidup dengan berkecukupan. Mereka ada kedudukan baik dan pengaruh cukup besar dalam masyarakat mahupun pemerintahan (Kerajaan Sriwijaya). Bahkan ada yang ikut berkuasa di sejumlah Bandar. Mereka banyak bersahabat, bekeluarga dengan raja, adipati, atau pembesar Sriwijaya lainnya. Sering juga menjadi penasihat raja, adipati atau penguasa setempat. Penduduknya makin ramai memeluk Islam. Bahkan ada raja, adipati atau penguasa setempat yang turut masuk Islam yang tentunya dengan jalan damai.


Ketujuh, sejarawan T.W.Arnold menguatkan penemuan bahawa Islam masuk ke Nusantara dibawa oleh mubaligh-mubaligh Islam asal Jazirah Arab sejak abad ke-7 Masihi. Setelah abad ke-7 Masihi, Islam mulai berkembang di kawasan ini, misalnya menurut laporan sejarah negeri Tiongkok bahawa pada tahun 977 Masihi, seorang duta Islam bernama Pu Ali (Abu Ali) diketahui telah mengunjungi negeri Tiongkok mewakili sebuah negeri di Nusantara. Bukti lainnya,, di daerah Leran, Gresik, Jawa Timur, sebuah batu nisan kepunyaan seorang Muslimah bernama Fatimah binti Maimun bertanggal tahun 1082 telah ditemukan. Penemuan ini membuktikan bahawa Islam merebak ke Jawa Timur pada abad ke-11 Masihi.


Islam Masuk ke Nusantara Ketika Rasulullah Masih Hidup?


Dari bukti-bukti diatas, dapat kita simpulkan bahawa, Islam masuk ke Nusantara ketika Rasulullah masih hidup.


Pertama, Rasulullah menerima wahyu pertama pada tahun 610 Masihi dan 2 tahun setengah kemudian menerima wahyu kedua (suku tahun pertama tahun 613 Masihi), lalu 3 tahun lamanya berdakwah secara sulit (periode Al-Arqam bin Abi Al-Arqam) sampai sekitar suku tahun pertama tahun 616 Masihi. Setelah itu berdakwah secara terbuka dari Mekah ke seluruh Jazirah Arab. Menurut literature kuno asal Tiongkok tersebut, sekitar tahun 625 Masihi telah ada sebuah perkampungan Arab Islam di pesisir Sumatera (Barus). Jadi hanya 9 tahun sejak Rasulullah mengisytiharkan dakwah secara terbuka telah ada sebuah perkampungan Islam di pesisir Sumatera.


Kedua, melihat catatan sejarah, pada seperempat abad ke-7 Masihi , kerajaan Buddha Sriwijaya telah berkuasa ke atas Sumatera. Untuk boleh mendirikan sebuah perkampungan yang berbeza agama dengan agama rasmi kerajaan (Sriwijaya) iaitu agama Islam, tentu memerlukan bertahun-tahun sebelum diizinkan penguasa atau raja. Harus bersosialisasi dengan baik dulu terhadap penguasa Buddha sehingga akrab dan dipercayai oleh kerajaan mahupun rakyat sekitar. Menambah populasi Muslim di wilayah yang sama ini bererti para pedagang Arab ini melakukan pembauran (percampuran) dengan cara menikahi perempuan-perempuan pribumi dan memiliki anak, setelah semua syarat itu dipenuhi, baru mereka (pedagang-pedagang Arab Muslim) boleh mendirikan sebuah kampung di mana nilai-nilai Islam boleh hidup dibawah kekuasaan kerajaan Buddha ini.


Ketiga, perjalanan dari Sumatera ke Mekah pada abad itu menggunakan kapal laut dan transit dulu di Tanjung Comorin, India kononnya memakan waktu 2 tahun setengah sampai ke 3 tahun. Jika tahun 625 Masihi dikurangi 2.5 tahun, maka kita akan dapati tahun 622 Masihi lebih 6 bulan. Untuk melengkapi semua syarat mendirikan sebuah perkampungan Islam seperti yang dinyatakan diatas, setidaknya memerlukan waktu selama 5 sehingga 10 tahun. Jika ini yang terjadi, maka sesungguhnya para pedagang Arab yang mula-mula membawa Islam masuk ke Nusantara adalah generasi pertama para sahabat Rasulullah, segenarasi dengan Saidina Ali bin Abi Talib R.A.


Keempat, sejarawan Ahmad Mansyur Suryanegara sangat yakin Islam masuk ke Nusantara pada saat Rasulullah masih hidup di Mekah dan Madinah. Bahkan Mansyur lebih berani menegaskan bahawa sebelum Muhammad diangkat menjadi Rasul, saat masih memimpin kabilah dagang kepunyaan Khadijah ke Syam dan dikenal sebagai seorang pemuda Arab yang berasal dari bangsawan Qurasiy yang jujur, rendah hati, amanah, kuat dan cerdas, disinilah Baginda bertemu dengan para pedagang dari Nusantara yang telah menjangkau ke negeri Syam untuk berdagang. “sebab itu ketika Muhammad diangkat menjadi Rasul dan mendakwahkan Islam , maka para pedagang di Nusantara sudah mengenal beliau dengan baik dan dengan cepat dan dengan tangan terbuka menerima dakwah beliau” katanya.


Kesimpulannya


Teori Snouck Hurgronje, oreintalis Belanda yang dihantar ke Indonesia yang mengatakan Islam masuk ke Nusantara melalui pedagang Gujerat, India terbatal. Kerana para pedagang yang datang dari India, mereka sebenarnya berasal dari Jazirah Arab yang berlayar ke Sumatera (Kota Raja atau Banda Aceh sekarang ini) dan singgah di India yang daratannya merupakan sebuah tanjung besar (Tanjung Comorin) yang menjorok ke tengah Samudera Hindia dan nyaris tepat berada di tengah antara Jazirah Arab dengan Sumatera. Pedagang Arab menjadikan India sebagai tempat transit yang strategic sebelum meneruskan perjalanan ke Sumatera mahupun yang meneruskan ekspedisi ke Kanton. China. Setelah singgah di India beberapa lama, pedagang Arab ini terus berlayar ke Banda Aceh, Barus, menyusuri pesisir Barat Sumatera atau ada juga yang ke Melaka dan ke pelbagai pusat perdagangan di daerah ini sehingga ke pusat Kerajaan Buddah Sriwijaya ( sekitar Palembang ), lalu ada yang melanjutkan ekspedisi ke Cina atau Jawa.


Disebabkan letaknya yang sangat strategic, selain Barus, Banda Aceh telah dikenal sejak zaman dulu. Rute pelayaran perniagaan dari Mekah dan India menuju Melaka, pertama-tama diyakini bersinggungan dulu dengan Banda Aceh, baru menyusur pesisir Barat Sumatera menuju Barus. Dengan demikian, bukan hal yang aneh jika Banda Aceh inilah yang pertama disinari cahaya Islam yang dibawa oleh para pedagang Arab.


Catatan: Klik pada gambar untuk besarkan dan lihat kedudukan Barus antara Singkil dengan Sibolga.


Maklumat dari buku: Gerila Salib di Serambi Mekkah – Dari Zaman Portugis hingga Pasca Tsunami. Karya: Rizki Ridyasmara, Pustaka Al-Kautsar, 2006.

Ahad, 19 Jun 2011

Kronologi pengIslaman Raja Raja Melayu

Nabi Muhammad SAW diangkat jadi Rasul = (610 Masehi, 13 tahun sebelum Hijrah).

1 Hijrah = 622 Masehi. Rasulullah SAW wafat = 11 Hijrah (632 Masehi)
  1. Perkampungan Islam wujud di BARUS, Sumatera = 3 Hijrah (625 Masehi).
  2. Saidina Zaid bin Harithah dihantar ke LAMURI, Sumatera = 35 Hijrah (655 Masehi).
  3. Kesultanan ZABAJ ISLAM (Jambi) = 99 Hijrah (718 Masehi).
  4. Kesultanan SAMUDERA = 205 Hijrah (820 Masehi).
  5. Kesultanan PERLAK = 225 Hijrah (840 Masehi)
  6. Kesultanan LAMURI = 349 Hijrah (960 Masehi)
  7. Kesultanan LANGKASUKA = 530 Hijrah (1136 Masehi).
  8. Kesultanan PASAI = 665 Hijrah (1267 Masehi)
  9. Kesultanan ACEH DARUSSALAM = 901 Hijrah (1496 Masehi)
Wilayah Islam di Dunia Melayu

Menurut catatan sejarah, Islam sudah sampai ke BARUS, Sumatra 15 tahun setelah Nabi Muhammad SAW diangkat menjadi Rasul, iaitu Tahun 3 Hijrah (625 Masehi). Satu rombongan diketuai oleh Sahabat Rasulullah SAW bernama Abdullah bin Mas'ud RA bersama 100 rombongan Qabilah Tachiek direkodkan sampai ke Barus. Pada ketika itu sudah berlaku perkahwinan antara pedagang Muslim dari Tanah Arab dengan wanita Melayu. Islam sampai ke China lebih awal, iaitu sekitar 616 Masehi (7 tahun sebelum Hijrah) dibawa oleh Sahabat yang bernama Saad bin Abi Waqqas RA. Sahabat bernama Zaid bin Harithah RA di hantar ke alam Melayu pada 35 Hijrah (655 Masehi) iaitu kira-kira 40 tahun setelah Saad RA sampai ke China.

JAMBI (ZABAJ ISLAM) dipercayai merupakan kerajaan Islam paling awal di Nusantara. Secara kebetulan pula, kerajaan inilah yang juga disebut Kerajaan MELAYU. Nama MELAYU dan JAMBI digunakan bersilih-ganti dalam banyak teks sejarah. Perkataan 'MALAYU' ditemui diukir pada sebuah tugu dianggarkan berusia sekitar 1286 Masehi. Ia ditemui di Padang Rocore, berhampiran muara sungai Batang Hari.

BARUS

Berikut adalah petikan mengenai sebahagian dari sejarah Islam di Barus, semoga bermanfaat:

633-661 M

Dikatakan pemerintahan Khulafa Al Rasyidin telah menjalin hubungan dengan beberapa kerajaan di Sumatera, termasuk Mendailing. Tapi hubungan itu masih sekedar hubungan antara negara dalam sebuah upaya untuk menjalin hubungan kerjasama ekonomi. Kapur barus, emas, merica dan rempah-rempah lainnya. Sumatera dikenal dengan istilah Zabag. Beberapa catatan mengenai kedatangan utusan dan pelaut Muslim ke Barus dan pelabuhan Sumatera lainnya yang dikuasasi Sriwijaya pernah didokumentasikan.

661-750 M

Pelaut-pelaut Arab yang Islam mulai berdatangan secara intens di masa pemerintahan Dinasti Umayyah. Kedatangan mereka untuk misi dagang tersebut telah membentuk kantong-kantong muslim di tanah Mendailing, khususnya Barus, yang tentunya terjadinya transfer ilmu pengetahuan kepada penduduk setempat melalui medium non-formal.

718-726 M

Islam berkembang pesat di tanah Barus. Di lain pihak Islam berkembang di Sumatera masuknya beberapa raja Sriwijaya kepada Islam. Diantaranya Sri Indra Warman di Jambi.

851 M

Seorang pedagang Arab berhasil mendokumentasikan kedatangannya di kota Barus. Laporan Sulaiman itu pada tahun 851 M membicarakan tentang penambangan emas dan perkebunan barus (kamper) di Barus (Ferrand 36).

Dicatat bahwa para pendatang asing seperti Romawi, Yunani, Arab, Cina, India, Persia dan dari kepulauan Indonesia lainnya telah membangun kantong-kantong pemukiman yang lengkap dengan prasarana pendukungnya di Barus. Penambangan emas dan perkebunan kamper tersebut merupakan contoh bahwa kedua komoditas ini telah diolah secara modern dan bukan didapat secara tradisional di hutan-hutan.

Sekarang ini ahli sejarah menemukan bukti-bukti arkeologis yang memperkuat dugaan bahwa sebelum munculnya kerajaan-kerajaan Islam yang awal di Sumatera seperti Peurlak dan Samudera Pasai, yaitu sekitar abad-9 dan 10, di Barus telah terdapat kelompok-kelompok masyarakat Muslim dengan kehidupan yang cukup mapan (Dada Meuraxa dalam Ali Hasymi, Sejarah Masuk dan Perkembangan Islam di Indonesia, bandung PT Al Maarif 1987). Kehidupan yang mapan itu pula memungkinkan mereka untuk hidup secara permanen di kawasan ini yang sudah pasti didukung oleh sarana pengembangan ilmu pengetahuan agar mereka tidak tertinggal dengan pesaing lainnya.

Sebagai pelabuhan yang sangat masyhur, Barus menjadi tujuan pendidikan tertua bagi masyarakat Mendailing. Hal ini dikarenakan bahwa Barus merupakan wilayah Mendailing yang paling mudah dicapai oleh orang-orang Mendailing dari pedalaman yang ingin menimba ilmu. Jalan-jalan menuju Barus telah dirintis rapi oleh pedagang-pedagang Mendailing yang ingin menjual kemenyan dan membeli produk jadi dari Barus. Sampai era tahun 1980-an, madrasah-madrasah tradisional Barus masih menjadi primadona tujuan pendidikan di tanah Mendailing sebelum akhirnya digantikan oleh Mandailing dengan pesantren-pesantrennya yang sudah modern.

Masuknya gelombang pedagang dan saudagar ke Barus mengakibatkan penduduk lokal Mendailing di lokasi tersebut; Singkil, Fansur, Barus, Sorkam, Teluk Sibolga, Sing Kwang dan Natal memeluk Islam setelah sebelumnya beberapa elemen sudah menganutnya. Walaupun begitu, mayoritas masyarakat Mendailing di sentral Mendailing masih menganut agama pagan sehingga Perang Padre.

Kelompok Marga Tanjung di Fansur, marga Pohan di Barus, Batu Bara di Sorkam kiri, Pasaribu di Sorkam Kanan, Hutagalung di Teluk Sibolga, Daulay di Sing Kwang merupakan komunitas Islam pertama yang menjalankan Islam dengan kaffah.

Rujukan:

Sabtu, 18 Jun 2011

Penempatan awal manusia 1.83 juta tahun di Bukit Bunuh, Lenggong, Perak

Oleh NURUL HUDA HASSAN


DZULKIFLI Abdul Razak (kanan) bersama Mokhtar Saidin menunjukkan artifak batu yang ditemui di Bukit Bunuh, Lenggong, Perak pada sidang akhbar di Pulau Pinang, semalam.

PULAU PINANG 29 Jan. - Pakar arkeologi Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya membuktikan penempatan awal manusia wujud di Bukit Bunuh, Lenggong, Perak iaitu kira-kira 1.83 juta tahun dahulu.

Ini berdasarkan penemuan artifak alat batu seperti kapak genggam dan alat repehan iaitu pisau yang melekat pada batuan oleh sekumpulan penyelidik USM di kawasan tersebut pada Jun tahun lalu.

Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia USM, Prof. Madya Dr. Mokhtar Saidin berkata, pengesahan tarikh batu dibuat melalui kaedah kesan belahan oleh makmal geokronologi di Tokyo, Jepun selama tiga bulan.

''Pada dua minggu lepas, kami menerima pengesahan daripada makmal itu bahawa artifak tersebut wujud pada tarikh sekitar 1.83 juta tahun sekali gus menolak teori Movius Line yang mengatakan tidak wujud alatan tersebut di rantau ini.

''Tarikh itu juga membuktikan alatan kapak genggam itu terlebih dahulu wujud di negara ini berbanding penemuan pertama yang direkodkan wujud di Olduvaigeorge, Tanzania di Afrika sekitar 1.6 juta tahun dahulu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar khas mengumumkan penemuan terbaru itu yang dipengerusikan oleh Naib Canselor USM, Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak di sini hari ini.

Penyelidikan yang dikenali sebagai Kajian Kuartenari Hulu Perak dan Sabah Timur di kawasan itu bermula pada tahun 2000 dan mereka berjaya menemui bukti kewujudan kebudayaan Paleolitik berusia 40,000 tahun pada tahun 2003.

Turut ditemui, bukti jatuhan meteorit yang menyebabkan batuan asal melebur dan membentuk batuan baru iaitu suevit dan bukti impak meteorit ditunjukkan dengan hasil penemuan batuan kuarza, anomali geofizik dan geomorfologi kawah.

Pada tahun lalu pula, para penyelidik itu berjaya menemui artifak alat batu seperti kapak genggam dan alat repehan di dalam batu suevit, batuan yang wujud akibat hentaman meteorit sebelum dihantar ke Jepun untuk pentarikhan.

Mokhtar berkata, hasil penemuan itu juga memberi bukti baru terhadap bukti dunia yang mengatakan manusia terawal wujud di luar Afrika hanya bertapak di Dmanisi Georgia sekitar 1.8 juta tahun dahulu.

''Manusia terawal di dunia yang dikenali sebagai Homohabilis telah dibuktikan wujud di Afrika pada 2 juta tahun dahulu menakala kumpulan manusia terawal keluar dari negara itu yang dikenali Homoerectus telah ditemui di Georgia.

''Jadi, dengan penemuan itu, sudah jelas kumpulan manusia Homoerectus sudah wujud di Bukit Bunuh sebelum ia bertapak di Dmanisi di Georgia (1.8 juta) Sangiran di Jawa Indonesia (1.2 - 1.7 juta) dan Yuanmou dan Longgupo di China (1.7 - 1.8 juta) seperti yang direkodkan," ujarnya.

Beliau berkata, penemuan batu suevit yang pertama seumpama itu di rantau Asia Tenggara ini juga tidak menolak kemungkinan manusia awal yang wujud di Sangiran di Jawa, Indonesia berasal dari Bukit Bunuh yang berpindah ekoran kemusnahan oleh impak meteorit.

Dalam pada itu, Mokhtar memberitahu, hasil penemuan itu juga telah ditunjukkan dua orang pakar arkeologi dari Universiti Oxford di United Kingdom dan Universiti Pensylvinia di Amerika Syarikat baru-baru ini.

''Kita juga sedang giat mencari bukti lain seperti tulang atau gigi manusia di kawasan tersebut bagi mengesahkan asal-usul manusia yang memulakan penempatan di situ sekali gus mencari lebih banyak bukti.

''Saya juga bercadang untuk memuatkan semua hasil penemuan yang memberi impak kepada dunia ini dalam sebuah jurnal tidak lama lagi bagi membolehkan ia menjadi rujukan kepada generasi akan datang," jelasnya.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0130&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sains_%26_Teknologi&pg=st_01.htm

Rujukan:

Jumaat, 10 Jun 2011

Libya di bom kerana Dinar Emas

Dipetik dari http://akhzaman.blogspot.com/2011/05/rahsia-sulit.html


Punca sebenar kenapa Libya dibom adalah kerana kedegilan Gaddafi ingin memperkenalkan dinar emas

Menurut IMF, Bank Sentral Libya adalah 100% milik negara. IMF menganggarkan bahawa Libya mempunyai hampir 144 tan emas di bank tersebut. Signifikannya sebelum PBB meluluskan resolusi mengharamkan penerbangan di ruang udara Libya dan membenarkan USA dan sekutunya menghantar tentera menyerang Libya, Muammar al-Gaddafi secara terbuka telah menganjurkan pembentukan mata wang baru yang akan menyaingi dollar dan euro.

Bahkan, dia meminta negara-negara Afrika dan negara-negara Islam untuk bergabung dalam sebuah perikatan yang mejadikan mata wang baru iaitu dinar emas sebagai matawang utama perdagangan antarabangsa menggantikan US Dollar dan Euro. Mereka akan menjual minyak dan semua dagangan kepada USA dan seluruh dunia hanya melalui dinar emas ini..

USA, negara-negara G-8, Bank Dunia, IMF, BIS, dan syarikat-syarikat multinasional tidak senang dengan cadangan ini dan menganggap gagasan ini bakal menggugat dan mengancam dominasi mereka dalam pasaran matawang dunia.

Dalam lain perkataan, mereka menganggap tindakan tersebut akan menjadi amat bahaya dan bakal mempengaruhi negara-negara lain meninggalkan atau sekurang-kurangnya menjauhi sistem perbankan antarabangsa yang selama ini menguntungkan kumpulan korporat yang mereka kuasai.

Saddam Hussein juga telah menganjurkan dasar yang serupa dengan apa yang diungkapkan oleh Gaddafi tidak lama sebelum USA menghantar pasukannya ke Iraq.

Secara tidak langsung sistem perbankan yang selama ini memberi keuntungan lumayan kepada mereka pasti akan runtuh Semua negara akan kembali kepada sistem lama bersandar sepenuhnya kepada emas. US Reserve Bank yang menjadi induk kepada semua sistem bank riba ini tentu sekali merasa rimas dan gerun menanti nasib yang bakal menimpa mereka jika sistem baru dagangan dunia melalui dinar emas ini benar-benar terlaksana.

Setahun sebelum itu Libya telah mengesyorkan negara-negara Arab dan Afrika menggunakan sistem matawang emas tunggal dan menyatukan negara-negara ini dalam satu kesatuan yang kukuh dan aktif. Pada dasarnya ia dipersetujuai dan disokong oleh hampir kesemua negara kecuali beberapa negara yang terkekang dengan sistem pemerintahan demokrasi-sekular mutlak dan Liga Arab. Ia kelihatan memberi impak dalam sistem politik dunia yang baru dimana seluruh Afrika dan Arab berada dalam datu kesatuan yang besar.

Lebih menakutkan Barat ialah mereka terpaksa patuh kepada sistem matawang baru anjuran Libya ini untuk mendapatkan bekalan minyak dari negara Arab. Dollar dan Euro tidak lagi berkuasa, ini amat tidak disenangi. Sistem perbankan juga pasti akan berubah sesuai dengan sistem dinar emas tersebut. Sistem perbankan berasaskan riba akan semakin lemah dan lumpuh di negara-negara berkenaan dan merebak keseluruh dunia.

Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah telah bertindak balas terhadap inisiatif tersebut. Presiden Peranchis Sarkozy mengatakan : Libya telah melancarkan satu tindakan yang akan menggugat keselamatan sistem kewangan dunia. Gaddafi juga dikatakan mempunyai hasrat untuk menubuhkan dan mengetuai Kesatuan Afrika. Dua hujah palsu segera dicipta untuk menutup alasan yang sebenarnya (menganjurkan Perang Salib terhadap Libya). Alasan rasmi ialah kononnya untuk membela hak asasi manusia dan alasan kedua (tidak rasmi) pula ialah usaha mencuri minyak Libya. Kedua-dua alasan ini sengaja dicipta dan dibocorkan. Maka terlindunglah muslihat sebenar mereka.

Walau bagaimana pun, tidak dinafikan bahawa tindakan Muammar Gaddafi tersebut hampir sama dengan apa yang pernah di lakukan oleh Jeneral Peranchis de Gaulle untuk meninggalkan penggunaan sampah (wang kertas) bernama "dollar" dan kembali semula kepada emas. Tindakan Muammar Gaddafi ini sebenarnya menjadi ancaman serius kepada kekuasaan parasit demokrasi moden iaitu sistem perbankan (diterajui zionis).Sistem riba anjuran mereka mesti dipertahankan. Muammar mesti dipadamkan segera dari muka bumi kerana dia bakal memimpin satu kuasa ekonomi baru untuk menggugat kekuasaan mereka dalam sistem kewangan antarabangsa.

Masyarakat dunia tidak sama sekali dibenarkan menganjur sebarang bentuk atau sistem yang boleh mengganti atau menyaingi perniagaan riba ini.Tidak ramai yang tahu tentang "rahsia" ini kerana ia telah disembunyikan seberapa rapi yang mungkin sebagaimana perkara-perkara lain yang melibatkan tindakan dan operasi rahsia illuminati dan masons ini, umpamanya kes pembunuhan JF Kennedy dan Abraham Lincoln suatu masa dahulu. Agenda yang lebih penting ialah menghalang seluruh masyarakat dunia tahu kelebihan Sistem Kewangan Islam yang amat tegas dalam pengharaman riba.Atas sebab itulah Bank Pusat Libya yang baru cepat-cepat ditubuhkan di Benghazi untuk mengganti sistem kewangan Muaamar Gaddafi di Tripoli sebaik sahaja pemberontak berjaya menguasai timur Libya.

IMF adalah dalang disebalik penubuhan Bank Negara Libya yang baru tersebut.Sistem Riba diwujudkan dan dikuasai oleh sebahagian kecil masyarakat dunia (golongan elit dalam illuminati dan juga mason) - khususnya zionis. Mereka menggunakan riba ini untuk mengawal dan menguasai seluruh penduduk dunia melalui bebanan hutang (debs) dan faedah. Untuk mempertahankannya, berbagai dusta terpaksa dicipta. Keadaan zaman yang kacau bilau bakal tiba dan bergelumang dusta demi dusta berlapis-lapis.


LIBYAN DINAR

The dinar (Arabic: دينار‎) is the currency of Libya. Its ISO 4217 code is "LYD". The dinar is subdivided into 1000 dirham (درهم). It was introduced in 1971 and replaced the pound at par. It is issued by the Central Bank of Libya, which also supervises the banking system and regulates credit. In 1972, the Libyan Arab Foreign Bank was established to deal with overseas investment.