Rabu, 11 Ogos 2004

Ilmu Nafas

Nafas amat penting dalm hidup kita. Tanpa nafas kita mati!

Orang Melayu telah mengkaji nafas dan kepentingannya. Maka terhasillah ilmu nafas Melayu. Berikut adalah beberapa petua mengenai ilmu nafas Melayu.

1. Bila melangkah keluar dari rumah untuk bekerja atau tujuan lain. Pastikan kita melangkah dengan kaki kanan dan nafas kita berada disebelah kanan. (nafas dari hidung kanan lebih kuat dari hidung kiri.)

2. Untuk mendapat anak lelaki atau perempuan pastikan nafas samada disebelah kiri atau kanan semasa bersama isteri. Untuk anak lelaki nafas kanan dan anak perempuan nafas kiri.

Nafas kanan dipanggil nafas matahari manakala nafas kiri dipanggil nafas bulan.