Khamis, 11 November 2010

Konspirasi facebook

Konspirasi Dunia - Mari Berfikir

Posted by seigneur de la guerre on Thursday, November 11, 2010
Labels: informasi, Intifadah, Konspirasi Dunia

Rentetan dari artikel saya yang lalu mengenai CEO Muka Buku(facebook) iaitu Mark Zukerberg. Saya teringat pada topik perbincangan saya bersama-sama teman semasa bekerja di bidang IT mengenai ledakan Facebook beberapa bulan yang lalu. Perbincangan kami menjadi semakin serius dan topiknya menjadi semakin detail, antara topic yang kami perkaitkan mengenai database Facebook mungkin adalah salah satu cara kerajaan Amerika mengutip informasi kerana Facebook sangat lengkap. Seolah-olah seperti kita mengisi borang membuat My Kad di Jabatan Pendaftaran Negara.


|Disebalik Tabir Perancangan Mereka|



|Mereka Menyimpan Semua Maklumat Kita|

Mungkin bagi segelintir individu yang tidak berkepentingan ia tidak mendatangkan apa-apa masalah, Tetapi bagi yang memiliki kedudukan seperti Perdana Menteri, Ahli Sains atau manusia-manusia yang berkepentingan dan boleh mendatangkan ancaman ia adalah satu peluang yang terbaik dalam mengumpul data dan mengkaji kelemahan-kelemahan individu tersebut. Mereka memberi data peribadi tanpa sedar mungkin sekadar menganggap ia jaringan sosial. Jika kita sedar pengisian “borang” pada laman sosial berkenaan tersusun, bermula dari tarikh lahir, alamat. Poskod, tempat kerja dan bermacam-macam lagi dan yang paling utama adalah cabang keluarga dan rakan yang terhampir.

Mengapa saya berani menyatakan sedemikian rupa? Jika kita sedar sehingga ke saat ini mereka tidak menyediakan cara untuk menghapuskan akaun bagi individu-individu yang ingin menutup akaun pada lama sosial ini. Mengapa? Ia suatu perkara yang tidak mereka jelaskan sehingga kini walaupun didalam ruangan term and condition laman sosial itu.

Setelah dipersetujui kami mengambil langkah inisiatif dengan menyebarkan kepada umum mengenai hasil perbincangan secara terang-terangan atau secara tertutup, mungkin selepas itu pembaca atau sesiapa yang terbaca artikel yang telah disebarkan dengan pantas mereka akan terus merubah segala informasinya di dalam akaun facebook, sayang sekali, ia di tukarkan, mereka pasti telah menyedia mekanisma untuk mencatatkan sejarah dari salinan asal kepada setiap perubahan yang berlaku kepada akaun individu, ianya dapat diketahui oleh mereka dan disimpan secara kekal kedalam database mereka untuk rujukan akan datang jika perlu.

Anda tidak yakin dengan pernyataan saya? Cuba anda imbas kembali awal tahun lalu seorang warganegara Malaysia yang memiliki akaun laman sosial facebook ini ditahan oleh PDRM bagi membantu siasatan berkenaan kenyataannya yang membakar gereja, Jika kita lihat mudah sekali dia dikesan dan diberkas.


“ke nak aku baling bom petrol di sana plak?…harga boleh runding…”


Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah B10-17-20, Blok 10, Jalan PJS 2B/1, Desa Mentari 2, Petaling Jaya, jam 10 pagi 10 Januari lalu.

Perbincangan ini tidak habis disini sahaja tetapi kami ajukan kepada yang lebih arif, menurut pakar itu, ledakan ini berlaku apabila ramai individu yang berangapan jika kita tidak mendaftar serta memiliki akaun di laman sosial ini, maka kita adalah golongan yang ketinggalan zaman, saya akan mengulas mengenai FACEBOOK ini dari sudut konspirasi.

Jika kita pernah dengar mengenai term bagi keselamatan ini JANGAN SESEKALI MEMBERIKAN INFORMASI SEBENAR MENGENAI DIRI ANDA DI ALAM MAYA, disini saya bermaksud bukan untuk melakukan permbohongan tetapi sekadar meletakan maklumat asas. Cukuplah sekadar nama dan umur. Begitu juga apabila mendaftar talian telefon. Mereka tidak akan tahu keaslian data tersebut. Sekali lagi saya bukan mengalakan pembohongan tetapi berbicara mengenai keselamatan individu di alam maya.

Perisikan adalah sebuah pekerjaan bagi mengumpulkan maklumat sebanyak yang mungkin, agar dapat digunakan sesuai dengan kepentingan pengunanya, saya juga yakin jika Facebook atau tjaringan laman sosial seperti Friendster, Multiply, Blogspot tidak terlepas juga Mel Eletronik dan banyak lagi. Ia merupakan cara dan idea dari golongan elit dalam menjayakan konpirasi sang mata satu iaitu (The luciferian Conspiration) mereka terlibat dalam mengendalikan laman sosial ini dalam mengumpulkan data-data peribadi dengan lebih mudah dan cepat.


|Dan Brown|

Ada baiknya jika kita berpeluang untuk membaca buku yang bertajuk “The Digital Fortress”, walaupun buku ini kelihatan seperti fiksyen sains, tetapi itulah hakikatnya di masa ini. Sebuah lagi buku yang saya syorkan, bertajuk “The Complex: Bagaimana Tentera Amerika Menyerbu Kehidupan Kita sehari-hari” karya Dr. Nick Turse ataupun jika anda seorang yang malas untuk membaca anda dicadangkan untuk menonton sebuah filem arahan Richard Doner yang bertajuk “The Conspiracy Theory” di mana filem ini mengisahkan Seorang lelaki yang bernama Jerry Fletcher yang jatuh cinta dengan seorang wanita dan hanya mengamatinya dari jauh. Wanita ini berkerja dengan kerajaan. Fletcher pula adalah seorang pengkritik keras kerajaan. Dari teori konspirasi kepada kewujudan makhluk asing sehingga kepada pembunuhan politik, dengan mudah semua teori-teorinya dapat dirungkaikan dengan benar dan tepat oleh beliau. Ini menyebabkan beberapa orang penting di dalam kerajaan ingin dia dibunuh dan dihapuskan begitu juga wanita yang dia cintai turut mengiginkan perkara yang sama terjadi.


|Conspiracy Theory - 1997|

Para pejuang di serata dunia atau aktivis kemanusiaan yang menyedari mengenai hal tersebut dan sedang berperang melawan The New World Order, seeloknya dinasihatkan tidak memiliki Kad Kredit, Debit Kad atau apa-apa pun atas namanya, tidak mengisi ruangan di dalam jaringan sosial di internet dengan informasi yang sebenar, serta menjauhi alat-alat komunikasi yang bersifat kekal seperti nombor telefon dan sebagainya. Dengan kata lain Being Like A Ghost, “Datangnya tidak diketahui dan perginya tidak dicari”

Jika semua itu tidak dapat di lakukan maka para pejuang harus berusaha mengantikan nombor telefon dan bertukar-tukar talian (mungkin bulan ini Celcom bulan depan Maxis bulan lusa Digi) lebih selamat jika digantikan sekali dengan telefon-telefonya dalam waktu yang tidak dirancang agar polarnya sukar dibaca. Jika memiliki jaringan sosial(pastikan informasi yang diisi tidak lengkap) Dicadangkan juga agar kita memasukinya laman sosial itu bukan dari tempat yang sama kerana IP address yang terpamer akan mudah dijejaki, selalulah bertukar-tukar alamat mel eletronik dan sebagainya dalam proses melindungi identity dan keselamatan para pejuang.

Sahabat baik saya pernah menghadiri sebuah pertemuan para risikan, lokasi terpaksa dirahsiakan, tetapi situasinya diceritakan seperti berikut, mereka bertemu di bahagian belakang bangunan utama yang berhampiran dengan kolam renang, sepanjang pertemuan diadakan Televisyen berskala besar di hidupkan walaupun tidak ditonton kerana ia akan menghasilkan bunyi yang bising, semua pancuran air kolam renang dan juga air terjun dibiarkan terpasang, semua telefon cellular dan PDA atau pun Smart Phone dimatikan (bahkan kad sim dan bateri turut di cabut). Semua ini dikatakan sebagai tindakan berjaga-jaga terhadap pencorobohan maklumat oleh pihak luar. Padahal ruangan tersebut sangat tersembunyi dan kedap suara.

Saya mengeluarkan artikel ini bukan bertujuan dijadikan sebagai fatwa bagi mengharamkan pengunaan Jaringan Sosial, sekadar memberi peringatan dan sedikit panduan tatacara berinteraksi di alam maya agar keselamatan kita terjamin terutama sekali kepada para pejuang sekalian. Kerana itu, kita harus benar-benar fikirkan akan diri kita dan bertanya apakah kita memang benar-benar memerlukan jaringan sosial atau tidak. Kalau sekadar mengikut trend, saya nasihatkan kurangkan kerana risikonya terlalu besar. Dunia yang kita tinggal dan hidup di dalamnya, bukanlah dunia yang memiliki satu warna. Terdapat dunia lain di sekitar kita yang mungkin tidak pernah kita ketahui. Wallahu'alam bishawab.


|Should Us?, Make a good decision for a better life|

Dipetik dari http://saint-guerre.blogspot.com/2010/11/konspirasi-dunia-mari-berfikir.html

Isnin, 8 November 2010

Hizbut Tahrir Indonesia bantah lawatan Obama

Utusan Malaysia yang dipetik dari AFP melapurkan Hizbut Tahrir Indonesia bantah lawatan Obama
Nampaknya Hizbut Tahrir Indonesia juga telah diresapai golongan mata satu tanpa mereka sedari. Thesis and Anti-Thesis terus berjalan dan dijalankan.

Ahad, 7 November 2010

Isu matapelajaran sejarah

Matapelajaran sejarah menjadi satu isu di Malaysia dimana di serata dunia ia bukan satu isu tapi satu kebanggaan. Amatlah teruk cengkaman Dajjal/penjajah di Malaysia sehinggakan matapelajaran sejarah dipinggirkan. Jika boleh mau dilenyapkan terus.