Bagi kebanyakan anda, deraf perlembagaan ini kelihatannya tidak begitu relevan dengan kehidupan kita sekarang. Namun harus difahami bahawa maksud-maksud yang termaktub didalam perlembagaan ini akan diserapkan juga ke dalam undang-undang mana-mana negara (termasuklah
Oleh itu sebaiknya pengetahuan mengenai perlembagaan ini kita simpan sebagai pengetahuan umum didalam pemikiran kita kelak, agar membantu para pejuang bangsa dan agama mengenalpasti siapakah bakal pemimpin negara dimasa hadapan yang bertopengkan islam namun merupakan sebenarnya proksi kepada Pertubuhan Rahsia Bermata Satu (Dajal) iaitu Illuminati.
Artikel 1a. Periytiharan Hak Persendirian
- Hak ke atas nyawa.
- Hak untuk mengejar kebahagiaan tanpa mengganggu hak individu lain.
- Hak ke atas harta sendiri, samada secara intelek mahupun berjasad.
- Hak untuk melakukan apa-apa sahaja demi meneruskan atau menamatkan nyawa diri sendiri tanpa merosakkan persekitaran alam. Persekitaran adalah milik semua dan membahayakan persekitaran adalah mencabuli hak individu lain.
- Hak untuk mencari nafkah melalui usaha seseorang secara mental atau fizikal atau keduanya.
- Hak untuk melindungi diri dan harta
- Hak mempunyai anak HANYA sekiranya ibu-bapa boleh menjamin makanan, tempat tinggal, pakaian, keselamatan, pendidikan dan perubatan.
- Hak untuk berniaga serta tertakluk kepada persetujuan atau kontrak bersama.
- Hak untuk privasi dalam segala bentuk.
Perkara pertama yang patut disedari bahawa dalam kesemua hak-hak yang dinyatakan di atas, tiada satupun menyebut bahawa hak seseorang untuk beragama adalah dijamin. Walaupun didalam artikel 18 ada dikatakan "Kerajaan hendaklah melaksanakan permisahan sepenuhnya perihal agama daripada negeri dan kerajaan namun tidak akan membuat apa-apa undang-undang berkenaan agama atau menghalang kebebasannya " namun perkara ini akan termaktub kepada sekatan-sekatan lain iaitu:-
Artikel 1
- Hak untuk mengejar kebahagiaan tanpa mengganggu hak individu lain" (perenggan 1 artikel 1(a))
- Persekitaran adalah milik semua dan membahayakan persekitaran adalah mencabuli hak individu lain" (perenggan 4 artikel 1(a))
- "Hak untuk privasi dalam segala bentuk" (perenggan 9 artikel 1(a))
Artikel 1b
- ".. dan hanya kerajaan yang memegang kuasa ekslusif untuk melaksanakan apa-apa peraturan ke atas perlakuan sosial di atas muka bumi.." (Seksyen 1)
- "Manusia dan makhluk bertamadun; dalam melaksanakan peralatan asas seperti fikiran mereka untuk mencapai ilmu pengetahuan demi mengekalkan kebebasan; atau untuk bertindak dibawah rational pendapat diri sendiri adalah memerlukan institusi kerajaan" (Seksyen 1)
- "Kebebasan individu hanya boleh dicerobohi menggunakan kekerasan fizikal. Untuk sebab ini, kerajaan mempunyai monopoly ke atas penggunaan kekerasan dan hukuman ke atas penjenayah" (Seksyen 2)
ARTIKEL 1(A) DAN 1(B) PERLEMBAGAAN ILLUMINATI - TIADA PERLINDUNGAN KEPADA KEBEBASAN BERAGAMA DAN BUDAYA.
Oleh kerana setiap agama dan setiap budaya mempunyai ajaran / aktiviti yang dilakukan dihadapan umum, maka hakikat yang perlu diterima oleh semua bangsa dan agama adalah akan sentiasa ada diantara aktiviti-aktiviti tersebut yang akan dianggap "mengganggu" kepada individu yang tidak menganutinya serta tidak peka hidup bermasyarakat. Namun perasaan "terganggu" ini sebenarnya subjektif dan hanya bersifat individu kepada satu-satu orang tertentu dan bukan bersifat majoriti. Seseorang yang mengamalkan sikap "toleransi" tidak akan menganggap azan atau dram tarian singa atau thaipusam atau nyayian gereja pada pagi/petang ahad itu sebagai mengganggu. Namun seseorang yang hanya memikirkan dirinya sendiri serta tidak tahu hidup bermasyarakat sahaja yang akan berfikiran sedemikian.
Dalam mana-mana masyarakat berbilang kaum, sebenarnya secara automatik wujud dua jenis 'kontrak' iaitu 'kontrak sosial' (merujuk kepada hak antara kaum dalam golongan yang besar) dan 'kontrak rasional' (merujuk kepada penggunaan 'common sense' dan 'rasional' antara individu-individu berlainan agama dan budaya dalam komuniti setempat). Kontrak Rasional adalah sub kepada Kontrak Sosial yang menyatakan bahawa kita hendaklah bertoleransi dan bertanggungjawab dengan tindakan kita sendiri (secara individu) yang meletakkan diri kita terlaku dekat dengan masyarakat yang hanya melaksanakan kontrak sosial mereka.
Di Malaysia contohnya, masyarakat bukan melayu secara umumnya tidak mempertikaikan tindakan koorporat cina yang umumnya hanya mengutamakan individu cina dalam pengambilan pekerja. Ini adalah contoh "kontrak rasional" yang merupakan sub kepada "kontrak sosial" dimana masyarakat bukan melayu telah menerima hakikat bahawa masyarakat cina ingin menentukan halatuju kemewahan ekonomi yang mereka jana. Oleh itu kita pun merasa gembira kerana masyarakat cina juga sebelum tidak pernah
Saya tidak begitu tahu tentang nisbah penduduk Kinrara yang terlibat didalam Petisyen Azan oleh Teresa Kok (kerana saya tidak berasal dari Selangor). Namun saya difahamkan bahawa petisyen tersebut ditandatangani oleh 100 individu. Merujuk kepada laman web Bandar Kinrara, dinyatakan bahawa pembinaan ke atas 1,904 ekar tanah sedang rancak dijalankan semenjak 1991 dan dijangka akan terdapat 16,779 unit rumah dibina. Jadi saya rasa adalah agak tepat untuk mengandaikan bahawa mempunyai kebebasan untuk memilih mana-mana unit rumah yang dibina berjauhan sedikit dengan Masjid Kinrara sekiranya mereka tidak ingin tidur mereka terganggu. Namun sekiranya mereka tetap juga dengan keputusan membeli unit berdekatan dengan masjid kinrara maka 'common sense' dan 'rasional' hendaklah terpakai. Contohnya sekiranya saya sengaja membeli rumah dalam lingkungan 500 meter daripada gereja, maka patutkah saya marah sekiranya tidur cuti hujung minggu saya terganggu oleh khutbah atau nyanyian gereja?
ARTIKEL 18 PERLEMBAGAAN ILLUMINATI - PEMISAHAN AGAMA DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN, SEKULAR ATAU ATHIEST?
Di dalam artikel 8 telahn dinyatakan bahawa "(i) Kerajaan hendaklah melaksanakan permisahan sepenuhnya perihal agama daripada negeri dan kerajaan namun tidak akan membuat apa-apa undang-undang berkenaan agama atau menghalang kebebasannya, atau (ii) menghalang kebebasan bersuara, atau (iii) kebebasan akhbar, atau (iv) hak kepada rakyat untuk berkumpul, serta (v) hak untuk mempetisyen kepada kerajaan untuk meluahkan rasa tidak puas hati".
Ramai masyarakat dunia hari ini telah berjaya dipesongkan oleh dakyah Freemason dan Illuminati yang mendefinasikan tindakan memisahkan agama dan kerajaan sebagai tindakan 'sekular'. Perlu diingatkan semua bahawa 'sekular' bermaksud 'beragama namun tidak mengamalkannya' (atau dalam maksud sebenarnya disisi islam adalah seperti seorang muslim tapi tidak bersembahyang iaitu "kafir"). Sekular adalah berbeza dengan athiest seorang sekular tidak akan memisahkan dirinya dan orang lain daripada idea kewajipan bertuhan dan beragama, cuma dia sendiri yang sengaja tidak melaksanakannnya kerana merasa malas atau tidak perlu. Seorang athiest pula akan menafikan serta memisahkan sama sekali kewujudan bertuhan dan keperluan tuntutan agama dalam hidupnya dan hidup orang lain kerana dia sebenarnya enggan mengaku tuhan itu ada.
Perlu dinyatakan disini bahawa tiada satu pun agama yang membenarkan pemisahan agama daripada hidup sosial penganutnya. Tidak samada agama itu Islam, Kristian, Hindu, Buddha, Yahudi atau lain-lain, kesemua agama ada mengkehendaki pemimpin seorang yang patuh pada ajaran-ajaran Tuhannya dan ajaran- nabinya.
Merujuk kepada maksud sebenar pecahan (i) Artikel 18 tersebut, maka jelas disini bahawa Perlembagaan Illuminati akan memastikan tuntutan agama bukan sahaja akan dipisahkan daripada pentadbiran kerajaan, malahan keengganan kerajaan membuat apa-apa undang-undang berkenaan agama bermaksud kerajaan juga akan memisahkan kewajipan beragama daripada rakyatnya dan oleh kerana artikel 1(b) telah menyatakan bahawa Kerajaan berkuasa menentukan tindak-tanduk sosial rakyatnya (tentunya termasuk aktiviti beragama) maka jelas disini bahawa Kerajaan Illuminati bukanlah sekadar kerajaan sekular, sebaliknya adalah kerajaan athiest.
Athiest merupakan seburuk-buruk makhluk di muka bumi ini kerana hakikatnya makhluk paling bejat di dunia iaitu Iblis pun mengakui bahawa Allah itu wujud. Namun Iblis juga sering mendatangani manusia diakhir hayatnya demi memujuk manusia tersebut agar berkata bahawa "Allah itu tiada". Maka sekiranya terpedaya dengan pujukan iblis, kekallah selamanya manusia itu didalam neraka dan ketawalah Iblis kerana berjaya menghinakan manusia iatu lebih hina daripada Iblis.
Kesimpulannya, ahli-ahli politik didalam Kerajaan Freemason dan Illuminati adalah lebih hina daripada Iblis dan Dajal yang mereka sembah kerana apabila mereka memisahkan agama dan Tuhan daripada kerajaan mereka, maka mereka sebenarnya adalah athiest iaitu sehina-hina makhluk dimuka bumi.
Didunia kini, negara ketua kepada dasar pemisahan agama dari kerajaan adalah Amerika Syarikat. Namun walaupun pada hakikat sebenarnya ajaran Masonic sebenarnya mahukan agar pengikutnya menjadi athiest, namun buat masa ini propaganda politik lebih kepada menukarkan pegangan kerohanian rakyatnya menjadi sekular iaitu memisahkan jiwa mereka daripada kehendak-kehendak agama mereka.
Di Malaysia, Kecenderungan memisahkan agama dengan pegangan politiknya boleh dilihat terselit didalam tindak-tanduk Dato Seri Anwar Ibrahim apabila enggan bermuhabalah. Hakikatnya keengganan beliau bermuhabalah bukanlah disebabkan oleh keengganan beliau bersumpah kerana sepertimana yang kita tahu, beliau langsung tidak kisah dengan pengikut-pengikutnya seperti Raja Petra, P. Balasubramaniam, Dr. Pusrawi, Dr. Munawar Ahmad Anees, Sukma, Meor Razak dan Nalla Kurapan untuk bersumpah di hadapan Pesuruhjaya Sumpah. Dengan mengiktiraf format Sumpah dibawah Akta Akuan Berkanun 1960 namun enggan mengiktiraf format Sumpah Saiful secara Muhabalah disisi agama (atas alasan tidak sah disisi undang-undang dunia?), maka jelaslah bahawa pemimpin PKR ini telah mematuhi polisi pemisahan agama daripada wadah politiknya sendiri. Tidak syak lagi sekiranya PKR berjaya memerintah, maka Artikel 18 Perlembagaan Illuminati akan diserapkan (walaupun secara berselindung) ke seluruh cabang kerajaan.
Sekiranya Muhabalah Saiful Bukhari itu mencukupi dibalas dengan Akuan Berkanun beliau dibawah Akta Akuan Berkanun 1960 yang tidak memerlukan nama Allah dan Rasul disebut, maka saya rasa sudah tentu Anwar Ibrahim rela memfailkan Akuan Berkanun setebal buku telefon bagi membuktikan dia tidak meliwat. Namun masalah sebenarnya adalah kerana Muhabalah bukanlah Muhabalah sekiranya tanpa menyebut nama Allah Dan Rasul. Jadi masalah sebenarnya bukan Muhabalah, tetapi kerana beliau enggan menyebut nama Allah dan Rasul di depan umum. Sepertimana yang pernah saya kupas dalam artikel saya (the oath of obligation), Anwar tidak dibenarkan menyebut nama Allah dan Rasul oleh penaja-penajanya kerana bertentangan dengan Artikel 18 Perlembagaan Illuminati. Kepintaran penaja-penajanya telah berjaya membentuk Anwar agar mempromosikan athiestsm disebalik samaran politik sekular, dan yang paling hebat adalah apabila ia dilakukan oleh seorang muslim bersongkok dan mencanangkan dirinya pemimpin Islam.
Berbalik kita kepada perlembagaan Illuminati, oleh kerana tiada jaminan kebebasan beragama diberikan di dalam artikel 1a, maka secara perundangan hak beragama tidak dilindungi oleh undang-undang dan oleh demikian kerjaan berhak menganggap aktiviti beragama dan pertubuhan-pertubuhan agama sebagai haram.
HAK KEBEBASAN INDIVIDU DIBAWAH PERENGGAN (2), (3), (5), (8), (9) ARTIKEL 1(A) PERLEMBAGAAN ILLUMINATI - SAMARAN KEPADA 7 DOSA BESAR DIDALAM AGAMA KRISTIAN?
- (2) "Hak untuk mengejar kebahagiaan tanpa mengganggu hak individu lain (the pursuit of happines)."
- (3) "Hak ke atas harta sendiri, samada secara intelek mahupun berjasad."
- (5) "Hak untuk mencari nafkah melalui usaha seseorang secara mental atau fizikal atau keduanya."
- (8) "Hak untuk berniaga serta tertakluk kepada persetujuan atau kontrak bersama."
- (9) "Hak untuk privasi dalam segala bentuk."
Hak yang pertama sekali (the pursuit of happiness) juga hari ini termaktub didalam deklarasi kemerdekaan Amerika dan merupakan salah satu hak utama yang ditulis di dalam Perlembagaan Amerika. Jangan tertipu dengan keindahan kata-katanya kerana hak tersebut sebenarnya merupakan samaran kepada ajaran pertama iblis didalam kitab ajaran sesat Thelema iaitu "buatlah apa yang kamu suka dan itulah undang-undangnya" ("Do what thou wilt shall be the whole of the Law"). Ajaran asas iblis ini pertama kali diperkenalkan oleh François Rabelais pada abad ke-16 namun kemudiannya disebarkan oleh Penyembah Iblis Aleister Crowley didalam bukunya "Book Of Law".
Perenggan (2), (3), (5), (8), (9) ini walaupun kedengaran ideal, namun tujuan sebenarnya bukanlah untuk melindungi rakyat yang ingin mencari nafkah secara jujur dan halal, namun sebaliknya akan digunakan untuk melindungi dan menggalakkan usaha mencari nafkah secara haram dan zalim. Oleh kerana dasar-dasar di dalam Artikel 1 ini adalah dideraf oleh anggota Freemason yang berlatarbelakangkan kepercayaan Kristian, maka tujuan sebenar Artikel 1(a) adalah bagi melindungi kesemua manusia yang sesat melakukan 7 dosa besar (7 Deadly Sin) didalam agama Kristian iaitu Nafsu (Lust), Pelahap (Gluttony), Tamak (Greed), Marah (Wrath), Cemburu (Envy) dan Bangga Diri (Pride).
"Hak untuk mengejar kebahagiaan tanpa mengganggu hak individu lain" contohnya, dengan jelas memberikan jaminan bahawa setiap umat manusia dibenarkan melakukan kesemua 7 dosa besar tersebut semau-mau mereka asalkan kononnya tidak mencampuri hal orang lain. Orang lain adalah tidak dibenarkan sama sekali menegur atau menghalang perlakuan 7 dosa besar ini oleh mana-mana individu kerana ia dijamin sebagai hak asasi individu di bawah Perlembagaan. Perenggan-Perenggan ini juga secara langsung membenarkan kesemua jenis maksiat termasuk pelacuran, perjudian dan pornografi dijadikan sebagai sumber kewangan dan sara diri. Perenggan 8 secara khususnya membenarkan apa-apa jenis urusan yang 'dipersetujui' bersama dan oleh itu tidak mustahil sekiranya urusniaga dadah juga boleh dihalalkan. Hubungan seks bebas juga adalah digalakkan dibawah Perenggan 9.
HAK KEBEBASAN INDIVIDU DIBAWAH PERENGGAN (7) ARTIKEL 1(A) PERLEMBAGAAN ILLUMINATI - SEMBAH KORBAN KEPADA MOLOCH?
Didalam artikel kedua saya iaitu "Novus Ordo Seclorum & All Seeing Eye", saya telah menjelaskan tentang Tuhan Syaitan yang disembah oleh Illuminati iaitu Moloch yang berupa syaitan berkepala lembu. Moloch atau anak lembu emas di dalam kisah Nabi Musa adalah merupakan Tuhan Perang kaum Illuminatu yang disembah dengan cara menumpahkan darah ke atas bumi melalui pembunuhan dan penyembelihan. Selera terbesar Moloch adalah korban kanak-kanak kecil dna bayi.
Moloch juga dikatakan menjanjikan bantuan sihir terkini kepada penyembah-penyembahnya yang sanggup mengorbankan kanak-kanak. Malahan dikalangan anggota Illuminati, mereka percaya kepada ilmu sihir yang akan diberikan oleh syaitan Moloch dan Belial sekiranya permintaan dipenuhi. Belial contohnya, mampu membantu merangsang para pendengar pidato yang akan terpesona dengan kata-kata ahli politik yang didampingi Belial, manakala Moloch pula mampu memberikan bangkitan marah, kekuatan dan keberanian bertempur kepada pengikut-pengikut ahli politik yang telah diserap oleh sihirnya.
Dikalangan golongan anti-Illuminati, mereka percaya misteri kehilangan kanak-kanak di seluruh dunia pada hari ini adalah sebahagiannya didalangi oleh pengikut Illuminati yang berniat membunuh kanak-kanak tersebut sebagai persembahan kepada Moloch. Adalah juga dipercayai bahawa pergerakan pro-pengguguran bayi adalah didalangi dan dibiayai oleh Illuminati kerana bagi setiap kematian bayi semasa proses pengguguran, maka Moloch mendapat habuannya.
Di dalam perenggan (7) Perlembagaan Illuminati ada menyatakan "Hak mempunyai anak HANYA sekiranya ibu-bapa boleh menjamin makanan, tempat tinggal, pakaian, keselamatan, pendidikan dan perubatan."
Sekali imbas kita mungkin menyangkakan bahawa perenggan (7) ini dideraf bagi maksud melindungi hak asasi kanak-kanak yang bakal dilahirkan. Namun hakikat yang sebenarnya adalah perenggan 7 adalah bertujuan menggalakkan dan memaksa para ibu-bapa membunuh bayi mereka sendiri secara pengguguran. Perenggan 7 dengan jelas telah menyatakan bahawa Hak untuk mempunyai anak hanya dibenarkan ke atas ibu-bapa yang boleh menjamin 6 perkara iaitu makanan, tempat tinggal, pakaian, keselamatan, pendidikan dan perubatan. Maka dengan kata lain hanya golongan kaya sahaja yang dibenarkan mempunyai anak manakala golongan miskin adalah dihalang melahirkan zuriat.
Oleh kerana di zaman pemerintahan Dajjal nanti kesemua bentuk perniagaan, perkhidmatan sosial dan agensi kerajaan akan akan dikawal secara berpusat, maka Dajjal akan mempunyai keupayaan megawal kos sara hidup sehinggakan jurang perbezaan antara miskin dan kaya terlalu besar. Selain daripada itu oleh kerana seks bebas dan pelacuran berleluasa akibat
PENUTUP
Di tulisan yang lain saya akan membincangkan pula peruntukan-peruntukan lain didalam deraf perlembagaan Illuminati bagi membongkar maksud sebenar disebalik perlembagaan yang telah disediakan oleh golongan Freemason dan Illuminati bagi menyambut kedatangan pemerintahan Dajal di akhir zaman ini. Saya percaya banyak daripada kandungan deraf perlembagaan ini akan diserap ke dalam undang-undang
bersambung ...
(daripada arkib peribadi afterdark di http://one.xthost.info/afterdark/.)