Jumaat, 27 Mei 2011

8 Games Yang Menghina Islam


gravatar

8 Games Yang Menghina Islam

[Image: devilmaycry3pr0.jpg]

1) Devil May Cry 3

Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan Kaabah.

Pemain permainan itu didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum ‘penghulu syaitan’ menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu Kaabah.

Elemen penghinaan ke atas Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu kaabah.

Difahamkan, permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.

Tokoh agama yang juga penceramah bebas, Hassan Mahmud Al-Hafiz menyifatkan permainan komputer itu satu penghinaan melampau kepada umat Islam kerana kaabah adalah kiblat dan tempat suci, begitu juga dengan kalimah Allah yang tidak boleh dijadikan bahan permainan sesuka hati.

[Image: 2351656886_bc1b83f654.jpg]

Image has been scaled down 25% (605x454). Click this bar to view original image (800x600). Click image to open in new window.
[Image: kaabah+door.jpg]

[Image: 2351220091_cf3b7a93df.jpg]

Satu adegan dalam game tersebut dipaparkan pintu kaabah sebagai pintu yang menghubungkan di antara dunia syaitan dan dunia nyata dan yang membukakan pintu tersebut adalah karaker c.g.i. yang telah menyerahkan diri pada kuasa ilmu hitam yang sememangnya Islam melarang amalan itu.

Ayat karaker c.g.i. itu ada membaca ayat, kalau tak silap lebih kurang begini permulaannya.

(Diterjemahkan dalam bahasa Melayu)
"wahai pintu yang menghubungkan dunia kegelapan"

dan karaker itu membaca ayat itu didalam kitab yang dipegangnya. Kalau tak silap kitab bible. Pasal di akhir scene karaker tersebut ada menyebut 7 ayat kemusnahan yg tercatit didalam bible.

"Wrath, Sloth, Lust, Gluttony, Greed, Pride dan akhir sekali Envy".

[Image: 2976282013_71806869b5.jpg]
Kalimah Allah pada 'Pintu' di dalam Permainan tersebut.

[Image: Pintu+Kaabah.jpg]
Dibandingkan dengan Pintu Kaabah yang sebenar. Sama kan?

2) Clive Barker Undying

Image has been scaled down 6% (605x724). Click this bar to view original image (640x765). Click image to open in new window.
[Image: 936full-clive-barker%2527s-undying-cover.jpg]

Permainan ini mengisahkan tentang perlawanan dengan syaitan. Tetapi ianya menggambarkan dalam istana yang diduduki syaitan itu terdapatnama-nama Allah di dinding istana tersebut. Ini seolah-olah menggambarkan bahawa sesiapa yang menyembah Allah itu adalah sekutu syaitan.

[Image: game-undying3.jpg]

[Image: game-undying.jpg]

Berita mengenai permainan ini dirampas:
Permainan Undying dirampas kerana hina Islam

PERISIAN permainan komputer Clive Barker, Undying telah dirampas dalam operasi di sebuah pusat beli-belah di Kelang baru-baru ini kerana memaparkan beberapa perkataan dipercayai dipetik daripada al-Quran. Penolong Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Abdul Malek Ramli, berkata pihaknya merampas 50 keping cakera padat dari tiga premis di pusat beli-belah itu, hasil maklumat orang awam. Permainan itu mengisahkan watak utama, Clive Baker mengunjungi istana yang penuh ukiran artistik bercorak Islam termasuk ayat Al-Quran, yang dikuasai hantu dan syaitan.

Pemain permainan itu, menerusi watak Clive Baker perlu membunuh semua hantu dan syaitan bagi memperolehi sejenis tangkal bagi menghidupkan semula pemilik istana. Dalam laporan eMedia/Berita Harian yang disiarkan baru-baru ini Abdul Malek berkata, perisian cakera padat dipercayai cetak rompak yang dijual dengan harga RM10 itu, menggambarkan seolah-olah Islam berkompromi dengan syaitan.

Jika terbeli, beliau berkata, ibu bapa beragama Islam dinasihati memulangkan cakera padat itu kepada JAIS kerana ia boleh menpengaruhi kanak-kanak, selain menyalahi undang-undang.

Mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, mana-mana orang Islam yang memiliki, menyimpan atau menjual bahan menghina Islam boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda RM5,000 ataupun kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Hukuman bagi orang bukan Islam yang terbukti menyimpan, menjual atau memiliki bahan itu, akan dirujuk kepada Kementerian Dalam Negeri.

Abdul Malek berkata, JAIS juga menerima dakwaan orang awam mengatakan, perkataan Allah dalam abjad jawi, timbul setiap kali Clive membunuh syaitan tertentu. “Jais masih menjalankan siasatan lanjut mengenai perisian itu dan ia mungkin mengambil masa tetapi serbuan terhadap premis lain akan dibuat secepat mungkin,” katanya.

3) Zack And Wiki

[Image: zackwikiqu261149.jpg]

Luahan dari seorang gamer Wii:
Sebagai Avid seorang gamer Wii, saya sedang melihat trailer video game ini dan beberapa gameplay dari Zack and Wiki. Saya dibesarkan dalam sebuah keluarga Muslim dan melawat Pakistan beberapa kali. Oleh kerana itu, saya boleh mengatakan bahawa pada minit ke 0:20 dan 0:44 saat dalam video ini, anda boleh mendengar penghuni pulau sedang berdoa dengan suara panggilan Muslim untuk berdoa, "Allahu Akbar", dan kemudian meniru cara doa. Aneh dan agak mengerikan, saya sangat berharap laungan itu bersifat sementara sebelum diganti ke suara lain. Walaubagaimanapun, mengapa game tersebut dapat tempat pertama di sana?

Note: Korang boleh dengar laungan "Allahu Akbar" pada minit ke 0:20 & 0:44 pada video dibawah.


Tindakan yang dibuat:
The Council of American-Islamic Relations (CAIR) has announced that Capcom has removed what CAIR calls a "common Islamic phrase" from Zack & Wiki: Quest for Barbaros' Treasure on the Wii. The phrase's removal comes following complaints from CAIR and others.

The phrase in question is "Allahu akbar" ("God is most Great"), an Arab phrase frequently used in prayer. The phrase came to CAIR and several complainants' attention after it appeared in a promotional video for the game.

A Capcom representative told CAIR, "We have already contacted the team working on the game, and the phrase has been removed from the game and will not be heard in future videos released to the public."

"We appreciated Capcom's willingness to address Muslim concerns about the use of a religious phrase in an inappropriate context and applaud the company's swift response.

4) Prince Of Persia

[Image: Prince-Of-Persia-Sands-Of-Time-Front-Cover-19197.jpg]

Prince Of Persia Pedang pada watak tu ada tulisan Kaligrafi Arabic Alphabatic yang diatasnya ditulis,

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)


Image has been scaled down 41% (605x454). Click this bar to view original image (1024x768). Click image to open in new window.
[Image: prince-of-persia-wallpaper.jpg]

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar" (Surah Al- Ahzab:71)

Jika kita main game ini bermaksud kita juga menyokong apa yang mereka cuba sampaikan dan mereka lakukan; jadi semoga dapat disampaikan kepada saudara-saudara kita di luar sana.

5) Counter Strike Condition Zero Deleted Scenes

Image has been scaled down 6% (605x454). Click this bar to view original image (640x480). Click image to open in new window.
[Image: okmkr5.jpg]

Counter Strike Condition Zero Deleted First Stage dia. Kita kena tembak dengan askar-askar yang beragama Islam. Kalau kita sedar, masa kita tembak tu kita boleh dengar askar yang kena tembak menjerit "ALLAHUAKBAR" & "JIHADD".

6) Stronghold Crusader

[Image: stronghold-crusader-extreme-1.jpg]

Permainan Perang Salib. Pemain memain watak sebagai Crusader dan menentang musuhnya iaitu adalah orang Arab, dan ketika perang Salib, orang Arab semestinya orang Islam.

7) Guitar Hero 3 Legends Of Rock

[Image: guitar-hero-3.jpg]

Tidak cukup dengan karikatur dan filem pendek Fitna yang menghina kesucian Islam. Datang pula game komputer yang menghina kalimah Allah SWT. Kali ini game Guitar Hero 3 telah menghina kalimah Allah SWT. Guitar Hero 3 adalah permainan komputer yang memainkan lagu-lagu rock klasik.

[Image: gitarkeji2.jpg]

Lihatlah bagaimana paparan kalimah Allah ini telah dijadikan paparan lantai dan kemudian dipijak-pijak oleh makhluk yang berupa “syaitan” bermain gitar. Sungguh biadap game ini. Game ini dibangunkan oleh syarikat Neversoft dan dikeluarkan oleh Activision dan RedOctane. Neversoft adalah sebuah syarikat pembangunan video game yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Dimiliki oleh Joel Jewett (berasal dari Montana, Amerika) bersama dengan Chris Ward dan Mick West. Chris dan Mick kedua-duanya berasal dari Yorkshire, England.

[Image: gitarkeji1.jpg]

Jika kita tidak teliti, kita tidak akan perasan paparan kalimah Allah SWT ini. Pada sesiapa yang melihat permainan komputer ini sila uninstall game ini. Sungguh halus permainan golongan Yahudi dan Nasara untuk menyesatkan orang Islam. Waspadalah kita sebelum membeli mana-mana permainan komputer.

Ada 2 kemungkinan di sini.

a) Penghinaan Senyap

Memang sengaja menyelitkan unsur penghinaan.

b) Zodiak Virgo
Jika zodiak Virgo diterbalikkan 180 darjah, maka jadilah seperti bentuk dalam gambar tadi.

[Image: 50px-Virgo.png]
Zodiak Virgo:

[Image: Copy+of+50px-Virgo.png]
Zodiak Virgo diterbalikkan 180 darjah:

Adakah simbol di dalam video game ini hanyalah zodiak Virgo yang terbalik atau memang sengaja menghina Islam?

8) Resident Evil 4

[Image: resident_evil_4-350x279.jpg]

Ni dia lagi 1 game yang menghina Islam iaitu Resident Evil 4. Resident Evil 4 merupakan game berdasarkan bahayanya biologi iaitu virus dan zombie. Ringkasnya, misi game ini adalah untuk menyelamatkan anak presiden Amerika yang diculik oleh kumpulan yang bernama "Los Illuminados".

Los Illuminados bermaksud “The Illuminated!”

Gambar berikutnya adalah lambang illuminati pada game tersebut.

Image has been scaled down 25% (605x595). Click this bar to view original image (800x786). Click image to open in new window.
[Image: motif.jpg]

Lambang illuminati pada loket atau tangkal tersebut

Image has been scaled down 63% (605x379). Click this bar to view original image (1600x1000). Click image to open in new window.
[Image: Resident+Evil+4.jpg]

Screenshot dari gameplay Resident Evil 4

Image has been scaled down 63% (605x379). Click this bar to view original image (1600x1000). Click image to open in new window.
[Image: game_me-2009-11-21-14-48-20-04.jpg]

Zoom pada pintu tersebut

Korang perasan tak apa yang tak kena dengan gambar di atas?. Agak-agak korang macam pernah nampak tak?

Kalau korang nak tahu itulah pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi, Madina. Macam mana boleh sesat dalam game ni pulak!!!.

[Image: The+Door.jpg]
Pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi

Apa yang lebih teruk lagi ialah pintu tersebut telah di Illuminati kan!!!. Lihat gambar di bawah ini.

Image has been scaled down 54% (605x307). Click this bar to view original image (1290x653). Click image to open in new window.
[Image: side-by-side.jpg]

Perbezaan pintu dalam game dengan realiti

Image has been scaled down 54% (605x307). Click this bar to view original image (1290x653). Click image to open in new window.
[Image: side-by-side-with-motif.jpg]

Selepas meletakkan logo illuminti game tersebut

Memang melampau lah dorang ni!!!. Game ini turut dikeluarkan oleh CAPCOM sama dengan Devil May Cry. XLAWS pun tak taw la apa orang Jepun ni tak puas hati dengan orang Islam. Macam dah takde benda lain nak letak.

Kepada korang yang telah membaca post ni harap sebarkan pada keluarga, kawan-kawan dan orang Muslim yang lain secepat mungkin!.
Kesimpulannya, semua orang Islam diharamkan main games yang mempunyai unsur menghina agama-agama di dunia. Orang Islam haram main games yang ada unsur menghina agama Islam, hina agama Kristian, hina agama Yahudi, hina agama Buddha,hina agama Hindu, dan lain-lain fahaman dan kepercayaan yang berunsur keagamaan.

Kalau kita main juga, bermakna kita telah menghina agama-agama berkenaan dan bersubahat dengan penghina agama itu. Itu juga bermakna kita telah melanggar perintah Nabi Muhammad SAW.

Nabi kita Muhammad SAW melarang umatnya daripada menghina agama Islam dan semua agama yang ada di muka bumi ini. Orang Islam dilarang dan diharamkan daripada menghina agama lain.


Khamis, 26 Mei 2011

Tuduhan membunuh

Hosni Mubarak hadapi tuduhan membunuh

KAHERAH 25 Mei – Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak semalam diarah menjalani perbicaraan atas tuduhan membunuh penunjuk perasaan dalam kes yang boleh membawa hukuman mati.

Keputusan Peguam Negara itu menamatkan spekulasi kononnya tentera yang memerintah Mesir akan menyelamatkan Mubarak daripada sebarang hukuman keras dan diaibkan di mata umum.

Berita Lanjut dari Utusan Online

---------------------------------------------------

kenapa hukuman yang sama tidk dikenakan kepada BUSH, OBAMA dan sekutunya yang banyak melakukan pembunuhan?


Jumaat, 20 Mei 2011

Islam Tidak Bertegak Berdasarkan Politik dan Sistem Demokrasi



Islam tidak didaulatkan oleh parti -parti politik ..kedaulatan Islam tidak akan berkembang melalui jalan demokrasi .... perkara itu tidak akan terjadi ..acuan itu tidak betul ...maka Islam tidak mahu duduk di dalam wadah yg bercampur najis dengan makanan ....

Sistem Demokrasi akan digulung ....bukan sahaja di Semenanjung Emas ini tetapi diseluruh dunia . Demokrasi bukan dari Islam ..ia adalah sistem Yahudi ..kebenaran tidak akan sirna melalui sistem ini ....

Islam itu bertegak dengan kalimah La Ila ha Illa llah...muhammadarasullulah....

Walaupun dengan beberapa patah perkataan, maka kalimah itu lah Islam ditegakkan...kalimah ketauhidan yang amat tinggi dan dalam maksudnya...

Kalimah itu membuktikan betapa Allah mementingkan kita meletakkan seluruh urusan atas namaNya...dan tidak mensyirikkan apatah lagi mengkafirkan hamba-hambaNya yang telah terang mengucap kalimah syahadah bersaksikan oleh diriNya sendiri....

Hari ini kita melihat lebih ramai orang islam terutama pak karut yang meletakkan serban sebakul menyembah dan mendewakan kerusi...kerusi yang bertahta....yang berkuasa hanya di dunia yang sementara...

Pengikut-pengikut ajaran Pak Karut yang amat dahagakan makanan rohaniah, malas membaca Al Quran dan Hadis, sentiasa membuka mulut untuk disuapkan makanan yang telah dihidangkan oleh Pak Karut yang bertopengkan agama Allah sebagai sandaran.

Maka terbukalah mulut dan telinga dan disuapkan kepada pengikut-pengikut Pak Karut dengan kata-kata hasad, benci, marah, dendam pada saudara mereka sendiri...dan diselitkan oleh Pak Karut ayat-ayat Al Quran dan sunnah yang disalah tafsirkan demi menjaga kepentingan politik mereka...Tiap kali kata-kata maki hamun, hasad benci dan marah dilaugkan maka jin dan syaitan juga bersorak masuk ke setiap rongga-rongga si pengikut Pak Karut yang terbuka. Maka duduklah mereka di hati mereka supaya sentiasa mengiakan dan mengangguk setiap baris kata Pak Karut..

Bersoraklah pengikut-pengikut Pak Karut sambil melaungkan kalimah Takbir!! Allahuakhbar ...Allah yang Maha Kuasa!!! Tidakkah mereka sedar yang mereka hanya menunggu murka Allah kerana mempermainkan nama dan kuasaNya? Hanya Jin dan Syaitan mengecil dan takut tiap kali melaungkan kalimah Allah, kerana mereka sedar Allah Maha Kuasa!!! Mereka tidak mampu mempermainkan kalimah Allah nama Allah, tapi mereka juga tidak mahu manusia patuh pada Allah, maka manusia jugalah yang akan dipertanggungjawapkan atas kata-kata permaian mereka...

Setelah selesai, Maka berebut-rebutlah pengikut-pengikut Pak Karut untuk mencium tangan Pak Karut, mengambil sisa minuman, selipar Pak Karut, apa sahaja yang ditinggalkan oleh Pak Karut sebagai santapan rohani terutama pada mereka yang kurang agamanya dan pendek pemikirannya....Hanya mendengar Pak Karut yang bersarung jubah dan serban membaca ayat-ayat Al Quran dan kisah riwayat rasulullah yang disangka benar belaka...Pak Karut senyum puas...

Maka, ditunjukkanlah pada pengikut-pengikut mereka rumah Pak Karut yang serba sederhana, dan kehidupan yang serba sederhana belaka....Hampir menitis air mata pengikut-pengikut Pak Karut apabila mereka melihat Pak Karut yang sentiasa bersikap zuhud dalam kehidupannya...Walaupun berpeluang mendapat kemewahan...tapi memilih kehidupan yang amat sederhana...

Pak Karut tersenyum puas...pengikut-pengikutnya sudah terpedaya dengan mata mereka sendiri...terpedaya dengan apa yang mereka nampak...tapi tidak pada apa yang mereka tidak nampak....kerana mereka hanyalah pengikut bodoh belaka...tidak nampak harta-harta emas dan tanah Pak Karut yang tidak nampak...

Tidak dapat beza yang mana hak dan batil...Pak Karut tersenyum puas...kali ini dia mesti mendapatkan lebih ramai pengikut bodoh tegar yang sedia berkorban walaupun dengan titisan darah dan nyawa mereka demi ajaran Pak Karut...yang berlabelkan Islam semata....

Dipetik dari http://insanberdakwah.blogspot.com/2011/05/islam-tidak-bertegak-berdasarkan.html

Selasa, 3 Mei 2011

Lakonannya begitu sempurna

Assalamualaikum, Bismillahirrahmanirrahim.



Sekali lagi dalam post ni ana ingin mengimbas pengalaman waktu kecil dahulu. Sejak kita kecil lagi, kita telah disogokkan dengan bermacam-macam superhero yang telah merosakkan minda kita sehingga kita hilang kematangan dalam diri.

Malah ada juga sebahagian daripada kita ini masih "taksub" dengan superhero-superhero ini walaupun "besar panjang".

Kenapa anak-anak muda boleh taksub dengan superhero seperti ini?

Kerana ianya dilihat sebagai "penyelamat" kepada dunia. Mungkin dalam minda budak kecil ketika itu akan terbayang alangkah bahagianya dunia ini jika ada superhero seperti Superman dan Batman. Begitulah hebatnya media yang mampu mengawal minda ciptaan tentera-tentera Dajjal laknatullah yang telah bekerja sejak 4000 tahun yang dahulu untuk menyambut kedatangan Al-Masih Dajjal.

Mungkin ada beberapa persoalan yang tidak mampu difikirkan oleh minda kanak-kanak yang masih muda. Antaranya, bagaimanakah superhero ini diperkenalkan kepada dunia dalam filem?


Jika anda perasan, superhero ini akan menjadi penting kepada dunia (dunia yang digambarkan dalam filem) apabila dia mampu mengalahkan penjahat yang tidak mampu diberkas oleh polis. Dan selalunya watak-watak jahat dalam filem juga mempunyai kuasa luar biasa barulah padan dengan watak hero yang ingin ditonjolkan. Betul tak? Apa barang kalau Superman disuruh berlawan dengan pencuri selipar kat masjid time solat jumaat, betul tak? Untuk menampakkan Superman ni hebat, watak-watak jahat yang hebat juga perlu diperkenalkan.


Mungkin kanak-kanak ini perlu diberitahu bahawa dunia tidak perlukan superhero kerana di dunia ini tidak wujud penjahat-penjahat yang mempunyai kuasa ajaib seperti dalam filem.


Tetapi walau apa pun yang kita cuba bagitahu kepada kanak-kanak ini, mereka tetap suka menonton cerita-cerita superhero yang mengarut kerana dia tetap menyangka yang superhero ini betul-betul wujud. Hebat betul lakonan mereka, sehingga apabila melihat filem Ultraman, kanak-kanak boleh menyangka yang raksasa dan Ultraman itu betul-betul wujud!

Cuba kita "twist" cara pemikiran kita. Sekarang cuba kita anggap bahawa Ultraman itu jahat sebenarnya. Superman jahat. Spiderman jahat. Batman jahat.

Kenapa?

Kerana Ultraman punya pasallah, raksasa turun ke bumi. Kalau Ultraman takde, agak-agak ada raksasa tak? Cuba tengok dalam cerita Initial D. Ada raksasa tak dalam filem tu. Jawapannya takde. Kenapa? Kerana Ultraman takde la.

Superman pun jahat kerana musuh-musuh Superman hanya akan wujud apabila Superman wujud. Begitu juga dengan Batman dan lain-lain. Watak-watak superhero inilah sebenarnya yang "mencipta" dan "memanggil" penjahat-penjahat hebat ni. Bak kata orang-orang tua, "Di mana ada Ultraman, di situ ada raksasa".

Kenapa? Kerana mereka hanya berlakon dalam sebuah filem! Dan kita pun tahu Ultraman dan raksasa adalah 2 orang pelakon yang mungkin sebenarnya adalah kawan baik apabila berada di luar pentas lakonan.



Beginilah filem-filem menipu penonton. Kebanyakan scene sebenarnya bukanlah dirakam di lokasi sebenar, tetapi hanyalah di dalam studio.

Begitu juga dengan suara dan sound effect. Segala dialog pelakon, kesan bunyi seperti pintu ditutup, tayar kereta terseret, pinggang pecah dan lain-lain sebenarnya telah dirakam kembali dalam proses yang dipanggil dubbing sehingga sangka dialog yang anda dengar dalam filem adalah live dirakam ketika pelakon itu sedang berlakon.



Baiklah, itu semua adalah lakonan dalam filem yang telah menipu kanak-kanak. Sekarang mari kita berbincang mengenai "lakonan" yang sedang berlangsung di luar filem yang sedang menipu ratusan juta penduduk bumi.

Anda pernah lihat lakonan yang sebegitu hebat?

Sudah pasti anda pernah lihatnya, mungkin bukan di pawagam, ya, tentu sekali bukan di pawagam.

Habis tu di mana?



Pernah lihat media-media seperti itu? Ya, disitulah "filem-filem box-office" ditayangkan. TV, surat khabar, radio, internet dan apa sahaja yang boleh mempengaruhi masyarakat yang digelar "bahan bacaan bermanfaat" inilah sebenarnya yang digunakan untuk memanipulasi minda masyarakat dunia.

FILEM#1 PERANG DUNIA PERTAMA DAN KEDUA

Ya, cerita ini begitu meletup sekali, dari Pak Mat yang sedang lepak di warung kopi sehinggalah kepada Pak Lah yang berada di parlimen percaya dengan cerita tersebut. Anda sangka Hitler benar-benar jahat dan bermusuh dengan seluruh Eropah. Anda juga sangka benar-benar telah berlaku persengketaan antara para pemimpin dunia.


Ya peperangan sebenar memang betul-betul berlaku, dan jutaan manusia telah menjadi korban bagi menjayakan "cerita" tersebut.

Tapi adakah anda kenal siapa sebenarnya tokoh-tokoh yang terlibat dalam peperangan ini? Mereka sebenarnya adalah dari kelompok yang sama! Mungkin ada di antara mereka yang dilihat sebagai Nato, Warsaw, Pakatan Axis dan lain-alin. Tetapi hakikatnya mereka sebenarnya adalah dari 13 keturunan Illuminati (saya tidak pasti ingin memberikan definisi mengenai Illuminati di sini atau tidak kerana anda boleh mencari mengenainya di tempat lain. Kalau nak suruh ana cerita pasal Illuminati, sila tinggalkan komen).

Jika benar mereka ini saling bergaduhan, kenapa mereka saling tolong menolong? Siapa yang menaja Perang Dunia? Siapa yang membiayai pergerakan Nazi di German? Siapa yang membiayai Amerika Syarikat? Siapa yang menyediakan dana kewangan untuk Komunis? Fikirkan dan anda akan sedar betapa bodohnya dunia ditipu oleh para penyembah Dajjal ini.


Apa kesan cerita Perang Dunia ini?

Israel telah dapat ditubuhkan, kerajaan Islam Uthmaniyah telah tumbang dan Amerika telah muncul sebagai penyelamat dunia.

Peperangan juga dapat menghasilkan dana bagi pihak2 tertentu..wah ni macam biznes.. nak percaya tak? try la tgk video ni (hanya untuk golongan yg nak berfikir je)


Filem ini bersambung ke episod seterusnya.

FILEM#2 PERANG DINGIN

Perang ini di antara Kapitalis dan Komunis. Konsepnya sama sahaja. Tokoh-tokoh pemimpin Kapitalis dan Komunis sebenarnya adalah kawan baik, hanya pengikut-pengikut mereka sahaja yang berperang dan ditipu oleh para pemimpin mereka.

Kesannya, Amerika telah muncul kembali sebagai penyelamat dunia dan sistem ekonomi Kapitalis telah diguna pakai oleh negara seluruh dunia. Ya, konsepnya sama seperti cerita Ultraman, raksasa telah diperkenalkan kemudian Ultraman akan muncul sebagai penyelamat!
Apa guna Ultraman kalau

FILEM#3 PERANG MENENTANG KEGANASAN (WAR ON TERRORISM)

Masanya sudah tidak lama. Pemerintahan dunia perlu disegerakan kepada negara Israel. Jika sekarang Amerika digelar polis dunia, maka gelaran tersebut perlu diberikan kepada Israel dengan segera kerana Dajjal laknatullah akan menduduki takhtanya dan memerintah dunia dari Israel. Al-Aqsa perlu diruntuhkan dengan segera dan sebuah watak jahat perlu dicipta supaya watak superhero baru dapat dicipta.

Kenapa mesti ada watak jahat yang hebat baru superhero boleh muncul?

Jawapannya mudah saja. Cuba anda semua bayangkan watak superman tiba-tiba muncul kat tengah-tengah masyarakat tanpa ada orang jahat.

Confirmla kene gelak dengan orang ramai. Hahahaha, dengan fesyen yang macam badut, dengan seluar dalam kat luar, muka pun macma orang gay dan pakaian pun macam orang hulu, mesti akan digelar orang gila atau ahli sihir yang boleh terbang. Tapi bagaimana jika ada jika superman muncul ketika saat-saat genting seperti menyelamatkan kapal terbang yang sedang terhempas? Pasti dunia akan menganggapnya hero.

Samalah seperti tentera-tentera Dajjal ini. Untuk menunjukkan yang mereka ini adalah penyelamat, maka perlu mereka cipta satu watak jahat, iaitu "pengganas antarabangsa". Kita pun tak tahu siapa sebenarnya pengganas Al-Qaeda ini, sehingga ditakuti oleh negara-negara maju seperti US dan UK.


11 september dicipta. Akhirnya seluruh dunia menggigil ketakutan. Ketika itulah Bush mampu memancing undi untuk membenarkan tindakan ketenteraan ke atas negara-negara "pengganas".

Jika budak kecil ditipu dengan watak Superhero, orang dewasa pula ditipu oleh Amerika.

Kita sering melabelkan "surat khabar" sebagai bahan bacaan yang bermanfaat, sedangkan ana sendiri dah nak muntah baca surat khabar yang penuh dengan racun yang merosakkan minda.

Apabila tamat lakonan mereka, mereka akan kembali bersatu dalam keluarga mereka, sedangkan pengikut mereka semua tertipu dan berperang sesama sendiri.







Hitler diwar-warkan telah membunuh diri dalam berek tenteranya. Benarkah? Setelah Perang Dunia ke-2 berakhir, Hitler didapati telah terbang ke Amerika Syarikat dan mayat yang dijumpai di dalam berek tentera telah disahkan bahawa ia bukanlah Hitler yang sebenar.

Hebat sungguh lakonan mereka. Sedangkan kita pula, masih mempercayai sesuatu yang bernama "BERITA".

Rujukan: http://zharifalimin.blogspot.com/2010/08/lakonannya-begitu-sempurna.html