Isnin, 29 April 2013

Perang Sungai Manik (5)

Cerita di bawah ini adalah terjemahan dari cerita asal bahasa Banjar bertajuk “Sungai Manik Bamandi Darah”.yang diterjemah ke Bahasa Melayu oleh Utuh Lingkun didalam blog beliau dibawah tajukPerang Sungai Manik.

Diterbitkan semula disini agar pembaca yang belum membacanya di Utuh Lingkun boleh membacanya disini. Ia merupakan satu kisah benar yang perlu diketahui oleh orang2 Melayu/Islam dan dapat dijadikan iktibar.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pagi Sanayan (Isnin), dengan terbitnya matahari di ufuk timur, maka sampailah sudah saat dan ketikanya warga Banjar di Bendang DO membuat perhitungan dengan gerombolan haram jadah - tentera PKM.

Sasain (semakin) cariningan (bercahaya) wajah 8 orang perempuan Banjar yang sudahditatapi (disolek) dan dibingkingi (didandan). Fuh rasa tak dapat lagi mamadahakan(menceritakan), rambang mata sekiranya disuruh memilih tunggal ikungan (satu persatu).

Wajah perempuan yang mulanya takurisit katakutanan (kecut ketakutan) mula nampakhabang (merah), dan juga garang! Membara sungguh nampaknya kerana baru saja diminumkan air garangsang (jampi) Tuan Guru. Mudahlah nanti kalau tak ada yang lemah semangat atau lamah buluan (gementar) bila berdepan musuh. Atau kalau ada yang tak tahan melihat darah mangarabuak (membuak-buak) di medan pertempuran.

Mak ooii, kabubungasan (cantik sungguh) tiga orang anak dara ni…milik siapalah gerangan!

Emoh, Acil dan Sabran baru saja didandan manyalumur (menyamar) jadi bibinian(perempuan). Hebat juga hasil tatapan (solekan) warga perempuan Banjar di Bendang DO, mungkin juga boleh mengalahkan ‘mak nyah’ yang terkedek-kedek. Tapi mereka perlu berhati-hati jangan sampai terselak landau (betis), nanti kelihatan pula bulu kaki hirang(hitam) lebat…pecahlah tembelang.

Kira-kira jam 9.00 pagi, bajurut (berduyun-duyun) ‘perempuan’ Banjar tersebut berjalan sebaris meghala ke markas PKM di muara Bendang DO, didahului oleh Ali dan Amat Tuban sebagai wakil penyerahan. Mereka berdua ditangati (dilarang) membawa sebarang senjata. Tapi, orang Banjar tak kan sanggup meninggalkan senjata apatah lagi bila menghala ke medan juang. Lading balati (pisau belati) setajam pisau cukur sudah lama tersisip di pinggang masing-masing. Cuma baju saja yang membuatnya tak dapat dilihat dengan mata kasar.

Gerombolan komunis di markas Bendang DO terbahak-bahak ketawa, macam tak sabar lagimahadangi (menanti) lebih-lebih lagi tiga orang kepala komunis bernama Ah Boon, Ah Pau dan Ah Jang “Syok mau mali hooo….”

Asa lilihan (rasa gelihati) pun ada melihat tiga orang “anak dara” yang berjalan paling belakang kerana masing-masing bakalumbunan (berselubung) dengan tapih (kain). Umai(mak oi) panyupannya (pemalunya)…malu apa gerangan kalau tangan menggenggam erat hulu parang bungkol si “Kandal Larap”, si “Mandam Layu” dan si “Tungkih Kiwang”. Rasa kekok melangkah kerana tak biasa berjalan memakai kain bairitan (meleret labuh) begitu. Kesiannya…

Patuan Guru Hj.Bakri nang tatinggal manyaurangan matan kada sing bunyian lagi, tasbih bilang kada sing lapasan ditangan, aur bawirid pang kada sing mandakan di atas surau. Kakanakan nang halui-halui ginai cakada nang waninya mamaraki.

Tuan Guru Hj Bakri yang tinggal seorang diri tidak bersuara lagi, tasbih di tangan langsung tak dilepaskan, berwirid kada sing mandakan (tanpa henti) di dalam surau. Kanak-kanak yang masih kecil pun tak berani menghampiri.

Jam 10, deretan “perempuan” tiba di hadapan markas PKM di muara Bendang DO. Lantas si Amat Tuban dan Ali menyerahkan mereka kepada ketua komunis.

Semakin kuat gelak ketawa mereka, gembira tak terperi ibarat bulan jatuh kaasuhan (ke riba). Tak disangka warga Banjar seluruh Bendang DO yang kononnya berani menentang Bintang Tiga hanya omong kosong. Riuh rendah markas dengan dialog Cina, mengumpat agaknya. Benar-benar celaka 13!

“Hei tepilah…lu sana” salah seorang kepala komunis mahingkau (menengking) sambil menolak kasar si Ali dan Amat Tuban. Tiga orang kepala komunis terus memeriksa dari depan ke belakang, menyelak salungkui (selubung) satu persatu. Rambang mata. Yang lainnya turut sama barumbung (berkerumun) tak ubah seperti macan (harimau) yang laparkan daging manusia. Akhirnya nyanyat (gian) hingga tak terjaga lagi markas taktikal.

Sampai kegiliran diyang (gelaran anak dara Banjar) bungas (cantik) yang kelima, si Ah Boon kepala komunis…

“Ai yaaa…manyak cantik lo ha…” Jarigi bamula pina marayap kapingin manjapaie pangawak urang. Babaya maragap handak mancium…

“Ai yaaa, manyak cantik lo ha…” jarigi (jari) mula hendak merayap kerana kapingin(teringin) benar manjapaie (menyentuh). Babaya (baru) hendak maragap (memeluk) untuk mencium…

“Bangsat, seteru babi haram jadahhh…Allahuakbarrr!!!” hingkau (tengking) si Emoh sing hangkuian (dengan kuat).

“Nah ambil habuan engkau sangkala.”

Labukkk….si Kandal Larap hinggap ke sasaran tanda patuh kepada tuannya. Mandabuk kepala si haram jadah jatuh ke tanah bercerai dengan badan, manggalaguak (membuak) darah dalam jantung membasahi bumi Sungai Manik. Acil menerkam si Ah Jang yang sedang tergamam.

Labukkk…mata parang si Mandam Layu hinggap, layu dan longlai leher si Ah Jang terkena libasan parang bungkol si Mandam Layu. Sebiji lagi kepala ketua komunis gugur ke bumi.

Bukkk…timpasan (tetakan) diayun oleh Sabran. Ternyata benar si Tungkih Kiwang tak pernah ingkar kepada tuannya – putus dua badan si Ah Pau. Tungkih Kiwang magun(masih) belum puas – memenggal puluhan gulo (leher) musuh. Pagat basadinan (putus serta merta), humbalingan (bergelimpangan) kepala komunis di halaman markas PKM Bintang Tiga.

Bubuhan (warga) Banjar Bendang DO yang sudah setengah malam basungkup(bersembunyi) dalam parit tak berair bingkas bak cendawan busut, manyasah (mengejar) anak buah Bintang Tiga yang sedang dalam kapipiyangan (kebingungan).

“Allahuakbarrr!!!” babaya (sebaik saja) taparak (menghampiri) musuh yang rahat (sedang)bakatumbahan (lintang pukang), mereka terus melibaskan parang. Belum sempat mengangkat senapang, tubuh mereka sudah dihinggapi parang bungkol. Fuh, macam menebang gadang (batang) pisang.

34 orang orang anggota PKM taampar (terdampar) di tangan Banjar Bendang DO. Darah merah membasahi bumi, mayat galing-galingan (bergelimpangan), senjata musuhhumbalingan (bertaburan). Mandakannya (mujurlah) tak seorang pun warga Banjar yang terkorban atau tercedera, cuma baju dan seluar mereka saja yang merah kacuratan (terkena percikan) darah musuh.

Bangsal komunis diselongkar. Ceh, yang ada cuma seguni beras dan perkakas memasak. Tanpa banyak bicara, Acil memikul guni beras untuk dibawa balik.

Namun, tak sepucuk pun senjata raifel MK5 yang hambur tauran (bertaburan) diambil. Tak teringin langsung, tak berkenan atau tak tau menggunakan makanya dibiarkan begitu saja.Mangararau (merah menyala) mandah (terbakar) markas kecil PKM di muara Bendang DOdisalukut (dibakar). Dengan itu berbalaslah sudah kematian arwah si Utoh Putih.

Berkubang sakan warga Banjar membersihkan awak (badan) dalam parit besar di hadapan rumah Tuan Guru Hj Bakri. “Sudahlah” hahalulung (terpekik terlolong) pakcik Sukri – yang tak turut serta dalam pertarungan – memanggil mereka naik.

Azan di surau menandakan masuknya waktu Zohor. Selepas meunaikan solat dan makan tengahari, para pejuang Banjar merebahkan badan kepenatan, memenuhi anjung, pelantar, serambi dan surau kecuali Acil, Emoh dan Sabran. Mereka bertiga menceritakan perlaksanaan rancangan yang sarabanya (serba serbinya) berjalan lancar.

Lihum bapair (meleret senyuman) Tuan Guru Haji Bakri mendengarnya.

Ahad, 28 April 2013

Perang Sungai Manik (4)

Cerita di bawah ini adalah terjemahan dari cerita asal bahasa Banjar bertajuk “Sungai Manik Bamandi Darah”. yang diterjemah ke Bahasa Melayu oleh Utuh Lingkun didalam blog beliau dibawah tajukPerang Sungai Manik.

Diterbitkan semula disini agar pembaca yang belum membacanya di Utuh Lingkun boleh membacanya disini. Ia merupakan satu kisah benar yang perlu diketahui oleh orang2 Melayu/Islam dan dapat dijadikan iktibar.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sudah seminggu berlalu, mujurlah tidak ada apa-apa kejadian yang tak diingini berlaku di Bendang DO. Pun begitu, keluarga Banjar yang berada di situ masih curiga kerana maklum sajalah janji komunis tak boleh dipercaya. Dalam diam, kerabat PKM sudah membina sebuah markas kecil kira-kira satu kilometer dari Bendang DO dengan tujuan mengawasi dan berkempen kononya tak siapa pun yang boleh memerdekakan Tanah Melayu selain dari PKM.


Ramai jugalah orang Melayu dan Banjar yang mula terpengaruh diresapi dakyah komunis hingga ada yang sanggup menyertai kumpulan bersenjata, manakala yang penakut atau berani-berani lalat pula memadailah sekadar menjadi mata dan telinga mereka.


Markas PKM di Bendang DO tak mendapat sambutan langsung. Perjuangan apa gerangan kalau caranya lebih teruk dari pemerintahan Jepun. Begitulah agaknya tanggapan warga Banjar seluruh Bendang DO – geram benar gamaknya.


Ketua komunis di markas besar Sungai Tungko mula gelisah kerana kempen merekadipahawai (dipandang sepi) oleh warga Banjar di Bendang DO yang masih keras hati. Akhirnya gerombolan PKM terpaksa membuat percaturan lain…menimbulkan masalah saban hari; tak cukup dengan makanan, harta benda orang kampung dirampas, tanamantakundangsai (musnah) diinjak dilenyek. Namun tidak juga membawa hasil yang diharapkan malah semakin menambah barau (marak) api kemarahan warga Banjar.


Ah Pau, Ah Boon dan Ah Jang orang kuat komunis mengeluarkan perintah dan amaran terakhir; kalau tak sanggup melihat Bendang DO menjadi padang halilintar, dalam masa seminggu warga Banjar diarah mengumpulkan kaum perempuan yang masih muda, tak kiralah anak dara atau isteri orang. Sudah lama benar gerangan si kulup ini menagih kaum perempuan, dan kalau itulah caranya, bagaimana gerangan dapat menentang British kelak!


Begitulah, satu perintah, satu tagihan, yang menyusahkan warga Banjar Bendang DO. Ke mana hendak mengadu kerana dalam keadaan darurat begini, Penghulu tak ada, Ketua Kampung pun tak ada. Bagaimana ye!


Haji Bakri, Banjar dari suku kaum Rantau baandah (berhijrah) dari Kalimantan ke Sapat, Sumatera. Dari Sapat berhijrah pula ke Batu Pahat, Johor, dan bertemu jodoh di sana.


Isteri tua bangaran (bernama) Patmah binti Hj Hassan dan dikurniakan dua orang anak – Zainab dan Abdul Majid. Isteri muda bernama Samiah binti Hj Abdul Jalil dan dikurniakan tiga orang anak – Abdul Kadir, Abdul Hamid dan Siti Sarah.
Hj Abdul Kadir anak lelaki Hj Bakri dengan isteri muda memakai menggayakan jubah peninggalan arwah bapanya


Haji Bakri lemah lembut orangnya, sentiasa merendah diri matan (hinggakan) tak ramai yang tahu tentang ketinggian ilmunya – dunia dan akhirat. Setelah mendengar khabar tentang warga Banjar ramai menetap di Sungai Manik, beliau berhijrah ke sini sebelum Jepun memerintah Malaya. Dialah yang banyak mengajar agama dan membetulkan akidah warga Banjar di Sungai Manik. Lantaran itu dia diberi gelaran Patuan Guru (Tuan Guru)


“Amun sawat batagihan ka bibinian pulang matan talalo-lalo banar am bubuhan si haram jadah nia,” ujar hidin hudah bamula pina garigitan.


“Kalau sampai menagih perempuan, itu sudah benar-benar melampau” ujar Tuan Guru yang sudah mula rasa garigitan (geram).


“Cakada lain parang bungkol pang satronya si haram jadah ai”. Garunum hidin pina habang miar hudah muha tanda barau.


“Tak ada lain melainkan parang bungkol lawannya si haram jadah ni,” bebel Tuan Guru yang sudah habang miar (merah padam) muka kerana marah.


Tuan Guru Haji Bakri membuat pakatan sulit dengan warga Banjar Bendang DO yang bersetuju untuk menentang komunis.


Sebagai permulaan, lapan orang bibinian (perempuan) berjaya dikumpulkan, tapi kemudiannya hanya lima orang yang setuju, itu pun setelah jenuh memujuk. Memang benar pun, siapa yang rigi (sudi) dijadikan hulun (hamba) sex kepada pengganas komunis yang tak tau bahasa tu.


“Cakada nang kami bungol manjulung budas kanu bubuhan ninto kakanakan barataan ai, agar umpan satumat banarai,” ujar Patuan Guru Hj Bakri manahapi.


“Bukan kami bodoh manjulung (menghulur) budas (bulat-bulat) warga yang masih sunti melainkan ada helah, untuk dibuat umpan sementara” Tuan Guru manahapi (memberi kepastian).


Tempoh yang diberikan PKM hanya tinggal tiga hari saja lagi. Warga Banjar papasingnya(masing-masing) sibuk mangilir (mengasah) parang bungkol yang beranika gelaran. Tajamnya si Kandal Larap boleh dijadikan pisau cukur untuk membotakkan kepala. Ketika itulah dapat dilihat pelbagai ilmu dan amalan orang Banjar. Ada yang berendam semalaman dalam perigi buruk, ada yang berwirid siang malam tanpa henti, mandi buluh dan bermacam lagi petua. Betapa tidak, perjuangan antara hidup dan mati bukan boleh diambil mudah.


Rumah Tuan Guru Hj Bakri bersebelahan surau Parit 8, malaran (boleh tahan) jugaganalnya (besarnya). Diperbuat dari kayu harat (baik) zaman British – kukuh dan padu. Dalam rumah itulah warga Banjar mengatur strategi untuk berdepan dengan pengganas komunis. Carirapan (berkilau-kilauan) mata parang bungkol pesaka padatuan (moyang) yang dibawa dari kampung halaman di negeri Banjar, dan kebanyakannya sudah pernah dibasahi darah tentera Belanda. Memang sudah terbukti kehebatan parang-parang tersebut ketika digunakan memerangi penjajah di Kalimantan dulu. Pada masa itulah taungkai(terkeluar) nama atau gelaran yang tak pernah didengar sebelumnya.


Ketika itu, Tuan Guru Haji Bakri tak ada anak lelaki dewasa di Sungai Manik, yang ada hanya seorang cucu lelaki yang masih remaja berusia awal 20an. Acil, nama cucu kesayangannya.Macalnya (nakalnya) boleh tahan juga, tak jauh bezanya dengan anak-anak hari ini. Marga (disebabkan) kenakalan itulah, Tuan Guru Haji Bakri segera menurunkan ilmu kepada cucunya. Maka semakin bertambahlah kejaguhan si teruna ini.


“Nah, buat genggaman mu,” Tuan Guru Haji Bakri menghulur parang bungkol si “Mandam Layu” kepada cucunya. Fuh, cantik sungguh; hulunya diukir dari akar haur (buluh) betung, rumbai perca kain merah di hujung menambah keampuhann bila dipandang. Apa lagi, lihum bapair (senyum meleret) si Utoh Acil menerimanya.


Ranai guraknyap (sunyi sepi) seluruh Bendang DO kerana setiap buah rumah telah dikosongkan, penghuninya berpindah ke ruamah Tuan Guru – markas warga Banjar di Parit 8.


“Mudahanai kita barataan dilindungi Allah ……..Allahuakbar,” ujar Patuan Guru Hj.Bakri wayah malapasakan bubuhan Banjar nang mamulae bagarak tangah malam cagar mamaraki markas PKM di muhara Bandang DO.


“Mudah-mudahan kita semua dilindungi Allah…Allahuakbar” ujar Tuan Guru Haji Bakri ketika melepaskan warga Banjar memulakan gerak menghampiri markas PKM di muara Bendang DO tengah malam itu.


Mereka bergerak persis Ninja. Yang masih tinggal bersama Tuan Guru ialah Emoh, Acil, Sukri, Sabran, Ali dan Amat Tuban. Tak ikut serta bukan bererti penakut tapi ada rencana dan perkiraan tersendiri.