Tak banyak orang menyedari bahawa TV adalah racun minda. Ia membuat kebayakan manusia terpaku didepan TV berjam-jam lamanya tanpa membuat sesuatu yang produktif.
TV merupakan sihir zaman moden yang digunakan olah Dajjal untuk mengawal manusia. 90 peratus kandungan TV adalah hiburan dan bahan yang sia-sia yang mendatangkan kerosakan kepada minda, sahsiah dan tingkah laku kita.
Namun suatu amat yang menyedihkan terdapat ramai pencandu TV yang sanggup membayar untuk mendapatkan bahan yang merosakkan mereka ini. Apa yang saya dapat katakan mereka ini amat malang sanggup berhabis setiap bulan untuk meracun minda mereka sendiri!
Kita perlulah menghadkan masa kita menonton TV sekiranya tidak mampu meninggalkan terus tabiat buruk ini. Untuk anak-anak yang masih bersekolah hadkan masa menonton mereka hanya pada hari cuti sekolah. Untuk hari sekolah, TV perlu ditutup terus. Untuk berita lebih baik membaca akhbar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan