Dipetik dari http://anakbukitgantang.blogspot.com/
by
Tak ramai yang mengetahui bahawa pada 9 Julai 2011 atau lebih dikenali dengan 709 di Barat (di baca bulan dahaulu sebelum tarikh), berlaku perpecahan ke atas 2 negara Islam. Ini adalah satu domino efek ke atas perpecahan dan kemusnahan negara Islam seperti yang dirancang di negara negara Arab. Setelah satu demi satu negara Arab yang dominan dalam pembankan Islam seperti Lebanon, Tunisia dan Mesir dimusnahkan kini tiba giliran Malaysia pula dimusnahkan dengan permainan jarum Yahudi dan sepupunya Wahhabi.
Pada hari tersebut, 709 Republik Sudan Selatan dengan rasminya tertubuh. Republik ini walaupon kecil, membawa banyak simpanan minyak kepada negara baru dan majority penduduknya ialah Kristian.
Di Malaysia pada 709 pula terjadi gerakan memecahkan umat Islam melalui BERSIH. Tidak hairan juga BERSIH diterajui oleh ulama suk Wahhabidan golongan syiah di dalam PAS.
Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Malaysia kini sedang memasuki fasa mula permainan mereka dan akan mengikuti laluan yang sama dengan apa yang berlaku di negara Timur Tengah.Untuk Siapa? Satu pertanyaan yang seakan melucukan. Adakah boleh dipercayai bahawa ia adalah untuk negara Israel timur iaitu Singapura? Cuba renungkan, bila Pakatan menang pilihanraya nanti, kawasan parlimen di bandar-bandar besar akan dipinda. Penambahan kerusi yang banyak ini akan memberikan peluang DAP untuk mendominasi politik malaysia sepenuhnya walaupun pada luaran diterajui oleh "reformis" Melayu. Inilah masanya Singapura menyertai semula Malaysia dan ahli parti komunis Malaya (bintang tiga) pula dibenar bebas bergiat dalam politik secara terbuka.
DAP yang sekian lama berlakun sebagai sebuah parti politik Malaysia, sebenarnya adalah proksi PAP. Ia pasti dibubar apabila tiba masanya dan bergabung semula dengan induknya PAP. Semua ahlinya (semua kaum China?) menyertai PAP yang berpusat di Singapura. Sejak dari tarikh ini, Melayu Malaya dan Bumiputra Sabah Sarawak hanya termangu dan melihat apa yang terjadi dengan mata putih, negara telah dikuasai pendatang. "Reformis" yang tadinya angkuh bertahta sebagai PM akan didesak melepaskan jawatan untuk memberi laluan kepada ketua PAP menjadi PM (berlakulah Malaysian Malaysia seperti yang mereka laungkan selama ini.. Melayu Pakatan yang menang dan bersorak gembira pada mulanya kini tersedar bahawa mereka hanya menang sorak sahaja.
Usaha terancang Rejim Pulau Pinang menghalau orang melayu pulau pinang
http://theflyingkick.blogspot.com/2011/07/guan-eng-berjaya-buktikan-melayu-pulau.htmlSingapura Raya terbentuk dengan resminya meniru Israel raya. Kerusi yang banyak dalam sistem demokrasi akan memberi lesen yang sah untuk mereka meminda perlembagaan negara. Klausa Islam dan Raja-Raja akan dimansuhkan dari perlemgaan baru ini. Hilang lenyaplah riwayat Persekutuan Tanah Melayu dan diganti dengan Malaysian Union sebagaimana kehendak British pada era kemerdekaan dahulu. Tiada lagi negara Melayu dalam peta dunia.
Greater Sin
Sayugia diingat, bilamana pendatang menguasai politik, mereka tidak akan senang selagi ada ruang kebangkitan semula pribumi, mereka tidak akan mengizinkan untuk ditewaskan oleh pribumi semula. Ultrakiasu tetap besikap sedemikian, mereka masih belum yakin selagi tidak menguasai segalanya. Mereka tahu, andainya terjadi, nasib mereka tentu sahaja menjadi tidak menentu terutama bila kaum pribumi berusaha menghalang berulangnya peristiwa yang menyakitkan tersebut.
Untuk itu akan berlakulah peristiwa penghijrahan beramai-ramai boroh murah dari negara China atas alasan membantu meningkatkan pembangunan negara. Kedatangan rakyat Indonesia, selatan Philifina atau Melayu Pattani akan dihalang seketat-ketatnya. Hanya mengizinkan sedikit pendatang India bukan Islam dan majoritinya akan dibawa terus dari negara sebangsa mereka sama ada China atau Vietnam. Tujuan utamanya tentulah untuk menguasai setiap ruang dan peluang yang ada di negara ini disamping mempunyai undi yang cukup dalam setiap pilihanraya. Inilah wajah demokrasi moden yang bakal dilalui oleh Malaysia, jika pemerintah Islam gagal mendominasi pilihanraya.
Sebahagian dari rakyat Malaysia sudah mula terhidu permainan ini. Cuba memberi kesedaran kepada sebahagian yang lain. Seperti yang diduga, ia tidaklah semudah yang difikirkan dan ternyata masih sukar diterima terutama oleh pengikut taksub beberapa buah parti politik Melayu. Taksub menyebabkan akal menjadi beku dan menghalang pengikut tersebut melihat kebenaran. Mereka sering berburuk sangka dan menganggap pemerintah seumpama syaitan yang sangat jahat. Para pemimpin mereka pula telah tenggelam dalam angan-angan untuk menjadi juara. Islam diketepikan demi mencapai hasrat untuk menjadi penguasa. Tanpa Islam, kezaliman akan tetap berlanjutan, Ini adalah fakta bukan andaian semata. Mereka akan melakukan hal yang sama dengan apa yang dilakukan oleh pemerintah sebelumnya jika mereka berkuasa atau mungkin lebih buruk.
Apa yang telah berlaku di negara Arab tersebut hampir sama dengan apa yang sedang dimulakan oleh rakyat Malaysia sekarang ini. Jarum suntikan ditusuk dengan perlahan-lahan dan ia harus memberi gambaran keburukan pemerintah dan membuahkan isu memihak penentang. Kes terbaru BERSIH 2.0 telah diatur seakan sama dengan apa yang berlaku di Libya Mesir dan kini Syria. Zionis akan menjadikan negara ini bergolak dan lemah dan ini memaksa pemerintah terus menerus mengharap sokongan dan akur segala permintaan mereka sebagaimana Iraq sekarang.
Bersih adalah alat propaganda yang boleh mencipta beberapa isu lain. Tujuannya ialah untuk memenangkan penentang baik secara formal atau sebaliknya. Proksi Zionis melalui USA sedang bersedia untuk mengambil alih pemerintahan negara bila pemerintah sedia ada tumbang melalui demonstrasi sebagaimana di beberapa negara Arab. Propaganda akan menjadi lebih mudah bila pasukan keselamatan yang selama ini dilabelkan sebagai entiti zalim melakukan kesilapan atau dipaksa melakukan kesilapan. Sokongan rakyat akan berpihak kepada mereka yang (dikatakan) telah dizalimi oleh polis yang secara zahirnya mewakili pemerintah sedia ada.Maka puak Wahhabi di dalam PAS mulai menipu walau apa cara sekalipon untuk membuatkan rakyat berpaling sokongan ke atas mereka hatta menipu mati 2 kali seperti dalam video ini. Kecerdikan kerajaan dan rakyat Malaysia bergantung sejauh mana mereka mengetahui hala tuju musuh dunia ini. Juga sejauh mana mereka menghalang racun yang sedang menular dalam sistem politik negara. Demokrasi adalah syaitan yang berwajah indah. Resipi Yahudi untuk kita semua.Diharapkan Melayu (bagi saya Melayu itu adalah Islam) menjadi semakin cerdik menelah kerja jahat musuh Islam ini dan menghalangnya berlaku sesuatu yang amat kita kesali sepanjang hayat. Melayu harus bersatu kembali sepaya dominan dalam mengatasi masalah yang semakin kritis ini, jangan sekali-kali menjadi musuh kepada bangsa sendiri dan melantik bukan Islam sebagai pemimpin. Jauhilah pemimpin yang jelas mempunyai gerak kerja yang meragukan apatah lagi jika terbukti ia seorang munafiqin. Semoga bangsaku bangun kembali membina komoniti Islam yang paling utuh di atas muka bumi ini.
Rujukan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan