Salinan siri ATBM dari http://mistisfiles.blogspot.com/
"Once upon a time..."Pada masa dahulu...sebelum kedatangan etnik-etnik utara,Benua Siam (IndoChina) diduduki oleh sukukaum bangsa Mala.Bangsa Mala yang menonjol membina kerajaan-kerajaan secara amnya dikenal sebagai bangsa Melayu.Bangsa Mala ini dikenal telah membina kerajaan-kerajaan sama ada sesama mereka mahupun bersama kaum-kaum kecinaan yang terawal,contohnya Mon dan Khmer.Namun begitu jika dikaji secara mendalam lagi kemungkinan juga Mon dan Khmer ini adalah hasil asimilasi bangsa Mala dengan kaum-kaum selatan China semenjak kaum Viet itupun menurut pakar arkeologi mungkin berasal dari Indonesia berdasarkan kesan-kesan arkeologi di semenanjung hingga ke utara IndoChina.Kajian linguistik menunjukkan bahasa Mon-Khmer itu berasal dari gaya bahasa Melayu Purba.Bahasa Melayu secara umum amat cepat mentransformasikan bentuknya sejak kita pun tahu SEBENARNYA BANGSA MELAYU BERSIFAT GLOBAL DAN GEOGRAFINYA JUGA ADALAH LALUAN TRAFIK YANG GLOBAL.Apabila terjadi desakan dari kaum-kaum utara,segala tradisi,bahasa dan budaya Melayu IndoChina diserap ke dalam budaya kaum-kaum utara yang sebelum itu menjadi kaum gasar akibat serangan Monggol dan Imperium China yang menakutkan itu.Hasilnya bahasa Melayu Purba dapat dikesan di dalam bahasa Khmer.Budaya Kejawaan juga dikesan dalam kostum,aksesori dan tarian Khmer dan Thai (Thai mencedok budaya Khmer).
Kerajaan Bangsa Mala merentasi kerajaan Kuno Bagan yang misteri di Burma,Kerajaan-kerajaan Mala-Saimen di tengah IndoChina,Angkor,Funan dan Champa di pesisir pantai Vietnam pada hari ini.Perubahan selama beribu tahun,peperangan dan penjajahan telah melenyapkan kerajaan-kerajaan ini.Namun sifat bangsa Melayu yang halus dan sukakan kesusasteraan dan ilmu pengetahuan telah meninggalkan sejumlah prasasti-prasasti yang menandakan BANGSA MELAYU PERNAH MEMBINA KERAJAAN DI INDOCHINA.
Kedatangan kaum-kaum seperti Tai,Lao,Khmer dan Dai Viet adalah fenomena baru sebenarnya jika dikira berapa lama bangsa Mala telah menginap dan membina kerajaan di Benua Siam.Kisah penjajahan,perebutan dan peperangan menghiasi Bumi Siam membuktikan betapa bangsa-bangsa di dunia sememangnya amat berminat untuk merebut Suvarnabhumi ini yang penuh kekayaan dan kesuburan.Kedatangan bangsa-bangsa Eropah selepas itu,membuktikan lagi pernyataan ini.Filipina yang dahulunya adalah milik bangsa Melayu telah jatuh ke tangan Sepanyol.Pulau-pulau Melayu Suvarnadvipa (Indonesia) dikuasai Belanda.'Golden Chersonese' pula dinaungi Inggeris.Portugis menjajah Timor selain pernah menduduki Melaka.Apakah maksud yang tersirat dari semua ini?
Kini jika kita lihat politik di Malaysia khususnya kita boleh lihat betapa bangsa-bangsa asing yang lebih terkemudian mendatang,sedikit demi sedikit mahu merebut Suvarnabhumi ini sekali lagi.Sebagaimana tamadun Melayu yang telah mencapai tahap legenda di Indochina,tidak mustahil bangsa misteri akan tinggal misteri di The Land of The East jika mereka masih terus bermimpi.Selepas pelbagai cabaran yang getir dengan penuh kepayahan,bangsa Melayu akhirnya kekal memegang Golden Chersonese dan Suvarnadvipa,namun pelbagai bangsa di dunia masih mengidam-ngidam bumi emas yang penuh kekayaan ini.Jika diberi peluang,pulau SEKANGKANG KERA seperti Pulau Batu Putih pun mereka sanggup bermatian mendapatkannya apatah lagi SEGENTING KERA kerana sudah terbukti pulau sekecil Singapura pun boleh menjana kekayaan berkali ganda dari seluruh Semenanjung Emas,apatah lagi jika mereka berhasil merebut Semenanjung Emas sendiri,tidak mustahil kekayaan seluruh Tanah Besar China juga boleh dijana dari sini.MENGAPA INI TERJADI??APAKAH SEBENARNYA YANG TERDAPAT DI SUVARNABHUMI??
Beribu-ribu tahun dahulu,tidak tahu bila,seorang dewa bernama Rama mencari permaisuri yang dicintainya,Sita yang telah diculik Ravana,seorang dewa yang berwatak jahat di sebuah tempat yang menakjubkan digelar SUVARNADVIPA.Mungkin Dewa Ravana mempunyai negarakota emas yang menakjubkan di situ.Beribu-ribu tahun dahulu;mungkin selepas cerita dewa-dewi kayangan Ramayana itu,para Firaun Mesir,secara rahsia mengimport rempah-rempah dan kapur barus di sebuah tempat bernama Barus di SUVARNADVIPA ini.Anehnya,para Firaun ini mendakwa nenek moyang mereka berasal dari tanah ini,yang digelar...
'THE LAND OF THE GODS'
Kita patanga urga cha meka
Hatva kimi sujjhati makhika cha
Eti hi Dhamma anaryarupa:
Kambojakanam vitaha bahunnan ti:
(Bhuridatta Jataka VI, p 208, trans by Cowell)
Sejarah keagungan sesuatu bangsa boleh lenyap,jika bangsa itu tidak punya jati diri,melakukan kesilapan demi kesilapan atau tidak mengikuti perubahan teknologi dan ilmu pengetahuan.Walaupun pada satu-satu masa bangsa itu pernah membina negarakota dan kerajaan,namun semua itu tidak mustahil boleh hilang tidak berjejak sekiranya bangsa itu tidak kuat menahan cabaran dan dugaan.Jika 'para dewa' pun boleh tewas di tempat sendiri,apatah lagi bangsa yang bernama Melayu ini yang dikurniakan 'Tanah Para Dewa'
Ini tidak menghairankan,bagaimana sejarah bangsa Arab yang dahulunya adalah para guru kepada orang Eropah yang berada di Era Kegelapan,telah menjadi apa yang kita saksikan sekarang.Dahulu,di kota gedung ilmu,Baghdad...orang-orang Eropah ini tertunduk-tunduk menyalin sekelumit ilmu dari guru-guru agung setaraf Ibnu Sina dan Al-Biruni,namun kini anak cucu mereka yang menjadi canggih dan hebat hasil ilmu dari kota ini telah melanggar kota ini dan membedilnya malah memalukan penduduknya.
Jika ini terjadi kepada bangsa Arab,tidak mustahil ia akan terjadi di sini.Jika dahulu bangsa Monggol amat digeruni Timur dan Barat dengan kekuasaan tenteranya yang tidak mengenal penat dan lelah serta suka berperang,kini apakah yang kerajaan Monggol ini boleh buat apabila seorang rakyatnya dibunuh di sini.Tiada apa yang mampu dilakukan,kerana bangsa Monggol pada hari ini bukanlah Monggol ketika era Kublai Khan dan Gengkhis Khan.Malah China juga menekan bangsa Monggol sehingga negaranya sekecil yang ada sekarang,padahal bangsa ini pernah menakluk seluruh China dahulu.Jika peristiwa ini terjadi di zaman keagungan Monggol dahulu,sudah tentu Kublai Khan akan mengarahkan bala tenteranya melanggar Tanah Melayu ini,membunuh para penduduknya,menjarah tanah-tanahnya,dan membumihanguskan kota-kotanya.Bangsa Turki yang dikurniakan amanah khilafah selepas bangsa Arab tidak layak lagi memegangnya,pernah menakluk empayar yang amat luas dan punyai kekuatan ketenteraan yang hebat sehingga bangsa Eropah meminta bantuan mereka ketika Perang 30 Tahun (The Thirty Years' War) dan sekali lagi dalam Perang Dunia Pertama.Akhirnya semua itu memakan diri akibat semakin lemah menghayati ajaran Islam dan menyokong pemimpin yang anti-Islam.
Kita boleh menyelusuri sejarah tamadun Melayu seawal kerajaan Funan dan Champa (pasti ada yang lebih awal tetapi masih dalam kajian),sejarah penubuhan kerajaan mereka yang lebih awal dari sejarah Thailand,Kemboja dan Vietnam,puncak kegemilangan mereka dan kejatuhan mereka.Kita belajar dari sejarah kita di sana yang diyakini 94% orang Melayu hari ini tidak tahu langsung tentang tamadun mereka yang hilang di IndoChina dan menganggap Vietnam dimulakan oleh orang Viet,Thailand dimulakan oleh orang Tai,Burma tidak ada warisan Melayu atau Kemboja itu memang asalnya milik orang Khmer.Kita belajar bagaimana mereka membina negarakota-negarakota sebagaimana Ur,Uruk,Nineveh,Kish dan Babylon.Dan kita belajar sebab-sebab kejatuhan mereka,serta betapa ramai kaum di dunia sebenarnya mengidamkan kekayaan di The Land of The Gods.
Funan
“A culture is made...or destroyed...by its articulate voices.”
(Ayn Rand,Russian born American Writer and Novelist, 1905-1982)
Kerajaan ini sempat dikesan kerana terdapat dalam rekod-rekod Cina.Kerajaan Melayu Funan bukanlah kerajaan orang gua yang membina ran di atas pokok,tetapi kerajaan hebat yang menjalankan urusniaga sehingga ke kota-kota Rom dan Yunani berdasarkan artifak-artifak Eropah Kuno yang dijumpai di Vietnam.Rekod-rekod Cina menyebutkan kerajaan ini sebagai Funan atau B'iu-nam dan kewujudan telah disedari seawal abad pertama Masehi.Nama ini juga muncul dalam rekod-rekod China sekitar 221-280 Masehi dan hilang pada abab ke-7 Masehi.Mengikut Briggs (L.P.Briggs;1999:12) ada kemungkinan Funan hilang dari sejarah sekitar tahun 627 Masehi atau tidak lama selepas itu.Kewujudan kerajaan purba ini cuma dikesan melalui sumber-sumber Cina dan sejumlah prasasti-prasasti yang ditinggalkan.Di samping menggunakan nama-nama Sanskrit,raja-raja negeri ini juga menggelarkan diri mereka sebagai Sailenraja atau 'Raja Gunung'.Dalam bahasa tempatan ia digelar 'kurung bnam' yang juga bermaksud 'raja gunung'.Bangsa Funan dikenalpasti dari rumpun Melayu (D.G.E Hall;1979:34)
Pusat pemerintahannya terletak di bahagian hilir Sungai Mekong,namun kawasan pemerintahan meliputi selatan Vietnam,lembah tengah Mekong,lembah Chao Phraya dan Semenanjung Tanah Melayu.Walaupun kota dan pelabuhan utamanya,Oc-Eo terletak di pinggir Teluk Siam,akan tetapi ibukotanya Wijayapura (Wyadhapura) terletak lebih kurang 200 km dari laut berhampiran bukit Ba Phnom.
Perkhabaran pertama tentang kerajaan Melayu Purba ini diperoleh daripada tulisan perwakilan Cina yang melawat negara itu sekitar pertengahan abad ke-13 Masehi.Perwakilan itu terdiri daripada K'ang T'ai dan Chu Ying.Menurut laporan K'ang T'ai,yang dikutip oleh T'pai P'ing Yu Lan (ditulis antara 977-983 Masehi),raja pertama Funan adalah Houen-Chen (Hun-T'ien) atau nama Sanskritnya Kaundinya.Dikatakan beliau datang dari India ataupun dari Tanah Melayu atau dari Kepulauan Indonesia pada hari ini.Legenda tempatan menyatakan bahawa Kaundinya telah berkahwin dengan seorang Wanita bernama Daun Teratai atau dalam rekod Cina disebut Liu-Yeh.Selepas itu dikatakan Kaundinya ini menjadi raja.
Dalam rekod Dinasti Chin ada menyebut tentang Funan ini:
Lebar wilayahnya 3000 li,Terdapat kota-kota bertembok,istana dan rumah di dalamnya.Lelakinya hodoh dan hitam,rambut mereka keriting.Mereka mundar-mandir tanpa pakaian dan berkaki ayam.Mereka hidup secara mudah dan tidak mencuri.Mereka menjalankan pertanian.Disamping itu mereka gemar mengukir perhiasan dan memahat.Banyak pinggan-mangkuk yang mereka gunakan untuk makan diperbuat dari perak.Cukai dibayar dengan emas,perak,mutiara dan minyak wangi.Mereka mempunyai buku,arkib dan sebagainya.Tulisan mereka menyerupai tulisan Hou.Perkahwinan dan upacara pengebumian mereka pada keseluruhannya sama dengan yang terdapat di Lin-yi. (B.R Chatterji;1964;18)
Namun dalam versi lain yang tertulis dalam inskipsi Champa ada mencatatkan seorang Brahmin bernama Kaundinya telah berkahwin dengan seorang puteri bernama Soma,anak raja naga.Daripada keturunan merekalah Funan dan segala takluknya diperintah.
Sebelum kedatangan pengaruh India,kedudukan wanita dalam masyarakat agak tinggi,malah mereka menerima pemerintahan seorang wanita menunjukkan budaya Melayulah paling toleran dan amat demokrasi berbanding budaya-budaya lain.Satu contoh lain yang terkenal adalah Ratu-ratu Pattani yang digambarkan dalam filem Queens of Langkasuka.Di dalam legenda Funan ada menyebutkan
bagaimana Liu-Ye seorang raja perempuan Funan telah memimpin sekumpulan pelaut Melayu menyerang kapal-kapal perdagangan yang melintasi laut mereka.
Kerajaan Funan inilah yang dapat dikesan setakat ini sebagai tamadun rumpun Melayu yang pertama (yang wujud dalam abad ke-1M hingga pertengahan abad ke-6M) atau jika hendak dikembangkan lagi atas nama Kerajaan Chenla (mengenangkan pengasasnya memang warisan Funan) sehingga 800M. Pusat pemerintahan Kerajaan Funan ialah di Vyadhapura, berhampiran dengan Phnom Penh sekarang, yang dihubungkan dengan terusan ke sebuah pelabuhan bernama Oc-eo atau Oc Eo di Vietnam sekarang, Provinsi Long Xuyen. Kerajaan Funan merangkumi sebahagian besar Indo-China sekarang hingga ke negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia sekarang. Dalam abad ke-3M hingga ke-6M seluruh Thailand Selatan dan negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia sekarang ini berada di bawah Funan. Nama Kerajaan Funan ini sekaligus memberi makna “Melayu” itu sendiri. Perkataan Funan itu ialah ejaan bahasa Melayu moden kepada transkripsi bahasa China abad wujudnya Funan itu: Founan, Fou-nan atau Fou-Nan yang merujuk kepada Phnom bahasa “Melayu”-Mon-Khmer purba yang dalam bahasa Melayu kini ialah “Gunung”. Perkataan Phnom itu hidup sampai sekarang di Kemboja seperti pada nama ibu negaranya sekarang, Phnom Penh, itu yang jika diistilahkan dalam bahasa Melayu sekarang ialah “Gunung Banang” (“Gunung Banang” amat popular dalam puisi, nyanyian dan lagenda Melayu sehingga menjadi judul lagu asli, mungkin kerana nostalgia Melayu kepada Phnom Penh dan adanya legenda Melayu kononnya seorang adik Puteri Gunung Ledang itu namanya Puteri Gunung Banang yang diam di Gunung Banang di Johor). Ini menunjukkan bangsa yang berkerajaan di Kemboja itu ialah bangsa Uran Phnom (Orang Gunung; perkataan uran ialah transkripsi perkataan “Melayu” purba yang sudah ada di prasasti Campa abad ke-4M dalam aksara Hindia Palawa itu) yang disebut dengan pelat/loghat Chinanya sebagai Orang Funan. Apabila keturunan raja Funan ini lari dari Kemboja dan menubuhkan kerajaan barunya di Jawa Barat, maka kerajaan baru itu dinamai Sailendra (abad ke-7M hingga ke-8M) kerana ingin juga merujuk kepada asal-usulnya, “Orang Gunung” itu, kerana perkataan Sailendra/Silindra itu pun memang bermaksud “Tuan Mulia Orang Gunung”, malah ada istilah “Sailaraja” yang bermaksud “Raja Orang Gunung”.
Berkata perihal 'Bangsa Gunung',satu lagi bukti tentang orang Melayu asalnya “orang Gunung” ialah daripada tulisan Manansala,seorang sarjana sejarah.Beliau mencatat satu sumber China abad ke-3M lagi yang mengandungi rujukan kepada bangsa Melayu ini sebagai Kunlun dalam ungkapan Kunlun-po yang bermaksud “kapal Orang Gunung” (po ialah sebutan China kepada perkataan “kapal” sekarang; manakala kunlun itu satu lagi lafaz China dahulu (loghat/dialek lain) kepada pnom/phnom atau “gunung” itu, selain daripada Funan itu. Kapal Kunlun ini diperihalkan oleh sejarawan China abad ke-3M yang bernama Wan Chen yang katanya sampai kadang-kadang 200 kaki (sekitar 60m) panjang dan setinggi 20 kaki (sekitar 6m), dan boleh bermuatan sehingga 600-700 orang dan kargo seberat sehingga 900 tan (Fakta ini memang selalu dipetik oleh para pemuka teori “Budaya Gelombang” termasuk Geldern bagi membuktikan kemampuan berlakunya penghijrahan orang dahulu kala mengharungi lautan-samudera raya sekalipun, walaupun kesimpulan yang lebih pentingnya, ialah betapa tingginya tamadun rumpun Melayu sejak abad ke-3M lagi itu yang sekaligus membayangkan kehebatan ilmunya termasuklah kepemimpinan dan kepengurusannya. Kapal sebegini masih dapat disaksikan lukisannya di dinding candi Borobudur di Yogyakarta, Jawa Tengah, iaitu hasil binaan arkitek rumpun Melayu zaman Sriwijaya dan Sailendra abad ke-8M itu, yang mendahulu Wat Angkor di Kemboja itu. Candi Borobudur ini dianggap satu daripada benda ajaib di dunia, malah segi seni binanya lebih ajaib daripada piramid/ahram itu. Catatan sarjana China terkenal abad ke-7M bernama I-Ching (yang berada di Palembang beberapa tahun untuk menyalin kitab-kitab yang diminatinya dalam bahasa Melayu purba atau kuno ini), dengan jelas merujuk bahasa dan bangsa di Palembang itu sebagai bahasa dan bangsa Kunlun juga . Pengkaji sejarah Malaysia umumnya menggunakan istilah “Melayu purba” dan “Melayu kuno” (iaitu “ancient Malay”) dengan maksud yang sama, iaitu untuk rumpun Melayu dari abad ke-2M hingga abad ke-12M (kedatangan Islam). Lebih awal daripada sumber China ini, mengikut Manansala itu juga, dalam sebuah tulisan orang Yunani dalam abad pertama Masihi, Periplus Maris Erythraei, yang diterjemah kepada Inggeris 1912 sebagai The Periplus of the Erythraean Sea (Pelayaran ke Lautan Hindia) yang diterbitkan oleh Longman dan baru-baru ini diberi ulasan lagi oleh Casson terbitan Princeton Univ. Press 1989 ada memerihalkan kapal-kapal dari tempat yang dinamainya Chryse di Kepulauan Melayu ini dan kapal itu dinamainya Kolan-diphonta atau terjemahan harfiahnya “kapal-Kolan”, dan perkataan Kolan itu ialah versi Yunani kepada versi China, Kunlun itu.
Mengikut sumber China, raja-raja Funan yang dicatatnya ialah Fan-shih-man (205M-225M), Fan Shi-Shen 225M (mati dibunuh oleh sepupunya Fan Chan), Fan Chan (225M-330M), Fan Hsun (240/245M-250/285M), Jayavarman (iaitu Jayavarman I, yg memerintah 478M-514M), Rudravarman (yang memerintah 514-539M dan dianggap raja Funan terbesar yang terakhir). Mengikut sumber lainnya (Hindu dan prasasti), terdapat beberapa orang raja Funan lagi seperti Chandan yang memerintah sekitar 350M, Bhavavarman I sekitar 560M-570M dan Isanavarman (616-635M), walaupun sesetengah ahli sejarah mengatakan Bhavavarman I dan Isnavarman ialah raja Chenla, kerana dalam tempoh itu Chenla dan Funan dalam proses penyatuan, penyerapan atau pendominasian seperti yang dibicarakan nanti, malah Isanavarman dianggap menawan Funan pada 628. Pada kemuncaknya (kira-kira abad ke-5M), Empayar Funan merangkumi delta Mekong (sebahagian besar daripada Kampuchea dan Vietnam sekarang yang masa itu dikenali sebagai Campa dan Dai Viet), sebahagian besar Thailand sekarang (masa itu terkenal dengan Siam), Myanmar Selatan sekarang, hingga ke sebahagian besar Semenanjung Malaysia sekarang yang pada masa itu dikenali sebagai Langkasuka.
Keagungan Funan dalam bidang ilmu pengetahuan menyebabkan Dinasti China mengimport sarjana-sarjana Funan seperti Nagasen (sarjana yang diutus ke China 480M), dan Madrasena (sarjana yang diutus ke China pada 503M) untuk menjadi pensyarah kepada pegawai-pegawai dan cendekiawan China.Lihat,dahulu bangsa Melayu adalah bangsa yang pakar dalam pelbagai bidang ilmu sehingga Emperor China pun terpaksa meminjamkan sarjana Melayu untuk mendidik bijak pandai mereka.
Tidak hairanlah ketika era Srivijaya,kelayakan seorang pendeta Buddha di China tidak lengkap jika tidak mendapat pengiktirafan dari universiti-universiti Srivijaya.
Pengganti kerajaan Funan ialah sebuah negeri peufti Funan juga (Chenla namanya, tetapi mungkin sekali suku kaum yang berbeza, walaupun serumpun agaknya), malah raja Chenla yang menawan Funan itu, Bhavavarman I, ialah cucu raja Funan bernama Rudravarman yang hebat itu. Agaknya Bhavavarman I sedar akan kemungkinan besarnya yang beliau tidak mungkin menjadi raja Funan, maka beliau pun berkahwin dengan seorang putri raja Chenla (negeri di daerah Laos sekarang tetapi dewasa itu di bawah naungan Funan) yang bakal menjadi raja kerana ketiadaan putra raja, dan seterusnya beliau menjadi raja Chenla itu sehingga mampu menawan Funan pula. Dengan kemenangan itu, Bhavavarman I (walau berasal daripada keluarga raja Funan tetapi dipengaruhi oleh permaisurinya) mula menghakis kebudayaan Funan dengan men-Chenla-kan (meng-Kambuja-kan?) kerajaan Funan sehingga pada zaman raja Funan-Chenla bernama Isnavarman itu dikatakan berjaya sepenuhnya dalam penyatuan Funan dengan Chenla dengan penubuhan ibu negaranya yang baru bernama Sambor sekitar 40Km drp Angkor. Tidak hairanlah tarikh penawanan Funan oleh cucu raja Funan itu seringlah dianggap tarikh kejatuhan Funan dan bermulanya kerajaan baru, kerajaan Chenla, yang berupa tunas pembentukan kerajaan Khmer purba yang dikenali sebagai Kambujadesa dan kemudiannya dirujuki oleh ahli sejarah barat sebagai Empayar Angkor.
Seperti yang telah dijelaskan di atas, kerajaan Funan dijatuhkan oleh sebuah negeri peufti Funan yang dikenali oleh Khmer sebagai Kambuja atau Chenla mengikut catatan China pada pertengahan abad ke-6M. Kerajaan baru ini mula dikenali pada 613M apabila ibu negaranya berpindah ke Isanapura di Sambor Prei Kuk di daerah yang kini dinamai Kampong Thom di Kampuchea. Namun kerajaan baru ini tidak dapat bertahan di pesisiran pantai kerana serangan orang-orang dari Malaysia dan Indonesia sekarang yang mereka merujuknya sebagai Jva sahaja (sama seperti Arab menyebut orang Jawa atau Jawi hingga sekarang) yang tentunya dari kerajaan Sailendra/Saliendra berpusat di Jawa yang sedang menjadi kuasa besar pada kurun yang sama itu. Sebenarnya kerajaan Sailendra ini diasaskan oleh raja Funan yang lari ke Jawa apabila dikalahkan oleh raja Chenla itu. Oleh itu kerajaan Chenla/Kambuja pengganti Funan itu mengundur ke bahagian pedalaman Kampuchea sekarang dan membina kekuatan di situ bermula daripada seorang rajanya yang bernama Jayavarman II (sebenarnya seorang raja warisan daripada raja Kambuja atau Chenla yang menjatuhkan Funan dahulu, malah Jayavarman I ialah raja Funan 478-514) yang apabila berjaya memperkuatkan takhta kerajaannya lalu mengisytiharkan dirinya sebagai deva-raja pada 802 dan memerintah sehingga 834. Jayavarman memang bermakna “pelindung yang berjaya”. Ada ahli sejarah menganggap beliaulah raja tamadun Khmer purba yang pertama yang juga sering di rujuk sebagai raja Tamadun Angkor yang pertama, atau pelandas/pembangun Tamadun Angkor.
Kemuncak kerajaan Chenla ini ialah di bawah rajanya yang bernama Jayavarman I sekitar 750M. Tidak hairanlah ahli-ahli sejarah Kampuchea menganggap kerajaan Funan itu sebagai kerajaan pra-Chenla, pra-Kambujadesa atau pra-Angkor, kerana tamadun Kampuchea bermula dengan Tamadun Funan dan berkemuncakkan dengan Tamadun Kambuja yang berpusat di Angkor yang terkenal dengan binaan Wat/Vat Angkor pada abad ke-12M yang terkenal sebagai satu daripada benda ajaib dunia, walaupun secara rasminya nama Kambujadesa ini mungkin sekali bermula pada pertengahan abad ke-10M sahaja, iaitu zaman Raja Khmer purba yang bernama Rajendravarman seperti yang diterangkan sebelum ini. Namun sesetengah ahli sejarah mengatakan nama Kambujadesa atau Kambuja (dengan ejaan Rumi Melayu-nya mulai abad ke-20M sebagai Kemboja kerana masalah perubahan ejaan dari yang asal kepada Jawi dan ke Rumi) itu dipakai antara 9M hingga 13M. Jelaslah Kambujadesa (atau Kambuja sahaja, yang mengikut ejaan Rumi Melayu-nya, Kemboja, dan ejaan yang dipengaruhi oleh Perancis atau Inggeris ialah seperti Kamboja, Cambodia, Cambodge dan kini Kampuchea) memang sukar dipisahkan dengan Funan dan kerajaan rumpun Melayu purba. Tamadun Funan dengan tamadun Angkor memang akrab sehingga seni bina Angkor dengan Funan memang sukar dibezakan seperti yang dipaparkan dalam buku Briggs (1951/1999). Ini menimbulkan persoalan tentang pengiktirafan ahli sejarah yang mengiktiraf tamadun Funan sebagai tamadun rumpun Melayu terawal tetapi tidak pula mengaitkannya dengan tamadun-tamadun Mon-Khmer purba selepas itu (Kambujadesa dan Angkor), mungkin semata-mata kerana bahasa Mon-Khmer dikatakan serumpun dengan Orang Asli Malaysia seperti Sakai itu, iaitu bahasa Austranesia, sedangkan bahasa Melayu dikelaskan sebagai bahasa Polinesia. Atau bagi setengah pihak, bahasa Melayu sebagai bahasa Austranesia tetapi bahasa Mon-Khmer bukan bahasa tersebut.
Jika dihitung prasasti yang dirakamkan oleh Majumdar (1953), zaman kerajaan Funan-Chenla ada meninggalkan 200 buah prasasti (batu bersurat) yang 80 daripadanya dalam bahasa Mon-Khmer purba yang dikatakan ada hubungan dengan bahasa Melayu Purba itu dan yang tertuanya bertarikh 531 Syaka/Saka/Shaka (=609M). Prasasti zaman Funan sebenar (sebelum abad ke-6M) dianggarkan oleh Muhammad Alinor (pengkaji gigih tamadun Funan di UKM) hanya sebanyak 11 buah yang juga dalam bahasa Sanskrit dan Mon-Khmer. Di antara prasasti Funan-Chenla itu ada simbol sifar yang tertua tarikhnya (awal abad ke-7M) dan sekaligus kita boleh menyimpulkan sistem angka perpuluhan yang tertua di dunia wujud pada prasasti zaman tamadun Funan-Chenla ini kalaupun bukan zaman kerajaan Funan sebenar-benarnya. Walau bagaimanapun, setakat ini, yang jelasnya bahasa pada prasasti Funan itu ialah Sanskrit dan Mon-Khmer sahaja, walaupun mengikut Sharan (1974) Funan ada bahasanya sendiri (rumpun Melayu?) yang menggunakan aksaranya sendiri (dipercaya diperkenalkan oleh Saka atau Syaka, seorang Brahmin India di Funan) yang berasaskan aksara Sanskrit itu.
Selain daripada itu Funan juga ada sistem percukaian tersendiri (termasuk impot-ekspot), dan perakaunan yang cukup mantap. Sebahagian daripada kemampuan ini ialah kerana ternyata Funan mempunyai sistem angka perpuluhannya yang tersendiri yang mengandungi angka (simbol nombor) sifar/kosong yang tertua di dunia (selewat-lewatnya pada awal abad ke-7 lagi seperti yang disebut di atas, dan besar kemungkinannya dalam abad ke-6 lagi) jauh lebih awal daripada sistem angka Muslim atau Hindu yang biasanya dikatakan tertua di dunia itu. Kajian pentadbiran Tamadun Kambujadesa mulai abad ke-7 Masehi yang dilakukan oleh Sharan (1974) itu sedikit-sebanyaknya dapat juga memberikan gambaran lebih terperincinya lagi akan pencapaian pengurusan dan pentadbiran Funan, walaupun kajiannya semuanya berasaskan prasasti Kambuja yang dalam bahasa Sanskrit sahaja. Kajian sepertinya untuk prasasti dalam bahasa Mon-Khmer purba itu nampaknya belum dilakukan hingga kini.
Champa
"Hanyut tanah tak bertuan
Rakyat tidak bertuan
Ditabal aku di Segara Masin
Raja gelar..."
(Silkhannaz -Merong Mahawangsa)
Sebuah lagi kerajaan rumpun Melayu purba yang sebahagian tempoh kewujudannya selari dengan Kerajaan Funan ialah Kerajaan Campa di Vietnam yang tidak kurang dilupai oleh orang rumpun Melayu kini walaupun kewujudannya terus berlarutan serentak dengan zaman kesultanan Melaka hingga abad ke-15M (akhir-akhir abad ke-2M hingga pada 1471). Pelarian orang Champa inilah yang kini menjadi orang Champa di Kemboja itu dan lamanya orang Campa ini di Kemboja itu dan hampir sudah tiadanya orang Campa di Vietnam itu menjadikan orang Champa kini dikenali sebagai orang Kemboja sahaja. Jika bahasa bagi orang Funan itu tidak begitu jelas ke-Melayu-annya kerana prasasti Funan yang dijumpai setakat ini sama ada bahasa Sanskrit, bahasa Mon (peribumi Indocina yang kebanyakannya di Kemboja, Myanmar dan Thailand Utara) atau Khmer sahaja, tetapi ke-Melayu-an bahasa Campa hampir tidak dipertikaikan lagi. Hubungan bahasa Mon dan Khmer itu dengan bahasa Melayu dikatakan samalah dengan hubungan bahasa Melayu dengan bahasa Orang Asli di Semenanjung Malaysia (Lihat umpamanya pandangan Wilkinson 1911), tetapi bahasa Melayu Campa memang sudah diperakui sebagai bentuk bahasa Melayu Purba/Kuno atau satu daripada loghat/dialek bahasa Melayu, yang banyak perkataannya masih hidup dan sama atau dapat dikenali hingga sekarang (lihat umpamanya kamus bahasa Campa-Melayu oleh Po Dharma 2000).
Champa merupakan sebuah kerajaan yang bertamadun tinggi pada satu ketika dahulu. Kedudukan kerajaan yang baru sahaja lenyap itu terletak di bahagian tengah Vietnam sekarang. Kewujudannya telah terbukti dari dokumen-dokumen Cina sejak tahun 192 Masehi. Hasil kajian epigrafi, catatan-catatan Cina, orang Eropah mahupun Vietnam dan Arab telah mengatakan bahawa kerajaan Campa terletak di tanah-tanah rata sepanjang persirian pantai laut China Selatan (sebelumnya dipanggil: Laut Champa) dan dataran-dataran tinggi di barat tanah rata2. Kini kerajaan Champa telah dipadam dari peta dunia sejak tahun 1832 oleh seorang maharaja Vietnam yang bergelar Minh Menh.
Penduduk kerajaan Champa terdiri daripada orang Cham, yang mendiami kawasan persisiran pantai, dan yang lain mendiami dataran tinggi3. Mereka yang tinggal di dataran ini dibahagikan kepada dua kelompok. Pertama, kumpulan rumpun bahasa Austronesia, yang disebut Chamik. Ia terdiri dari orang Cham sendiri serta Jerai, Rade, Cru dan Raglai. Kedua, ialah kelompok yang terdiri daripada orang Ma, Mnong, Sre, Stieng dan orang Bahnar. Mereka dari rumpun Austroasiatik, kumpulan Bahnarik.
Campa meninggalkan sebanyak 98 buah prasasti (batu bersurat) dalam bahasa Melayu (Purba/Kuno) dan 29 buah prasasti dwibahasa (Sanskrit-Melayu), 43 buah prasasti dalam bahasa Sanskrit yang ditulis pada Zaman Kerajaan Campa itu dan dijumpai di Vietnam. Prasasti yang tertuanya dalam bahasa Melayu itu bertarikh sekitar kurun ke-4M dan di prasasti itu terpancar adanya pemerintahan Melayu yang bersistem di Vietnam itu. Prasasti tertua zaman Kerajaan Campa itu yang ditulis dalam bahasa Sanskrit ialah yang bertarikh 192M. Hampir semua prasasti ini sudah ditranskripsi ke Rumi dan diterjemah kepada bahasa Perancis. Dalam Majumdar terdapat 130 buah manuskrip yang diterjemah kepada kepada Inggeris. Hanya sedikit sahaja yang diterjemah ke dalam bahasa Melayu kini. Status mutakhirnya mengikut para ilmuwan sejarah Malaysia seperti Shaharir Mohd Zin dan Mohammad Alinor Abdul Kadir,prasasti Campa yg ditemui hingga kini ialah berjumlah 205 buah: 109 dalam Melayu Campa, 29 bahasa campuran dengan Sanskrit dan 23 buah yang belum diketahui bahasanya. Prasasti Khmer purba pula sekitar seribu buah: 45% drpnya dalam bahasa Khmer purba, 30% Sanskrit dan selebihnya bahasa campuran Khmer-Sanskrit. Usaha sedang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik etnomatematik di INSPEM, UPM untuk menterjemah semuanya kepada bahasa Melayu kini. Sebenarnya orang-orang Campa masih menulis walaupun selepas negaranya hancur. Malah mengikut Mohamad Zain (1993), seorang keturunan Campa sendiri dan kini menjadi pensyarah sejarah di UKM menyatakan ada 438 buah manuskrip Campa (dalam aksara Jawi, aksara Campa dahulu atau aksara Vietnam) yang tersimpan di beberapa buah perpustakaan di Perancis terutamanya di EFEO (Ecole Francais d’Extreme-Orient). Perkembangan terbarunya, ada dilaporkan terdapatnya manuskrip lain lagi di AS dan UK yang menambahkan lagi bilangan ini.
Nama raja Campa yang tertulis pada beberapa buah prasasti (kerana kehebatannya) ialah Raja Bharavarman I yang memerintah dalam abad ke-6M. Raja-Raja Campa yang lain ialah (mengikut Internet 1.11) terdapat lima raja sebelumnya (Sri Mara 192M, Fan Hsiang/Hiong (270M), Fan Yi (284-336M), Fan Wen (336-349M) dan Fan Fo (349M-?). Kemudian 3 orang selepas Bharavarman I dan beberapa orang bernama Fan lagi termasuklah Fan Yang Mai (431M), diikuti oleh beberapa lagi termasuk Rudravarman I (529M), Prakadasadharma atau Vikrantavarman I & II (653-730M), Rudravarman II (749), Rudravarman III (1061-1074M, menyerang Vietnam Utara 1068M)…… Jaya Simhavarman I (898M), II (1030-1044M), III (meninggal 1307M dan dikenali sebagai Che Man oleh Vietnam atau Pou-ti oleh China), IV (1307-1312M), V (1400-1441M)…….Che Bong Nga (1360-1390M, raja Campa terakhir yang kuat) diganti oleh Raja Jaya Simhavarman Sri Harijatti atau La Ngai oleh Vietnam (mati 1400) ……P’an-Lo T’ou-T’siuan (1460-1471, tahun 1471 ialah tahun kekalahan teruk Campa Vijaya oleh raja Vietnam Le Loi sehingga 40 ribu orang Campa dibunuh dan lebih daripada 30 ribu diusir keluar Vijaya).
Sejarah kerajaan Campa didominasikan oleh siri peperangan dengan jirannya dari utara iaitu Vietnam yang lahir pada tahun 939. Peperangan pertama antara kerajaan Campa yang berpengaruh India dan Vietnam yang berpengaruh Cina berlaku pada tahun 982. Berhadapan dengan kemunculan kuasa baru Dai Viet (Vietnam) ini, sedikit demi sedikit sempadannya ditolak ke selatan. Dalam proses perluasan wilayah Dai Viet tersebut yang dikenali Nam-tien iaitu kemaraan orang Viet ke Selatan, sempadan utara Champa terpaksa berpindah buat kali pertama pada tahun 1069.
Setelah itu sempadannya terpaksa berpindah lagi ke Selatan pada tahun 1306, dan pada tahun 1471 sempadannya telah berpindah ke kedudukan baru iaitu apabila Vijaya dimusnahkan sama sekali. Tarikh ini juga dipercayai sebilangan pengkaji sebagi tarikh tamatnya identiti kerajaan Campa. Kehancuran Vijaya ini dilakukan oleh satu pasukan tentera Viet sekuat 250 000 orang. Sejumlah besar dari 90 000 orang Cham telah terkurban dan yang selebihnya dibawa ke negara Viet.
Walaupun pada tahun 1478M, raja Campa Bo Tri Tri menguasai Vietnam selatan sekarang, di Kauthara dan Panduranga, dan kerajaan Campa baru ini diiktiraf China, namun keadaannya “hidup segan mati tak mahu” sahaja. Kerajaan Campa baru ini dikatakan berupa kerajaan yang rajanya beragama Islam dan membuat hubungan baik dengan kerajaan rumpun Melayu Islam di Alam Melayu ini seperti Kerajaan Melaka, dan Johor-Riau. Dalam keadaan diasak oleh Vietnam, raja Campa Islam bernama Po Klau Halu (1579-1603M), masih mampu menghantar pasukan tenteranya membantu kerajaan Johor menentang Portugis. Pada 1653M kerajaan Campa mengecil lagi sehingga hanya tinggal di Pandurangga (Phanrang sekarang) sahaja. Akibat peperangan saudara kerajaan Vietnam, kerajaan Campa Panduranga tersepit dan rajanya Po Cei Brei pada 1802M bersama ribuan pengikutnya lari ke Kampuchea. Raja Campa di Panduranga sejak itu berupa patung kerajaan Vietnam sahaja. Kebangkitan orang Campa menentang Vietnam cukup acap kali berlakunya tetapi yang agak besarnya (ramai yang mengatakan terakhir besarnya) ialah pada 1833-1935 di bawah pimpinan mujahid Katip Sumat dan nasionalis Ja Thak Va. Kematian mereka ini boleh dikatakan menamatkan riwayat penentangan Campa di Vietnam, walaupun saki baki pemberontakan orang-orang Campa (bersama-sama dengan peribumi Indochina yang lain) berjaya membentuk pakatan pemberontakan yang bernama FLM=Front de Liberation des Montagnards = Barisan Kebebasan Penghuni Gunung 1955 dan menukar namanya kepada BAJARAKA = Bahnar+Jarai+Rade+Kaho (nama suku-suku kaum Campa) 1958 dan kemudiannya bersatu dengan beberapa barisan pemberontak di Kemboja termasuk FLC= Front de Liberation du Champa = Barisan Kebebasan Campa yang ditubuhkan oleh Kol. Les Kosem, Kolonel Cam di Kemboja lalu menjadi FULRO=Front Unifie de Lutte des Races Oprimees = Gabungan Barisan Pembebasan Bangsa-Bangsa Tertindas) 1963. Barisan kebebasan Campa ini melancarkan beberapa kali pemberontakan di Vietnam selepas tahun 1955 itu (Lihat Mohammad Zain dan Nik Hassan Suhaimi 2004, dan Po Dharma 2005b). Mereka ini mahu kuasa autonomi di kawasan pergunungan di Vietnam Tengah (Provinsi Kontum) kawasan yang didiami khas oleh orang-orang Campa (mendapat perlindungan) pada masa pemerintahan Perancis di Vietnam dahulu. Kawasan ini di rampas oleh kerajaan Vietnam sejak pemerintahan Ngo Din Diem untuk penempatan pelarian Vietnam Utara pada 1955 dari tekanan komunis.
Pemberontakan FULRO yang agak besar kerana mendapat sokongan kerajaan Kemboja ialah pada 1964 tetapi gagal sepenuhnya. Pada 1973 lagi sekali pemberontakan FULRO di bawah Kpa Koi berlaku bersama komunis dan berjaya merampas wilayah pergunungan Vietnam Tengah itu. Namun pada 1975 komunis Khmer Rouge berjaya menawan Kemboja dan Jen. Les Kosem pun lari ke Perancis dan semua pemimpin FULRO yang lain ditangkap dan dibunuh bersama-sama ratus ribuan, malah dilaporkan jutaan, orang Khmer, satu pembunuhan beramai-ramai yang bersistem dan terkenal itu, tetapi tidak begitu dihebah-hebahkan sangat di Alam Melayu ini kerana kepekaan rumpun Melayu ketika itu pun kepada orang Campa sudah hampir tiada, atau tidak setinggi terhadap Melayu Patani lagi. Pada 1979 Khmer Rouge memaksa FULRO yang diketuai Kpa Koi bersatu dengannya untuk melawan Komunis Vietnam dan Khmer Rouge berjaya pada 1994, tetapi FULRO tiada mendapat apa-apa, malah terus ditindas lebih teruk lagi! Selepas itu FULRO meminta Bangsa-Bangsa Bersatu membenarkan FULRO berhijrah ke Amerika Syarikat dan terus berjuang dari jauh. Pada 2001 kaum minoriti di Vietnam Tengah (dengan sokongan FULRO?) memberontak lagi dan kerajaan Vietnam memerintahkan penghapusan total kaum minoriti ini lalu beribu-ribu orang Campa ini lagi lari ke Kemboja lagi dan meminta izin Bangsa-Bangsa Bersatu untuk berhijrah ke AS. Pada 10 dan 11 April 2004 kaum minoriti Vietnam ini dengan sokongan FULRO memberontak lagi dan Hanoi menghancur-leburkannya. Sedihnya berita-berita pemberontakan ini langsung tidak sampai kepada kita kerana kepekaan kita terhadap rumpun sendiri itu sudah lenyap ditimbus oleh kolonialisme dan kemudiannya nasionalisme sempit kita ditambah pula KEBANYAKAN ORANG MELAYU KINI SUDAH BUTA SEJARAH DAN BERPECAH BELAH.Mungkin 100 tahun akan datang terdapat dua jenis kaum yang berasal dari rumpun yang sama iaitu kaum Umno dan Kaum Pas yang berlainan budaya dan bahasa.
Bagaimana teraturnya pentadbiran dan pengurusan kerajaan Campa yang terbayang daripada kewujudan jawatan-jawatan itu dapat difahami lagi dengan adanya sistem subsidi dan cukai kepada kaki tangan kerajaannya, adanya unit-unit sukatan seperti yak dan jak (untuk berat atau isipadu beras dan sebagainya) yang masih dipakai oleh para petani sekarang, di Kelantan umpamanya; sukatan jarak li dan chang (kira-kira sama dengan 10 kaki atau sekitar 3 meter); unit luas yang dinamai sinjol, makik, malau dan satam; unit berat tael (ejaan Melayu kini ialah “tahil”, dan masih dipakai hingga sekarang), dram (sekitar 3 gm dan 12 dram = setael; di Barat drum yang berpunca drp bahasa yang sama, Sanskrit: drama, digunakan untuk isipadu cecair), thil atau tei untuk emas dan benda-benda yang berharga seperti itu (sekarang menjadi tahil juga), karsa atau kar untuk benda lain yang seberat thil juga, kemudian unit yang lebih tinggi lagi: pala = 4 karsa, tula = 100 pala dan bhara = 20 tula. Unit-unit lain lagi yang belum diketahui kuantitinya mengikut sukatan moden ialah panda, kattika dan pana. Semua ini berlaku sekurang-kurangnya sejak abad 8M lagi. Wujudnya sistem unit sukatan yang agak lengkap ini tidak menghairankan apabila mengenangkan Campa juga, bersekali dengan Kerajaan Funan-Chenla, sudah mendahului dunia dalam ciptaan sistem angka perpuluhannya dengan wujudnya sistem tersebut sekurang-kurang sejak abad ke-6M lagi (lihat Fazura 2005). Unit-unit sukatan di atas wujud di Campa sekurang-kurangnya dalam abad ke-12M kerana unit-unit itu tercatat di prasasti Campa bertarikh 1150M
Bilangan tiga, tujuh dan seratus menjadi nombor mistik Campa dalam upacara kematian yang masih diwarisi oleh orang-orang rumpun Melayu sekarang walaupun ini bertentangan dengan ajaran Islam: orang biasa dibakar secepat mungkin pada hari kematian, bagi orang besar upacara dibuat 3 hari selepas kematian, raja selepas 7 hari dan 7 hari kemudian orang datang membakar jostik dan menangis lagi pada abu mayat dan ini diulangi 7 kali setiap minggu sekali, pada hari ke-100 selepas 3 tahun kematian mereka membuat upacara mengingatkan kematian itu lagi.
Di sepanjang wujudnya kerajaan Campa itu, tentu wujud pemimpin-pemimpin besarnya yang mengamalkan suatu cara kepemimpinan dan kepengurusan yang dianggap hebat sekurang-kurang pada zaman itu, terutamanya pada zaman kemuncaknya yang dinamai Zaman Mison atau My-Son itu. Umpamanya, Raja Bharavarman I (abad ke-6M) itu layak ditakhtakan sebagai seorang raja agung kerajaan Campa.
Sebagai pengetahuan tambahan,penyelidik bersekutu INSPEM (UPM) turut mengemukakan fakta bahawa di antara sempadan Greek dan Albania, terdapat rumpun Melayu Champa yang mendiami di perbatasan tersebut, yang mana mereka ini mungkin dibawa ke sana oleh para penjajah ataupun aktiviti mengimport sarjana sebagaimana yang dilakukan oleh Imperium China bagi tujuan pemindahan pengetahuan yang terdapat di Alam Melayu. Kehadiran bangsa Chameria ini, boleh menimbulkan satu hipotesis, bahawa sebenarnya terdapat hubungan lama antara Tamadun Melayu dengan beberapa Negara Eropah Timur. Namun, sudah tentu, suatu penyelidikan mendalam haruslah digarap untuk mengesahkan hipotesis ini.
Bangsa-bangsa di dunia berubah mengikut peredaran zaman.Ada bangsa yang dahulunya adalah bangsa yang hebat dan menjadi bangsa penakluk,membina negarakota yang kaya raya,tetapi akhirnya terpadam dari peta sejarah,bangsanya hanya kelihatan dalam buku-buku sejarah dan dilupakan.Inilah yang terjadi kepada bangsa Assyria,Chaldea,Phoenicia dan Hittite sekadar menyebutkan beberapa nama.Antara bangsa yang pernah hidup dikalangan bangsa-bangsa yang dilupakan ini adalah bangsa Yahudi dan Arab.Kita boleh pelajari bagaimana bangsa Yahudi dapat berasimilasi dan menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan.Bangsa Arab,tidaklah sebesar pada hari ini sampaikan boleh dinamakan Dunia Arab jika tidak kerana rahmat agama Islam yang dibawa oleh Rasullullah s.a.w.Jika bangsa Arab kekal berdasarkan gaya hidup jahiliah,kemungkinan besar kini bangsa Arab juga hanya muncul dalam buku-buku sejarah dan seluruh semenanjung Arab itu mungkin di bawah bangsa Iran,Yahudi dan Eropah.KEBOLEHAN BERASIMILASI INILAH YANG MENGEKALKAN BANGSA YAHUDI DAN INILAH YANG BERLAKU PADA BANGSA MELAYU.Apa yang berlaku pada bangsa Yahudi,di mana mereka pernah berkerajaan seperti Kerajaan Israel Raya yang kemuncaknya pada era pemerintahan Nabi Daud a.s dan nabi Sulaiman a.s,Kerajaan Israel Utara,Kerajaan Samaria dan Kerajaan Judah/Judea.Kerajaan mereka juga telah dibumihanguskan malah rakyatnya dibunuh atau dijadikan hamba malah sebahagian lagi dibuang ke daerah-daerah jauh hingga dinamakan The Lost Tribe of Israel.
Inilah yang berlaku kepada The Lost Kingdom of Champa dan Funan dan negarakota-negarakota Melayu lain di Indochina.
Sekiranya bangsa Assyria masih kuat dan ramai sehingga diberikan sebuah negara,kemungkinan besar mereka boleh maju setanding malah lebih lagi daripada Iran dan negara-negara Arab.FIKIRKAN.Jika dikatakan bangsa Khmer itu mewarisi kehebatan dan ketinggian Tamadun Angkor,bagaimanakah keadaan Kemboja pada masa kini jika dibandingkan dengan Malaysia.Sejarah peperangan,kemiskinan,kemelesetan ekonomi,penindasan adalah warna-warni negara ini,dan hanya pelanconganlah harapan ekonomi Kemboja terutamanya Angkor Wat kebanggaan orang Khmer tinggalan Melayu Funan yang direnovasi oleh kerajaan-kerajaan selepasnya,walaupun sebenarnya terdapat banyak hasil bumi lain tetapi tidak dapat dimajukan.Adakah ekonomi Vietnam mencapai tahap gergasi sehingga ramai orang Bangladesh atau Indonesia beramai-ramai menyerbu negara itu atau adakah rakyat Malaysia beramai-ramai mencari kerja hatta sesuap nasi di negara yang bukan sahaja pernah menghalau orang Cham malah Amerika juga!REALITINYA TIDAK SAMA SEKALI PADA HARI INI.Malah orang Vietnamlah menjadi orang hanyut untuk bekerja di Malaysia kerana keadaan ekonomi yang lembab berbanding keajaiban ekonomi Malaysia,The Golden chersonese.Pelancongan juga adalah salah satu industri Vietnam dan orang-orang luar berduyun datang ke Vietnam ingin melihat struktur-struktur tinggalan orang Melayu Champa terutamanya di My Son yang menjadi warisan Vietnam dan dibanggakan oleh orang Vietnam itu.Apa yang terjadi kepada Laos,yang pernah diberi ulasan oleh seorang wartawan Perancis yang mencatatkan kehidupan orang Laos tidak berubah seperti zaman sebelum Perang Dunia Kedua.Apakah yang terjadi Myanmar yang menjadi semakin lembab di bawah junta tentera dan perkara yang menjadikannya terkenal adalah mungkin hanya isu Aung San Suu Kyi.Hanya Thailand yang maju sedikit seiring negara-negara membangun Asean yang lain,tetapi sepatutnya negara yang dikatakan tidak pernah dijajah lebih maju dari negara-negara Asean yang lain yang menderita di bawah Imperialisme Barat.Kini keadaan Thailand juga boleh bergolak bila-bila masa,sehingga Perdana Menterinya juga digulingkan oleh tentera dan jika trend ini dibiarkan tidak mustahil kuasa tentera akan semakin kuat dan menjadi JUNTA TENTERA seperti yang terjadi di Myanmar dan Turki.Keadaan semakin tidak terkawal sehingga rakyat Thai keturunan Cina mampu juga berarak beramai-ramai berdemostrasi menggulingkan pemimpin politik yang tidak disukai mereka.
Orang-orang Melayu sejak berabad yang lalu cuba dihalau dari Suvarnabhumi,menghadapi pelbagai rintangan yang getir,cabaran yang pedih dan rentetan sejarah yang meletihkan,namun dengan rahmat Allah s.w.t bangsa ini masih dapat memegang tiga negara iaitu Malaysia,Indonesia dan Brunei.Pelbagai cara subversif dan perang saraf digunakan untuk memecahbelahkan bangsa misteri sehingga sesetengah rumpun Melayu di Indonesia sudah tidak mengenal kawan dan lawan mereka.Ada di antara mereka termakan racun yang mengatakan mereka adalah bangsa Indonesia,berbeza dengan bangsa Melayu di Malaysia padahal bahasa yang mereka gunakan adalah sama iaitu bahasa Melayu.Di Malaysia sendiri Melayunya terdiri daripada Jawa,Banjar,Mandiling,Rawa,Boyan,Minang dan pelbagai lagi malah malah Negeri Sembilan itu juga asalnya adalah negeri orang-orang Melayu Minangkabau.MEREKA SEBENARNYA TELAH BUTA OLEH SEMPADAN GEOGRAFI YANG DIBUAT OLEH PENJAJAH DARI MEMIKIRKAN BETAPA LUASNYA RUMPUN MELAYU ITU.
Indonesia secara kasarnya dikuasai oleh orang Jawa.Orang Jawalah yang sebenarnya memegang kekuasaan sama ada secara langsung atau disebalik tabir bagi pembinaan apa yang dinamakan 'bangsa Indonesia'.Ibukota Indonesia ialah Jakarta,terletak di Pulau Jawa yang lebih kecil dari Sumatera.TETAPI ANEHNYA MENGAPA PEMIMPIN-PEMIMPIN JAWA INI MEMILIH BAHASA MELAYU MENJADI LINGUA FRANCA INDONESIA BUKANNYA BAHASA JAWA???
Ini kerana kaum Jawa adalah serumpun dengan etnik-etnik Melayu yang lain,dan tamadun mereka juga sudah biasa menggunakan bahasa Melayu sebagaimana Empayar Srivijaya dan Majapahit.Mereka menyedari bahawa bahasa MELAYULAH YANG LAYAK MENJADI BAHASA PENYATUAN SELURUH NUSANTARA.Setiap etnik-etnik Melayu ini mempunyai bahasa atau loghat mereka yang tersendiri.Jawa dengan bahasanya,Banjar dengan bahasanya,Sunda dengan bahasanya,Kelantan dengan bahasanya,Kedah dengan bahasanya.
NAMUN DALAM RUANGLINGKUP ILMU DAN POLITIK,BAHASA MELAYULAH YANG MENJADI BAHASA PERANTARAAN SEGALA ETNIK-ETNIK MELAYU INI.
Bahasa Melayu dalam konteks ini setaraf dengan Sanskrit dan Latin.Di Eropah pada masa dahulu,menggunakan bahasa Latin sebagai bahasa kesusasteraan dan ilmu pengetahuan,walaupun orang Inggeris dengan bahasanya,Perancis dengan bahasanya dan suku-suku Jerman dengan bahasanya.Begitu juga di India.Adakah semua orang India faham bahasa Sanskrit?TIDAK SAMA SEKALI.Malah bahasa ini mengalami kepupusan di negaranya.Bahasa Sanskrit adalah bahasa kaum Elit,bahasa Istana dan bangsawan.Kaum Sudra atau Parya yang ingin membaca malah mahu mendengar sahaja isi Veda dalam bahasa elit ini akan dihukum sekeras-kerasnya.Namun orang-orang Melayu Srivijaya bebas berbahasa Sanskrit sehingga menjadi pakar bahasa itu malah membuka fakulti-fakulti pengajian Sanskrit di Sumatera sehingga ramai pendeta dan sarjana China datang belajar dari orang Melayu.
Lihat,orang Melayu yang memegang kuasa politik di Malaysia dapat bangkit selama 52 tahun sahaja membangunkan SUVARNABHUMI ini lebih cepat daripada bangsa yang mewarisi tamadun dan tinggalan Melayu di IndoChina,manakala saudara serumpun di Indonesia juga dapat membangunkan negara mereka dan lebih maju dari bekas jajahan mahupun naungan mereka di Indochina ketika era Srivijaya dan Majapahit.MENGAPA KEADAAN EKONOMI INDOCHINA LEBIH LEMBAB BERBANDING NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA YANG LAIN??
Di Malaysia, sedar tak sedar,dalam pelbagai penghinaan dan cemuhan kepada orang Melayu yang dikatakan lembab dan pemalas,mereka dapat mentadbir dan mengawal suasana politik dan sosial dengan baik,dari sini pertumbuhan pelaburan dan ekonomi pun meningkat.Mungkin ada yang membandingkan dengan Singapura,namun Singapura hanya layak dikatakan sebagai 'negarakota' dimana seluruh kekayaan ekonominya termampat dalam pulau sekecil itu.Bayangkan jika Terengganu sahaja menggunakan segala kekayaan minyaknya untuk membangunkan ekonominya,negeri ini sebenarnya mampu lebih kaya dari Selangor dan Kuala Lumpur malah tidak mustahil seluruh Malaysia.FIKIRKAN,jika pemimpin-pemimpin Melayu tidak pandai mengawal sosio-ekonomi Malaysia,pergaduhan seperti 13 Mei akan berlaku saban waktu akibat ketidaksefahaman antara kaum-kaum di Malaysia.
Kita lihat betapa dungunya pemimpin China Komunis yang melarang penduduk Uighur mengamalkan agama mereka.Betapa bodohnya pemimpin China Komunis ini ditahap paranoid Selesema Babi apabila melarang umat Islam Uighur di Xinjiang berpuasa dan bersembahyang di masjid.Malah tahap selesema babi mereka mencapai tahap kronik apabila sengaja membuka jamuan makan percuma ketika tengah hari ketika Ramadhan untuk penduduk Islam dan membuat peraturan rimba memaksa orang Islam menyertai makan percuma itu.Kedai-kedai makan orang Islam juga dipaksa menjalankan operasinya pada waktu siang.
Patutlah antara negara yang akan diperangi dan ditakluk oleh Imam Mahadi di akhir zaman nanti adalah negara China.
Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda,
“Tidak akan terjadi kiamat sehinggalah kamu semua memerangi suatu kaum (di China dan
Mongolia) yang kasutnya adalah (diperbuat dari kulit dan) bulu. Dan tidak akan terjadi kiamat
sehingga kamu semua memerangi suatu kaum yang matanya kecil/sepet.”
(Ibnu Majah)
Dari Abu Said al-Khudri RA, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda,
“Tidak akan terjadi kiamat sehinggalah kamu semua memerangi suatu kaum yang matanya sepet
dan berwajah lebar, matanya bagaikan mata belalang, wajah mereka bagaikan perisai yang
dilapisi kulit. Mereka memakai kasut dari bulu (binatang) dan membuat perisai dari kulit dan
mereka mengikatkan kuda-kuda pada pohon kurma.”
(Ibnu Majah)
Apakah yang akan terjadi jika pemimpin Melayu mengharamkan perarakan pengebumian mayat orang Cina dengan alasan mengganggu orang awam dan lalulintas??Gendang kematian orang Cina juga boleh dijadikan alasan membingitkan telinga.
Di sini rakyat asing mampu menghina malah menyaman Sultan,raja orang-orang Melayu.Jika di Thailand,mereka ini sudah lama dipenjarakan dan diseksa di dalam penjara.
ORANG MELAYU ADALAH ORANG YANG AMAT SUKA MEMENDAM RASA DAN BERSIKAP MENGALAH.PERASAAN MEREKA AMAT SUKAR UNTUK DITELAH ATAU DIAGAK.NAMUN SAMPAI SATU TAHAP,ALTER TERAHSIA MEREKA AKAN MELEDAK DAN KESANNYA AMATLAH DASYAT.
JIka kita lihat pola taburan kekayaan dunia,kita akan sedar bahawa negara-negara yang dimiliki umat Islam di seluruh dunia kebanyakan telah disediakan sumber kekayaan;setidak-tidaknya EMAS HITAM.Petroleum,adalah anugerah Tuhan kepada negara-negara Islam khasnya kepada negara-negara Arab.Tidak terkecuali negara-negara Melayu.Contoh yang paling popular adalah Brunei Darussalam.Namun negara-negara Melayu ini lebih bertuah lagi kerana disirami dengan pelbagai hasil bumi dan mineral selain petroleum.Ambil contoh Malaysia,negara ini mempunyai kedua-dua EMAS iaitu 'emas hitam' dan 'emas kuning'.Selain itu,Malaysia mempunyai mineral-mineral lain seperti tembaga,besi,bauksit,batu kapur,kaolin dan bijih timah.Simpanan bijih timah terbesar di dunia adalah di Lembah Kinta di negeri Perak.Malaysia juga memiliki simpanan arang batu dan gas asli.Ini belum dikira hasil hutan dari Malaysia.Malah BATU JUGA DAPAT DIJADIKAN PERNIAGAAN.Batu-batu kristal telah digilap dan ditambah nilai dan dapat menghasilkan keuntungan.Mendiang Lim Goh Tong telah merubah sebuah gunung di Pahang dan gunung itu telah menjana kekayaan yang bagai tidak habisnya kepada keluarga Lim Goh Tong itu.Ada orang menggelarnya 'Dewa Gunung'.
Bangsa Cina sememangnya telah lama nampak sebab-sebab mengapa 'homeland' Melayu ini digelar 'The Land of The Gods'
Loh Boon Siew telah mengharungi pelbagai onak dan duri sebelum berjaya mendapatkan hak mengedar motor Honda di Malaysia.Selepas itu beliau telah menjumpai lubuk kekayaan di Suvarnabhumi ini sehingga dikatakan separuh dari Pulau Pinang itu adalah miliknya.Ada orang menggelarnya 'Dewa Motorsikal'
'Dewa Gula' Robert Kuok rasanya tidak perlu diceritakan lagi.Begitu juga 'Dewa Telekomunikasi' Ananda Krishnan.Namun dewa yang seorang ini masih mahu membeli kelab bawahan Liga Inggeris yang sudah tentu akan menghabiskan jutaan dollar daripada membantu kaumnya yang semakin lama semakin dihasut pengganas LTTE yang mengambil kesempatan dari sikap tipikal orang India kaya yang suka mewujudkan jurang antara kaya dan miskin seperti yang kita lihat di India dan filem-filem Tamil.
Di India saban waktu golongan Paryar ataupun istilah kini,Dalit ditindas dan didiskriminasikan tanpa bersebab.Wanita-wanita Dalit kerapkali dibogelkan beramai-ramai dan diarak sebelum dirogol dan dibunuh.Kaum lelaki pula akan dibelasah beramai-ramai sebelum dibunuh.Inilah realiti yang berlaku di India kepada golongan Dravidian Dalit ini.Namun golongan ini yang berada di The Land of The Gods nampaknya tidak mensyukuri nasib mereka di sini yang berkali-kali ganda lebih baik dari di India.
*Pembunuhan satu keluarga Paryar,ibu dan anak perempuan dibogel,dirogol dan dibunuh manakala ayah dibelasah dan dibunuh.
Carilah perkataan Dalit ini di Internet,dan baca kisah penderitaan mereka.Sebab itu Perdana Menteri India tidak mempedulikan tekanan pengganas LTTE Malaysia yang sudah tentu orang-orang di Benua Kecil India sendiri amat arif dan maklum asal-usul mereka.Malah jika boleh,golongan Paryar dan Dalit ini sudah tentu mahu 'dibuang' ke Malaysia yang menakjubkan ini supaya dapat membaiki kasta dan nasib mereka sebagaimana saudara mara yang telah lama tinggal di Malaysia.Sudah tentu generasi Dalit ini amat menyesal mengapakah pihak British tidak memilih nenek moyang mereka dahulu untuk diangkut beramai-ramai ke Tanah Melayu.Kalau tidak sudah tentu nasib mereka tidak seburuk pada hari ini,dihina dan didiskriminasikan oleh kasta-kasta yang lebih tinggi.
*Penderaan wanita Dalit di Bihar
Penyelesaiannya ialah,buang segala buruk sangka,hidup bersama-sama dengan kaum lain secara harmoni bagi memajukan Suvarnabhumi ini bersama-sama.
Sebagai penutup kepada Alter Terahsia Bangsa Melayu Volume 2 ini,marilah kita renung-renungkan di manalah alter terahsia bangsa Melayu ini di Malaysia khasnya.
Di Malaysia,terdapat 4 organisasi orang Melayu yang kita boleh renungkan di mana tersimpannya alter terahsia Melayu itu.Pertamanya,Umno yang lebih terkenal sebagai parti nasionalis Melayu.Parti ini adalah tunjang kepada politik Melayu di Malaysia ketika ini.Tiada apa yang dapat diulas dari organisasi politik Melayu ini,dengan latar belakang pendukungnya yang berbilang fahaman,namun fahaman sekular-moderate lah yang mendominasi parti Melayu ini walaupun ada di antara mereka masih kuat fahaman Islam mereka.
Organisasi kedua ialah Pas.Parti ini menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan mereka.Yang paling dominan ialah bab kenegaraan atau Jinayah.Inilah bahagian yang paling ditekankan dalam perjuangan Pas.Pegangan parti yang majoritinya Melayu ini ialah "Pemerintahan perlu di Islamkan" yang inilah sumber kemajuan umat Islam.Selagi pemerintahan masih kotor dengan fahaman sekular penjajah,maka pembangunan ummah akan terencat.Ini adalah ideologi yang dipercayai dan menjadi fokus perjuangan Pas.
Organisasi ketiga ialah Al-Arqam.Organisasi ini telah terkubur.Namun kita boleh mengkaji dari satu segi,mereka ini amat berjaya,malah lebih berjaya dari bangsa Cina.Al-Arqam pernah menjadi satu fenomena seluruh umat Melayu di Malaysia.Tidak keterlaluan,imej Al-Arqam adalah salah satu pemangkin yang merubah orang-orang Melayu pada era 80-an dan 90-an lebih mengambil berat kepada agama mereka.Pada tahun 70-an dan 80-an,pemandangan gadis-gadis Melayu yang memakai tudung masih ditahap menyedihkan namun setelah gelombang Al-Arqam ini,nampaknya bukan sahaja tudung semakin popular sehingga ada istilah mini tudung,malah pemandangan wanita berhijab muka juga menjadi pemandangan biasa.
Kehadiran mereka sebentar dalam masyarakat Melayu ini ada hikmah sebenarnya.Satu ciri penting Al-Arqam ialah KEMAMPUANNYA MEMBANGUNKAN EKONOMI.Pegangan Al-Arqam ialah "JIka ekonomi ummat Islam maju,maka seluruh umat Islam maju dan dapat mengamalkan Islam dengan selesa".Inilah yang menjadi steroid kepada ahli-ahli mereka membuat makanan sendiri,berniaga,dan menjadi usahawan.Penangan sistem ekonomi Islam mereka bukanlah calang-calang sehingga industri kicap yang dulu dimonopoli oleh orang Cina telah diambilalih oleh orang Melayu yakni orang Islam.Monopoli industri kicap Cina hancur kerana Al-Arqam.Jika dahulu orang-orang Melayu terpaksa makan nasi berkicapkan kicap Cina namun kini tidak lagi.Ahli-ahli mereka bukan sahaja menghasilkan kicap,malah mee,bihun,tauhu dan kacang soya.Kesungguhan mereka membangkitkan inspirasi (baca:alter) kepada orang Melayu yang lain menghasilkan makanan sendiri sehingga taucu yang dulu hanya orang Cina yang mengusahakannya kini,makin pupus dan boleh dikatakan kini orang-orang Melayu membeli taucu-taucu Melayu.Dahulu di kedai-kedai,taucu Cina diisi di dalam balang kaca kecil.Kini taucu-taucu Melayu dalam bentuk paket-paket kecil sudah menjadi pemandangan biasa di kedai-kedai.Ekonomi Al-Arqam semakin besar sehingga mampu membeli pajero,bot,bas dan kereta-kereta mewah yang dahulunya hanya hartawan Cina sahaja mampu memakainya.Sehingga terdapat pepatah yang mengatakan jika ternampak orang Melayu menaiki pajero,tentu dia dari Al-Arqam.
Kekayaan Al-Arqam menarik perhatian ramai pihak sehingga ke luar negara,sehingga ada wakil orang Kristian Filipina datang mahu mempelajari sistem ekonomi Islam yang dibangunkan oleh Al-Alqam.Al-Arqam mampu membeli lot-lot kedai untuk kemudahan orang-orang Islam berniaga.Warisan Al-Arqam ini dapat kita lihat dari syarikat Rufaqa.Cuba kaji imej Islam yang kukuh ekonominya di Rawang Country Height.Kesampingkan isu-isu yang kontroversi mengenai mereka,cuba kaji mengapa sistem ekonomi Islam yang di amalkan mereka dapat memberikan kekayaan setara malah lebih dari bangsa Cina yang berkerja siang dan malam mencari emas di Suvarnabhumi ini.
Yang terakhir adalah Jemaah Tabligh.Ini adalah satu organisasi tersembunyi yang jarang diperhatikan oleh orang Melayu.Padahal jemaah ini amat penting dalam 'hikayat Melayu' seterusnya.Jemaah Tabligh amat menitikberatkan satu sifat Rasulullah s.a.w iaitu 'Tabligh' iaitu 'menyampaikan' dari segi terjemahan bahasa.Mereka ibarat misionari Jesuit dalam Islam.Namun mereka tidaklah kotor dan jahat sebagaimana Jesuit ini.Prinsip 'Amar Makruf Nahi Mungkar' mereka amat kuat,malah lebih praktikal dari sesetengah ahli Pas yang mendabik dada seolah-olah merekalah lebih Islam dari orang lain.Konsep Tawakal mereka amat teguh dalam menjalankan usaha dakwah atau 'usaha agama' atau 'usaha atas iman'.Walaupun Amerika-Zionis sedikit sebanyak telah berjaya membuatkan imej orang Islam berjanggut adalah pengganas dan menimbulkan Islamophobia di kalangan masyarakat Barat namun jemaah Tabligh seolah-olah bebas keluar masuk di luar negara tanpa masalah.Malah mereka berjaya mengadakan perhimpunan atau ijtima' yang besar tanpa gangguan pihak kerajaan.Dilaporkan bahawa di Israel,gangguan dan diskriminasi ke atas umat Islam di sana adalah pemandangan biasa namun ini tidak terjadi ke atas Jemaah Tabligh Palestin.Masjid-masjid tempat berkumpul 'karkun-karkun' ini tidak diganggu Yahudi malah ada seorang rabbi Yahudi apabila ternampak para karkun ini,melarang askar Israel mengganggu mereka atas sebab-sebab yang aneh.Anda akan tahu mengapa golongan ini mendapat 'perlindungan' istimewa jika anda bersama-sama masuk ke dalam Jemaah Tabligh ini.
JIKA ANDA FAHAM PENERANGAN SETAKAT INI,ANDA AKAN TAHU DI MANAKAH ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU ITU.
Setiap organisasi menjalankan agenda masing-masing.Kesampingkan Umno,kerana kuasa politik mereka adalah hasil dari pemberian pihak Inggeris.KUASA INI SEBENARNYA TIDAK KEKAL DAN BILA-BILA MASA ALLAH AZZA WA JALLA AKAN MENARIK BALIK KUASA INI DARI TANGAN PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO YANG MENGEJAR HARTA DUNIA.
Kita lihat Pas.Parti ini berpegangkan satu prinsip yang dilupakan oleh ummah Islam dan ini menyebabkan umat Islam dihina Allah s.w.t di akhir zaman ini,iaitu sistem pemerintahan Islam atau dalam istilah fekahnya JINAYAH.Bila sebut hukum Islam terbayang hukum Hudud dan terbayang pula tangan yang dipotong.Padahal Jinayah bukan semata-mata hukum Hudud.Hukum Hudud itu sebahagian kecil darinya.Mengapa hukum lain seperti Qisas tidak popular?Nampaknya orang Islam sendiri yang mengelirukan orang Islam yang lain,menjadi kuli percuma bagi Yahudi dan Nasrani.
JIKA JINAYAH (FEKAH KENEGARAAN ISLAM) BERJAYA DITEGAKKAN,ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU AKAN MENYALA.
Al-Arqam.Ini adalah lambang ekonomi Islam di mana jika kita berjaya menghayati satu lagi fekah umat Islam yang dipandang sepi iaitu MUAMALAH,kita tidak akan bimbang lagi dengan kemiskinan orang Melayu.Kini orang bukan Islam semakin sedar akan betapa hebatnya sistem ekonomi Islam ini.Industri yang peka terhadap MUAMALAH ini bukanlah calang-calang industri tetapi INDUSTRI PERBANKAN.Jika di tahun 80-an dahulu pernahkah kita mendengar perkataan 'Mudharabah' atau akaun simpanan Islam.Sehingga ada bank bernama Bank Islam.Tidak pula terdapat Bank Buddha kerana Gautama Buddha sendiri tidak pernah mengajarkan sistem ekonomi malah beliau sendiri tidak pernah pun mengajarkan para pengikutnya mempertuhankan dirinya sendiri.Yang diajarnya hanyalah cara-cara mengatasi nafsu sahaja.Tetapi nabi Muhammad s.a.w bukan sahaja mengajarkan sistem ekonomi malah hal-hal menyangkut segala masalah manusia dari adab memasuki tandas hinggalah bab-bab mengurus sesebuah negara.Al-Arqam berjaya menghayati keajaiban sistem ekonomi Islam,dan 99% mereka adalah ORANG MELAYU!Jika mereka boleh mengapa kita tidak boleh?Mengapa kita tidak memandang keajaiban ekonomi mereka tetapi memandang sisi negatif mereka yang kontroversi sahaja??
JIKA MUAMALAH (FEKAH EKONOMI ISLAM) BERJAYA DITEGAKKAN,ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU AKAN MENYALA.
Yang terakhir dan tersembunyi,Jemaah Tabligh.Mereka bergerak secara 'underground'.Para karkun ini tidaklah membawa keramat dan mukjizat tetapi tawakal dan prinsip dakwah usaha atas iman mereka menyebabkan mereka layak mendapat perlindungan Allah s.w.t di mana-mana sahaja malah di Israel sekalipun.LIHAT,JIKA KITA MENGAMALKAN ISLAM SEPENUHNYA,SEMUA MAKHLUK DI BUMI AKAN TUNDUK KEPADA KITA.Mereka mengamalkan prinsip Tabligh,yang bukan termasuk dalam fekah Islam tetapi INTIPATI AJARAN ISLAM ITU SENDIRI MALAH SALAH SATU SIFAT KEKASIH ALLAH S.W.T.Mereka hanya menjalankan FOKUS hanya satu SIFAT RASULULLAH s.a.w namun kerana satu sifat itu sahaja menyebabkan bukan sahaja Yahudi dan Nasrani,MALAH DAJAL AMERIKA DAN PARA PENYEMBAH IBLIS PUN SEGAN DAN TAKUT KEPADA MEREKA disebabkan perlindungan dari RAJA SEGALA RAJA.Isu-isu bodoh seperti mengabaikan hak isteri adalah karut semata-mata,kerana jika anda faham hakikat sebenarnya,para karkun ini wajib menyediakan segala perbelanjaan dan keperluan keluarga secukupnya sebelum keluar berdakwah.JIka tidak mampu,buatlah sahaja usaha atas iman sendiri.Jika mampu,bolehlah keluar di jalan Allah,buat usaha atas agama.
“Kamu merupakan umat yang terbaik yang dilahirkan bagi manusia. Kamu menyeru kepada maaruf dan mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah“.
(Al-Imran, ayat 110)
JIKA AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR BERJAYA DITEGAKKAN,BUKAN ALTER TERAHSIA SAHAJA YANG MUNCUL MALAH UMAT MELAYU MENJADI UMAT YANG TERBAIK PERNAH DIKELUARKAN KEPADA MANUSIA.
Sekarang cuba renungkan sebaik-baiknya.Jika kita gabungkan ketiga-tiga organisasi ini;Pas,Al-Arqam dan Tabligh,dan ketiga-tiga kombinasi ini pula berada di posisi Umno sebagaimana yang kita lihat sekarang,apakah yang akan terjadi??
ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU VOLUME II COMPLETED...
--------------------------------
Bibliografi
- Akademi Sains Islam Malaysia
- Ahmad Jelani Halimi,Sejarah dan tamadun bangsa Melayu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan