ANAS bin Malik r.a. berkata bahawa beliau telah bertanyakan lapan soalan kepada Rasulullah SAW, dan telah dijawab baginda seperti berikut:
1. Ya Rasulullah, yang manakah lebih engkau suka, yakni bersedekah sepotong roti atau solat sunat 100 rakaat?
Sabda (jawapan) Rasulullah: “Sepotong roti yang engkau sedekahkan adalah lebih saya suka daripada solat sunat 100 rakaat.”
2. Ya Rasulullah, yang manakah engkau lebih suka antara menyampaikan hajat orang Muslim dengan solat sunat 1,000 rakaat?
Sabda (jawapan) Rasulullah: “Menunaikan hajat seorang Muslim lebih saya sukai dari solat sunat 1,000 rakaat.”
3. Ya Rasulullah, yang manakah engkau lebih sukai antara meninggalkan sesuap makanan haram dengan solat sunat 1,000 rakaat?
Sabda (jawapan) Rasulullah: “Meninggalkan sesuap makanan yang haram adalah lebih saya sukai dari solat sunat 2,000 rakaat.”
4. Ya Rasulullah, yang manakah yang engkau lebih sukai antara meninggalkan ghibah dengan solat sunat 1,000 rakaat?
Sabda (jawapan) Rasulullah: “Meninggalkan ghibah (mengumpat) lebih saya sukai dari solat sunat 10,000 rakaat.”
5. Ya Rasulullah, yang manakah engkau lebih suka, yakni menunaikan keperluan seorang wanita janda atau solat sunat 10,000 rakaat?
Sabda (jawapan) Rasulullah: “Menunaikan keperluan wanita janda lebih aku sukai dari solat sunat 10,000 rakaat.”
6. Ya Rasulullah, yang manakah lebih engkau sukai antara duduk dengan anak isteri di rumah dari i’tikaf di masjid?
Sabda (jawapan) Rasulullah: “Duduk sesaat bersama anak isteri lebih aku sukai dari i’tikaf dalam masjidku ini.”
7. Ya Rasulullah, yang manakah lebih engkau sukai, yakni membelanjakan wang untuk keluarga atau nafkahkan untuk jihad fisabilillah?
Sabda (jawapan) Rasulullah: “Satu dirham untuk belanja keluarga lebih aku suka dari 1,000 dirham dibelanjakan untuk jihad fisabilillah.”
8. Ya Rasulullah, yang manakah lebih engkau suka antara berbakti kepada orang tua atau ibadat 1,000 tahun?”
Sabda (jawapan) Rasulullah: “Ya Anas, telah tiba yang hak dan musnah semua yang batil (palsu), sesungguhnya yang palsu itu pasti musnah. Oleh itu berbakti kepada dua ibu bapa itu lebih saya suka daripada ibadat 2 juta tahun.”
Sesungguhnya, lapan soalan yang dikemukakan oleh Anas r.a. dan dijawab oleh Rasulullah SAW sebagai sabdanya itu, bukan semata-mata untuk pengetahuan Anas r.a. sahaja, sebaliknya ditujukan kepada semua umat Rasulullah SAW.
Di petik dari: http://sa-melayu.blogspot.com/2010/09/berbakti-kepada-dua-ibu-bapa-lebih-baik.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan