Rabu, 26 Januari 2011

Ujian Senjata Biologi di Malaysia

6,000 nyamuk “kajian” dilepaskan di hutan Bentong 21 Dis
26/01/2011 6:54pm

KUALA LUMPUR 26 Jan. – Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah melepaskan 6,000 nyamuk Aedes Aegypti jantan bebas kuman jenis OX513A yang diubah suai secara genetik (GM) di satu kawasan hutan tanpa penghuni berhampiran Bentong pada 21 Disember lepas untuk tujuan penyelidikan.

IMR berkata, langkah itu yang bertujuan mengkaji penyebaran dan tempoh hayat nyamuk berkenaan di lapangan juga melibatkan nyamuk serupa daripada jenis liar dilepaskan di kawasan itu untuk tujuan perbandingan.

"Uji kaji itu selesai pada 5 Jan. Proses pengasapan dibuat pada 6 Jan untuk membasmi semua nyamuk berkenaan dan pemantauan akan diterus dibuat hingga dua bulan jika perlu,” kata institut itu dalam satu kenyataan.

IMR berkata, pelepasan nyamuk itu ditunda dari jadual asalnya kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan dan tiada pelepasan baru dirancang sehinggalah tempoh pemantauan pascapercubaan selesai dilaksanakan mengikut garis panduan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan