Kajian Hadis Rasullulah Tentang Tanda Kiamat
Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa. Jadi apa maksud di sebalik hadis rasullulah itu? Kita sebagai umat Islam dan akhir zaman haruslah rajin mengkaji apa yang dimaksudkan oleh rasullulah. Maksud di sebalik hadis ini telah didedahkan oleh seorang ulama terkenal iaitu Syeikh Imran Hussein.
Satu hari terasa bagaikan setahun Dajal perintah dunia satu hari bagaikan setahun, dia perintah dunia melalui Great Britain. Ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan Dajal perintah dunia melalui Amerika Syarikat. Penjelasan sedikit untuk memudahkan anda semua memahami apa maksud semua ini. Semasa Dajal perintah dunia melalui Great Britain, Great Britain adalah kuasa paling kuat dan pound sterling menjadi matawang utama dunia. Zaman dajal perintah dunia melalui Amerika Syarikat, Amerika Syarikat adalah kuasa yang paling kuat dan US Dollar menjadi matawang utama dunia .
Dan bila Dajal perintah dunia melalui Israel, Israel akan jadi kuasa utama dunia dan invisible money akan menjadi matawang utama dunia. Sepertimana yang terjadi sekarang Israel seakan-akan kebal dari undang-undang dunia. Dollar amerika akan jatuh dan semua matawang di dunia ni akan turut jatuh Sekarang ini kite dah nampak tanda-tanda tu. Dr. Mahathir menyeru kita semua supaya membeli dinar emas kerana emas tidak akan jatuh nilainya.
Ini adalah pengiraan yang telah dibuat
Menurut Islam, satu tahun syurga bersamaan 1000 tahun manusia dan kita dapat tahu Dajal memerintah melalui great britain selama 1000 tahun. Kerajaan beraja Britain bermula pada thun 900 M. 1000+900=1900.Tamatnya pemerintahan Dajal di Great Britain dan beralih kepada satu hari seperti sebulan= Amerika Syarikat.
Pada 1917, Amerika Syarikat telah melibatkan diri ke dalam perang dunia dan ini adalah langkah untuk menjadikan amerika sebagai kuasa dunia baru. Dajal memerintah dari sana seperti satu hari seperti sebulan. Jadi jika setahun bersamaan 1000 tahun, satu bulan bersamaan 1000/12=83 tahun... 1917+83=2000. Tamatnya pemerintahan Dajal melalui Amerika adalah pada 2000. ape yg terjadi pada tahun 2000?
Dajal memerintah dunia melalui Israel pada 2000 dan menjadikan kita berada di satu hari yang terasa satu minggu. Dan bermulalah zaman yang penuh dengan kekejaman dan penzaliman ke atas umat Islam seluruh dunia.
World Trade Center (9/11)- Ini adalah konspirasi pihak Illuminati sendiri untuk dijadikan modal menyerang umat Islam. Osama Laden adalah 'spacegoat' mereka .
2002-Afghanistan diserang dan ditawan.
2003-Iraq diserang dan ditawan.
2006-Lebanon diserang!
2009-Serangan ke atas Gaza!
2011- Hura-hara di negara Arab untuk menjatuhkan kerajaan (bermula di Tunisia..telah menjangkit di Mesir)
Semakin lama semakin cepat masa berlalu, peperangan berlaku dalam mase yang singkat. Selepas 9/11 Amerika Syarikat menubuhkan pangkalan tentera di 10 buah negara sepanjang Asia Barat. Ini untuk memastikan keselamatan Israel. As a Final Capital of New World Order!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan