Setelah kejatuhan Khilafah Islam di Turki umat Islam telah disihir dengan cara pemerentahan demokarasi. Kebanyakan umat Islam terpedaya dengan sihir demokarasi hingga menganggap demokarasi adalah cara pemerentahan yang terbaik sedangkan Islam telah mempunyai cara pemerentahan terbaik dan terbukti dalam sejarah Khilafah-khilafah Islam yang mana ia menaikkan taraf Islam keperingkat yang tertinggi, dihormati dan disanjungi oleh segenap lapisan manusia.
Iblis, Dajjal, Yakjud dan Makjud serta para pengikutnya telah menghancurkan pemerentahan Khilafah kerana dengannya kemungkaran sukar dijalankan dan segala agenda Iblis dan Dajjal tidak akan terlaksana. Iblis yang telah bersumpah akan menyesatkan umat manusia telah memberikan kontrak yang cukup besar kepada Dajjal untuk merosakkan manusia. Dajjal pula telah memberikan sub-kontrak kepada Yakjud dan Makjud untuk melakasanakan pekerjaan tersebut. Hasilnya kita dapat melihat segenap kehidupan manusia telah mengikut acuan dan kehendak Iblis dan syaitan.
Untuk Islam kembali gemilang dan dihormati, tidak ada cara lain selain kembali kepada cara pemerentahan Khilafah. Dengan pemerentahan Khilafah sahaja Islam dapat ditegakkan dimana segala hukum Islam dan cara hidup Islam dapat dilaksananakan.
Persoalannaya pernahkah kita terfikir untuk kembali kepada pemerentahan Khilafah. Kita tidak perlu menentang demokrasi. APA YANG PERLU DILAKUKAN ADALAH MENINGGALKAN DEMOKRASI. Apabila suatu sistem itu ditinggalkan, ia akan jatuh dengan sendiri.... tak perlu ditentang... tak perlu diperangi...
Jadi dihari Jumaat yang mulia ini marilah kita berazam untuk meninggalkan najis demokrasi dan berdoa supaya sistem Khilafah Islam tertegak di bumi yang tercinta ini...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan