Sabtu, 17 November 2012

Ciri-ciri al-Mahdi yang perlu diperhatikan


Saya amat tertarik dengan artikel

Selamat Datang 1434 H - Meniti Waktu Menanti AlMahdi  di http://akhzaman.blogspot.com/


Saya ada sedikit komen tentang al-Mahdi...

Jika al-Mahdi berasal dari nusantara.... ia mestilah

1. Boleh berbahasa Urdu kerana kebanyakan tentera panji hitam adalah orang2 Afganistan dan Pakistan yang berbahasa Urdu. Tentera ini telah ada dan sentiasa berperang dan tak pernah kalah sejak dulu sebagaimana yang dikhabarkan oleh Nabi Muhamamad SAW. Mereka berada di Khurasan dimana pusat Khurasan adalah Afganistan. al-Mahdi juga mestilah biasa dan dikenali dikawasan Khurasan sekurang2nya olah orang2 alim. Jadi beliau mesti pernah tinggal atau belajar di Khurasan. Perlunya berbahasa Urdu kerana beliau akan memimpin dan berkomunikasi dengan  mereka bila tiba masanya.


2. Beliau mesti fasih berbahasa Arab dan dikenali oleh alim ulamak dikawasan tanah Arab kerana para ulamak inilah yang membaiah baginda nanti. Beliau juga mesti pernah tinggal, belajar atau sekurang-kurangnya melawat alim ulamak ini di tanah Arab ini dan bersilaturahim dengan mereka.

3. Amat dekat hatinya dan fizikalnya dengan al-Quds ataupun Baitul Maqdis kerana beliau akan membebaskan al-Quds bila tiba masanya. Beliau mesti pernah pergi melawat dan datang ke al-Quds. Mungkin beliau amat kerap ke al-Quds.

4. Beliau juga mesti dekat dengan Mekah dan Kaabah serta biasa dengan Kaabah juga para penjaganya.


5. Beliau tidak terlibat dengan politik kepartian namun tidak menjauhkan diri dari politik. Mungkin terlibat dan berkomunikasi dengan perbagai pihak berkaitan politik dan kemasyarakatan kerana beliau amat prihatin tentang masyarakat dan kemasyarakatan.

6. Berpelajaran dan dihormati. Tidak menolak kemajuan dan berfikiran "high-tech" serta pengguna juga pencuba segala teknologi moden selagi mana ia tidak bercanggah dengan syarak.


7. Terlibat dengan perniagaan kerana ia adalah sunnah dan sumber ekonomi yang terbaik.

8. Terlibat dengan dakwah secara aktif namun ia tidak terikat dengan mana2 gerakan dakwah. Mungkin dikenali dikaca TV dan radio serta Internet.

9. Mestilah bernama Muhammad bin Abdullah tetapi TIDAK akan mengistiharkan dirinya al-Mahdi kerana beliau sendiripun tak tau dirinya al-Mahdi. Rupanya seakan2 Bani Israel, tak berapa lancar bercakap dan kadang2 seperti tergagap2 bila bercakap.(semua ciri ini disebutkan dalam hadis).

Jadi, adakah sesiapa yang mempunyai ciri2 tersebut di Nusantara? Jika ada, ia mungkin al-Mahdi!

Apapun ini cuma pandangan peribadi saya. Sekirannya terdapat mana-mana individu yang menyerupai ciri2 yang disebutkan ia cuma satu kebetulan. Apapun yang pasti ia akan di baiah secara paksa di Kaabah. Pembaiaahan inilah yang perlu dipastikan dan dinantikan oleh semua umat Islam yang beriman.

2 ulasan:

  1. Allah Maha Berkuasa atas tiap2 sesuatu. apabila Dia menghendaki, dgn hanya mengatakan Kun!- jadi! maka Jadilah ia! jangan pernah ragui.

    BalasPadam
  2. Bagus dan Sokong kenyataan Anda Bro..ape2 pun Allah SWT yang Maha mengetahui..

    BalasPadam